Aku Dan Wad Psychiatric

Ini kisah aku. Pengalaman pertama aku, kisah yang tak akan aku lupa sampai mati.

Bila kita dengar perkataan “wad psychiatric” kita selalu dimomokkan dengan gambaran-gambaran negatif contoh;

Berada didalam penjara, dikurung dalam pintu jeriji, dilayan seperti hamba atau banduan, semua patient adalah gila dan berbahaya, semua patient menjerit tak tentu hala, patient bercakap sendiri dan berperangai pelik.

Hakikatnya, semua itu adalah tidak benar atau mungkin juga Allah hadirkan insan yang baik-baik semasa aku berada di wad.

Aku menerima rawatan psychiatric di sebuah hospital university area Lembah Klang sejak Jun tahun lepas. Aku di paksa masuk ward oleh psychiatrist yang merawat aku. Aku di warded sebanyak tiga kali tahun lepas kerana tekanan mental aku memuncak yang boleh mendatangkan bahaya pada diri sendiri.

Kali pertama aku masuk ke wad psychiatric aku sangat takut, cemas dan berdebar. Semua perasaan aku hilang bila patient pertama yang aku jumpa di dalam wad itu menegurku dan bertanya nama. Dari segi penampilan dia tidak menunjukkan sikap agresif, rambut di dandan rapi siap muka berbedak talkum bayi.

Rules di dalam wad ini ialah pintu wad 24 jam tertutup oleh pintu magnet dan seorang polis bantuan menjaga pintu mengikut shif dan pintu hanya boleh di akses staf psychiatric department sahaja.

Kesemua barang disimpan oleh nurse termasuk mobile phone, handbag, pakaian yang dipakai sebelum kemasukan wad dan juga toiletries.

Barang yang dibenarkan letak di table bed hanyalah air botol mineral, tisu, sedikit makanan, telekung, buku tanpa comb besi ditepi, pensil dan pen jika dibenarkan doctor.

Di dalam ward ini keadaan tenang, hanya sekali-sekala sahaja chaotic kerana ada patient yang psychiotic. Di dalam ward ini, patient boleh berbual-bual dan melakukan aktiviti seperti colouring bersama-sama.

Di dalam wad ini ada rutin dan peraturan yang mesti dipatuhi. Curtain mesti dibuka dan hanya boleh ditutup waktu malam sahaja. Seawal 6 pagi biasanya patient akan mula bangun. PPK akan letak gown hospital dan towel di depan kaunter nurse dan kami akan mandi berperingkat.

Patient yang memerlukan pemerhatian nurse akan mandi selepas nurse shif pagi masuk. Di sini jam ditempatkan di dinding pintu masuk dan didinding di kaunter nurse sahaja dan shower tidak menyediakan bidet atas factor keselamatan.

Untuk mencebok, mereka menyediakan gayung. Untuk mandi, shower terlekap pada syiling atas, tiada cermin, tiada tisu tandas dan sabun tangan. Di sini privacy masih dijaga, kami dibenarkan mengunci pintu shower semasa mandi. Cuma kalau patient kurungkan diri, nurse akan buka guna kunci dan patient itu akan di observe semasa mandi.

Dalam jam 7:15am breakfast diedarkan. Di dalam wad ini, pesakit tidak dibenarkan menggunakan air panas, so nurse dan PPK akan bancuh air panas untuk semua patient.

Di sini patient boleh request meal yang nak makan sama ada western foods, vegetarian or porridge. Untuk minuman breakfast dan teatime kami hanya dibenarkan minum susu atau air coklat atau air teh sahaja, kopi dan air bergas tidak dibenarkan.

Medical officer (MO) dan doctor sarjana (registrar) akan mula wad round pagi seawal jam 7:30am. Soalan biasa ditanya ialah; apa khabar hari ini? dah makan atau belum? boleh tidur atau tak? ada rasa nak cederakan diri? Ada terfikir nak mati?

Doctors tanya soalan begitu untuk evaluate condition patient dan kesan ubat kerana biasanya bila masuk wad, ubat yang diberi dua atau tiga kali ganda dose dari dose biasa. Sebaiknya berterus terang kepada doctors apa yang kita rasa dan alami.

Jam 8am, nurse akan panggil seorang demi seorang untuk makan ubat dan kami akan bawa air kosong dan wajib makan ubat depan nurse dan kena buka mulut lepas makan ubat untuk nurse pastikan kami telan ubat.

8:30am hingga 10am, team doctors iaitu consultant atau specialist, registrar, MO dan HO akan ward round. Consultant atau specialist akan bertanya condition patient dan treatment plan akan di inform kepada patient, manakala doctors lain akan clerking.

Selepas semua doctor selesai ward round, occupational therapist yang kami panggil cikgu akan adakan aktiviti sehingga lunch. Aktiviti dilakukan mengikut hari. Antara aktiviti ialah melukis, mewarna, kraftangan, main games, aerobic juga karoke.

Ada hari aku suka join ada hari aku rasa moody teruk dan berat sangat badan nak join, aku melepek atas bed tapi cikgu tarik tangan dan paksa jugak join even just duduk sebelah. Sambil buat aktiviti, cikgu akan bersembang.

Part ni kena berjaga-jaga sebab cikgu suka korek rahsia dan aktiviti patient, then cikgu akan report pada doctor and nurse in charge.

Lunch diberi jam 12:30pm. Kemudian kami berehat dan solat Zohor. Pada sebelah petang, sekali lagi MO in charge akan review kami dan bertanya condition. Cikgu datang lagi pada petang dan kami buat aktiviti sehingga 4:30pm.

Teatime diberi dalam jam 3:30pm. Jam 5pm hingga 7pm ialah waktu melawat, hanya 2 visitor sahaja dibenarkan masuk dan visitor lebih 2 orang akan masuk bergilir.

Sebelum visit patient, visitor diwajibkan mendaftar di depan pintu masuk dan semua barang yang dibawa akan di screen oleh PPK atau nurse. Setiap 15 minit nurse atau PPK akan round satu ward sambil memastikan bilangan kami semua cukup dan terkawal. Jika ada sesuatu meragukan, nurse atau PPK akan memeriksa kami.

Di sini kalau kita buat benda terlarang kita akan dikenakan penalty. Aku ada tabiat iaitu suka menulis. First time aku warded,semasa review pagi entah kenapa aku tak sengaja terpatahkan pencil dan mencederakan diri depan MO.

Dia bergelut dengan aku dan rampas pencil yang patah dalam genggaman tangan aku. Aku diugut untuk di ikat atas bed. Kemudian aku di larang guna pencil di bed. Aku hanya boleh guna pencil di kaunter nurse di awasi oleh nurse.

Selepas keadaan aku betul-betul stabil baru MO benarkan aku guna pencil di bed. MO tersebut inform condition aku kepada consultant psychiatrist yang merawatku dan dia personally datang tengok aku dan explain treatment option untuk aku pilih.

Second warded pulak aku patahkan sudu dan simpan dalam sweater masa family conference. Time tu aku terkantoi sebab sudu dari sweater aku jatuh ke lantai. Krik krik sekejap aku. Terus MO menjerit dan nurse cepat-cepat end session. Nurse tu panggil sekumpulan nurse yang lain.

Aku ditarik keluar dari bilik conference dan sweater aku dirampas, banyak hari juga aku tidur tanpa sweater. Bilik ward sangat sejuk, nasib baik bila aku request dua blanket nurse allow. Manakala aku tidak dibenarkan guna sudu di bed, kalau nak guna sudu aku kena makan di kaunter nurse di awasi nurses.

Masa ni juga ada satu petang lepas visitor balik, aku minta nurse panggilkan MO incharge case aku dan aku menangis dengan kuat di atas bed. Nurse datang memujuk sambil menyapu airmata aku. Terus aku peluk nurse dan dia menepuk perlahan bahu aku sambil menenangkan aku.

Kali ketiga aku di warded aku sangat behave dan tidak melakukan benda atau aksi terlarang dan berbahaya. Aku bertanya pada nurse mengenai locker tetapi mereka masih reluctant untuk bagi kerana rekod aku sebelum ini tidak begitu ok.

Aku sangat bernasib baik kerana consultant, pakar dan medical officer (MO) ialah doctors yang sama, mereka merawat aku begitu baik dan nurse yang menjagaku di wad sangat prihatin. Aku sangat hargai jasa baik mereka dan mereka semua sentiasa berada didalam doaku.

Semasa aku warded kali pertama dan menjalani rawatan, aku dissociate teruk. MO yang menjaga aku pada awalnya memang cemas. Dia dari klinik datang segera ke wad apabila di panggil oleh nurse. Dia cuba menenangkanku dan dia juga membantu mengelap airmata aku.

Kali kedua rawatan aku begitu nervous dan request MO berada disisi sepanjang rawatan kerana kesan ubat. MO turun sekejap ke clinic review patient lain dan naik ke wad semula.

Dia dan nurse berada disisiku sehingga habis kesan ubat bagi memastikan keadaan aku terkawal. Mereka menenangkan dan memastikan diri aku selamat kerana aku sangat struggle dengan kesan ubat.

Aku menjerit, menangis, hentak kaki, tarik rambut, cubaan hantuk kepala di bedrail dan berguling atas bed. Sebelah petang MO datang review dan bertanya adakah aku tahu apa yang berlaku semasa rawatan?

Aku tahu cuma aku tak boleh kawal tindakan aku dan aku bagitau dalam minda aku flashback masa aku kecil momen aku dipukul teruk oleh one of my family member.

Semasa kali kedua warded, dua hari rawatan dua hari itu juga MO menjaga aku dari mula rawatan sehingga habis rawatn kerana kesan ubat kali ini menyebabkan aku dissociate sangat teruk hingga nurse berasa takut.

Untuk dua hari rawatan, aku dirawat di bilik isolation untuk elak patient lain lihat keadaan aku. Kesan ubat selama 45minit menyebabkan aku rasa sangat penat seolah baru lepas hiking. Selalunya lepas habis rawatan, tekak dan badan aku sakit dan aku hilang suara.

Untuk warded kali ketiga, aku menjalani rawatan lain. Hari pertama aku begitu nervous dan meminta MO yang sama menemani aku tetapi di busy di clinic dan dia prescribe Xanax untuk aku.

Selepas rawatan kali pertama, aku rasa sangat lelah. Aku tutup mata ku dengan hoodie dan cover satu badan dengan selimut, berehat dan tertidur. Tiba-tiba aku dikejutkan dan aku dapati MO datang check keadaan aku walaupun time tu time dia dah habis duty dan nak balik.

Aku really appriate his effort kerana sanggup luangkan masa melihat condition aku selepas rawatan hari pertama. Oleh kerana dia dah banyak kali jaga aku di ward, so dah ada mutual understanding antara aku dan dia , dan dah ada good chemistry dah walaupun pada awalnya aku sangat-sangat benci dia.

Selepas aku menjalani pelbagai jenis rawatan dan diberi pelbagai ubat juga ditambah dengan doctors yang dedicated and sabar merawatku juga sokongan pasangan dan anak aku, Alhamdulillah hari ini aku stabil.

Setiap kali aku rasa jemu makan ubat, wajah-wajah mereka akan muncul dalam fikiranku. Aku akan teruskan rawatan ini walaupun seumur hidup.

Sakit aku ini tiada ubat dan rawatan yang ada hanya untuk control symptoms sahaja.

Aku didiagnos MDD dan BPD oleh psychiatrist. Major Deppresive Disorder (MDD) aku hampir resolve manakala symptoms Borderline Personality Disorder (BPD) aku sudah terkawal dan aku mampu berfungsi secara normal compare sebelum aku menerima rawatan.

Begitulah pengalaman aku berada di ward selama lebih kurang dua minggu setiap kali warded. Aku berharap apa yang aku kongsikan dapat memberi gambaran keadaan di ward psychiatric.

Di kesempatan ini juga aku berharap jika ada pembaca IIUM Confession yang pernah dimasukkan ke ward psychiatric sudi berkongsi cerita dan pengalaman disini.

– BPD FIGHTER (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *