Aku Dendam Dan Sampai Mati Takkan Maafkan

Salam semua. Tujuan aku menulis ini adalah untuk meluahkan perasaan.

Aku Sarah, aku berasal dari Johor dan tinggal di Kedah selepas bernikah. Aku anak yatim piatu, dibesarkan oleh nenek dan atuk.

Aku panggil depa mak dan ayah. Tahun lepas, pada bulan Ogos, mak aku meninggal dunia. Pukul 8:45 pagi keluarga aku call suruh balik Johor, tapi diorang tak cakap yang mak dah meninggal. Diorang cuma cakap mak dah nazak.

Aku kemas beg dan bertolak pada pukul 9:30 pagi. Aku ada baby, jadi memang ambil masa sikit nak kemas beg.

Family aku call aku balik waktu dalam perjalanan. Makcik aku kata tak sempat. Paklong aku pula kata jangan rushing, bawa kereta elok-elok sebab risaukan kami satu family.

Aku masa tu mengamuk dalam fasa penafian sebab aku rasa mak aku hidup lagi walaupun diorang dah cakap mak dah tak ada. Laki aku tekan minyak kaw-kaw nak bagi aku sempat tengok mak buat kali terakhir.

Kitaorang cuma stop di R&R Tapah untuk isi minyak dan sambung perjalanan semula.

Aku tak tahu apa yang malang nasib aku pada hari tu, jalan jammed sangat, hujan selebat-lebatnya dari utara sampai selatan. Dengan time tu lah PLUS dok turap tar.

Dalam tengah hari, family aku call lagi, kata tak sempat, diorang nak tanam sebab semua dah siap mandi.

Aku kata lah belum Maghrib lagi, petang pun tak sampai. Tunggu lah sekejap. Diorang kata diorang cuba pujuk orang penggali kubur untuk lambatkan sikit waktu.

Pukul 3:30 diorang call, diorang kata diorang dah cuba lengahkan masa tapi tak boleh. Orang penggali kubur dan orang yang bantu uruskan jenazah dah malas nak tunggu, siap kata ada urusan lain.

Aku dah sampai di Simpang Renggam dah pun. Kampung aku di Pontian. Aku minta sedikit masa je lagi. Tapi sampai hati diorang, diorang tanam jugak mak aku hanya sebab malas nak tunggu.

The worst part is family aku video call aku waktu diorang tanam. Yang tanam semua sepupu dan family aku sendiri. Bukan orang luar. Kenapa diorang tak tunggu sekejap pun?

Aku sampai sekarang tak boleh nak maafkan semua orang. Aku balik pun sebab nak tengok kubur mak. Kalau tak, aku tak nak hadap pun muka diorang.

Aku benci dan dendam sebab diorang tak tunggu langsung. Maklong aku, orang Kelantan yang kahwin dengan paklong aku, kata dia pelik dengan orang bandar ni.

Kenapa tak tunggu semua anak-beranak balik baru tanam? Kenapa kalut nak cepat siap?

Kata maklong, waktu nak solat jenazah pun tak ada nak tunggu family semua siap ambil wuduk. Tahu-tahu imam dah angkat takbir.

Family aku kelam-kabut masuk saf nak solat jenazah. Yang saudara-mara pula datang bergosip, sibuk tanya macam mana arwah meninggal. Tak ada seorang pun baca Yassin ke apa.

Aku sedih, kecewa sebab tak dapat jumpa buat kali terakhir hanya sebab aku duduk jauh. Aku dah usaha sehabis boleh. Aku cuma nak cium dan peluk mak buat kali terakhir. Kenapa diorang buat aku macam ni?

Aku takkan maafkan orang kampung ke, penggali kubur ke, semua yang terlibat. Sampai aku mati, aku takkan maafkan. Aku dendam dengan korang.

Kalau dah malam aku faham lagi, tapi Asar pun belum masuk waktu. Kenapa tak boleh tunggu sikit je lagi?

Aku dah tak jauh. Aku dah sampai Simpang Renggam. Sampai overheat kereta aku. Kitaorang paksa sampai awal, tapi kecewanya Tuhan je tahu.

Aku cuma nak closure yang terakhir dengan mak aku. Sampai sekarang aku rasa mak aku masih hidup sebab aku tak nampak depan mata.

Aku pergi kubur pun rasa kosong. Aku rasa nak korek je balik tengok. Aku terlalu rindu.

Kepada semua yang terlibat, ingat ya. Sampai mati aku dendam dengan korang dan takkan maafkan sampai bila-bila. Aku doa korang rasa apa yang aku rasa.

– Sarah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

12 Comments

  1. Simpati dengan kisah sahabat. Tak kesampaian nak bertemu kali terakhir di dunia. Pasti sangat sedih dan terkilan.

    Sabar ye sahabat. Perjalanan sahabat jadi sulit. Jalan jem, urusan nak Kene dipercepatkan, Allah yang gerakkan hati mereka. Allah tak izinkan sahabat untuk melihat arwah kali terakhirnya.. kalau tak semuanya lancar. Tapi bukan rezeki sahabat. Redha dengan ketentuan Allah.. ini ujian sahabat.. bersyukur Allah masih izinkan Sabahat video call masa arwah dikuburkan dan ziarah kubur arwah.

  2. Dik, kamu tak kesian ke kat arwah mak kamu.. bia meninggalnya seorang hamba Allah, dia meronta-ronta nak cepat dikebumikan. melewatkan pengebumian menyeksakan jenazah,. ,Allah dah takdirkan kamu tak de rezeki nak jumpa arwah buat kai terakhir. Mak saya pun tak sempat nak tengok arwah mak dia (nenek saya) buat kali terakhir tapi dia redha…

  3. Dendam.. dendam dekat orang yang sempurnakan arwah bagi pihak kau?.. Lawak wei. Xbole brain. Semoga Allah permudahkan hidup dan tambah rezeki semua orang yang urus jenazah mak kau

  4. Belajar agama maka kamu akan faham berapa menderitanya Jenazah kalau lambat diuruskan. Jangan pentingkan diri sendiri.

  5. Dendam yang tak sudah itu akan makan diri.

    Mempercepatkan pengebumian adalah ajaran Islam. Nabi Muhammad SAW sendiri yang suruh percepatkan.

    Keluarga, sepupu sepapat, orang masjid, orang kampung dan penggali kubur bukan saja suka² nak percepatkan. Nabi besar kita Muhammad SAW yang sabda suruh cepatkan.

    Kalau kita tak boleh terima orang percepatkan pengebumian, maknanya kita tak boleh terima apa yang Nabi Muhammad SAW suruh umatnya buat.

    Memang akan rasa sedih sangat² tak dapat tengok wajah mak buat kali terakhir.

    Tapi jangan itu menyebabkan kita jadi seorang pendendam.

    Tak dapat tengok mak buat kali terakhir tak apa.

    Kita boleh buat benda lain yang jauh lebih bermanfaat kepada mak dan kepada diri kita.

    Iaitu sentiasa doa kpd Allah mohon Dia ampunkan mak, mohon Dia rahmatkan mak, mohon dia sejahterakan mak, mohon Dia hapuskan semua dosa mak.

    اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا
    وَارْحَمْهَا
    وَعَافِهَا
    وَاعْفُ عَنْهَا

    Baca doa ini setiap kali kita solat fardu dan solat sunat, iaitu dalam tahiyyat akhir selepas selawat Ibrahimiah sebelum salam.

    Nabi Muhammad SAW beritahu kita ini adalah antara tempat paling mustajab doa.

    Cuba buat ini, In Syaa Allah ingatan kita kepada mak akan sentiasa segar.

    Kita tak perlu tunggu pulang kampung tengok kubur mak untuk ingat kepada mak.

    Setiap hari paling kurang 5 kali, dan di mana saja kita berada, kita akan ingat kepada mak dan akan doakan dia dgn doa paling bernilai dalam dunia ini. Doa mohon keampunan, kerahmatan, kesejahteraan, penghapusan dosa untuk dia.

    Ini adalah antara bakti berterusan untuk mak oleh kita sebagai seorang anak.

    Saya sudah buat ini 6 tahun sejak mak saya kembali ke Rahmatullah.

    Alhamdulillah ingatan saya pada mak sentiasa segar.

    Dan saya rasa amat tenang dapat berterusan berdoa untuk mak.

    Allahua’lam.

  6. Diorg bkn mls nk tnggu. Mmg dlm islam x digalakkan melewat2kan pngebumian. Sama mcm kes arwah abg ipar sy. Ank tunggal arwah, pun x brkesempatan nk tatap peluk cium ayahnya buat kali terakhir. Dia dh cuba utk blk segera, tp sbb trpaksa menumpang pakcik, n pakcik pulak ada urusan kerja yg x dpt nk elak, maka prjalannya jadi trtangguh. Kami hnya mmpu buat video call je tnjuk wajah arwah sblm kafan ditutup. Sedih mmg sedih, tp itu semua kehendak Allah. Kita manusia x mmpu nk buat apa2 wpun dh berusaha sedaya upaya.

  7. apa yang kau cerita tak maafkan bagai ni?
    takda siapa yang buat salah kat kau pun.
    masyarakat situ dah tunaikan fardu kifayah dah.
    takda kewajipan untuk tunggu kau atau siapa pun.
    faham ke faham ni?

  8. Aduhai..halo cik kak..anggap aje tak ada rezeki kamu jumpa..tapi sedekahkan Al Fatihah dan Surah Yaasiin..cuba fahamkan klau lambat jenazah dikrbumikan mknanya menyeksa jenazah tau..apa yg kau nk berdendam sgt ni?diorang pun dah tunaikan Fardhu Kifayah..apa point kau nk berdendam dgn diorang?sbb tak tunggu kau?lgi sekali aku bgtsu jgn penting diri tau

  9. Minta maaf ye, tp juga org d Johor mmg ada kefahaman utk simpan or kebumikan jenazah cepat.. mmg dlm islam d galakkan begitu, tp ‘consider’ jugakla kluarga yg terdekat dari jauh yg nk ziarah buat kali terakhir.. dlu mak saya pon ada seorang abg yg tinggal d johor.., semasa diorang telefon mngatakn abg nya tu telah mninggal, mak saya terus bergegas ke sana dan merayu agar mnunggu sehingga dia sempat melihat jenazah, tp mreka x tunggu pon.., alasannya : x baik biarkan jenazah lambat dikebumikan dan penggali kubur serta org2 yg lain tu ada keperluan yg lain juga.. pdhal selang sejam shj mak saya sampai selepas dikebumikan.., dia berasa sgt ‘ralat’ kerana abgnya itulah yg bnyak telah bnyak membantunya semasa belajar (ayah mereka telah mninggal waktu mereka kecil lg), dan dia dah lama x berjumpa abgnya.. inikan pula ank sendiri yg xdpt melihat arwah ibunya.. kpd confessor, bersabarlah.. pujuk hati awk, insha Allah ibu awk akn mnunggu awk d Syurga nt, so berusaha lah ke arah ‘matlamat’ itu.. di samping itu doa dan pahala yg dihadiahkan kpdnya, insha Allah sampai ketika masih di dunia ini, so bnyak2la berdoa utk arwah dan bila ada peluang, hadiahkan pahala sedekah kpdnya.., gambar2 juga bole ditatap utk kenangan, & yg penting, dia sentiasa ada di hati, walau pon jasadnya telah dikebumikan.. klaw ada peluang, pergilah ziarah kuburnya.. wallahu a’lam bissawab

  10. Redha je la, ada la sebab dorang nak kena tanam cepat. Kamu tak berada dalam kasut dorang. Bila kamu memaafkan dorang, bukan maksud kamu meudahkan dorang tapi untuk memudahkan kamu. Ada ustaz tu cakap, kalau kita tak maafkan kat dunia, lagi seksa nanti kita kena tunggu sorang2 datang untuk kita maafkan kat akhirat. Kena pulak yang datang tu merangkak, makan puluh ribu tahun nak tunggu, padahal kita lagi selangkah je nak masuk syurga. Sebab syarat nak masuk syurga kita kena buang semua kesombongan, dan memaafkan tu adalah salah satu cara untuk hilangkan sombong. So better maafkan siap2 kat dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *