Aku Dengan Dia Tak Sekufu Ke?

Hello korang.. Aku nak tanya pendapat ni, tapi sebelum tu aku cerita dulu aku dengan makwe aku ni dah 2 tahun bercinta, kitorang kenal dekat uni yang sama.

Tapi dia senior aku maksudnya dia grad dulu dari aku.

And now kitorang berdua dah kerja tapi dia dah kerja lama lagi laa dari aku pasal dia habis belajar setahun awal dari aku.

Aku ni kira fresh grad jugalaa aku baru kerja dalam 1 bulan macam tu. Gaji aku ni dalam 2K++ camtu and aku bukan bidang engineering macam makwe aku.

Gaji dia dua kali ganda (5K++) dari gaji aku sebab dia engineer dekat company O&G.

Kitorang bincang nak kawin dalam masa 3 ke 4 tahun macam tu.

Baru2 ni aku ada bincang dengan dia pasal nafkah. Aku faham jee yang nafkah dari segi kewangan tu memang 100% daripada suami.

Tapi ada satu hari tu aku saja nak uji dia kata, “macam mana kalau kita dah ada anak nanti i tak mampu nak sediakan pampers dengan belikan susu formula untuk anak sebab gaji i cukup2 makan je?”

Aku saja je nak uji dia tengok respond dia macam mana.

Pastu dia jawab “you kena laa kerja lebih masa or buat part time job untuk cukupkan duit untuk anak”.

Aku faham je yang semua perbelanjaan rumah, nafkah isteri, perbelanjaan anak adalah dibawah tanggungjawab suami. Aku tak nafikan pun benda tu.

Tapi aku ni mengharapkan bakal isteri aku ni ada sifat ehsan dan kesian terhadap suami. Aku faham je isteri bukan wajib tolong suami dari segi perbelanjaan tu semua.

Cuma aku perlukan rasa simpati dari dia untuk support aku dari segi financial. Bukan nak amik kesempatan ke apa sebab gaji besar dia tu.

Tapi lepastu aku saja la tanya dia “then gaji you tu nak buat apa?” Pastu dia jawab gaji dia tu untuk beli pakaian anak dengan mainan anak SAHAJA.

Aku faham je anak tu suami kena tanggung. Tapi dah kalau aku ni tak mampu nak sediakan certain things, aku mengharapkan dia untuk support kewangan aku juga.

Bukan laa aku hamak sangat pun duit dia. Tapi dalam rumahtangga kena ada sikap belas ehsan juga.

Sumpah aku terasa weh dia cakap macam tu.

Pastu the next day lepas aku tanya soalan gitu dia tuduh kata aku taknak bertanggungjawab dengan nafkah anak. Dia kata aku nak lepas tangan nafkah anak.

Padahal aku saja je tanya sebab nak tahu dia willing ke tak untuk support aku tatkala aku tengah kesempitan kewangan.

Aku tak salahkan dia pun. Cuma aku nak dia ada dengan aku time aku susah dan senang. Itu jee.

Pastu ada satu kali tu dia tanya aku, “kalau i tertumpahkan air tealive dekat kereta you, apa you akan buat?”

Pastu aku jawab laa, “you kemas la sendiri sebab you yang tumpahkan” sambil ketawa hahaha. Ni dia tanya dalam chat whatsapp bukan depan2.

Pastu dia koyak dengan jawapan aku tu sampai nak mintak break. Dia kata aku ni tak betul2 nak kenal dia macam mana.

Aku tanya pendapat member-member aku pasal makwe aku punya soalan air tertumpah dalam kereta tu. Pastu diorang kata makwe aku ni sakit mental tanya soalan entah hape2.

Jadinya korang rasa aku patut teruskan ke relationship ni? Ke atau aku patut putus je?

Perasaan aku ni valid ke untuk terasa? Apa pendapat korang pasal nafkah tu? Salah ke permintaan aku tu?

– Karim (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

6 Comments

  1. Hi Karim,
    sy baru setahun jagung dlm alam perkahwinan ni, tapi tergerak nak kongsi part perkenalan. Untuk pengetahuan, sy dan suami pun lebih kurang macam karim (suami lebih muda, gaji lebih rendah). Soalan sy pada suami direct & apa yg saya nampak dan nak dari jawapan suami adalah tanggungjawab dia sebelum, selepas dan semasa kahwin.
    Soalan tt patutnya “lepas saya dah sehabis baik kerja extra utk family kita tapi masih tak cukup, awak boleh bantu tak? Tapi saya tahu tanggungjawab saya etc bla2” Kalau gf tt jawab tak sesuai dengan apa yg tt nak lepas tanya/bincang pasal ni, then baru sy rasa tak sekufu kot?

    Isu sekufu bukan bab nafkah sahaja, tapi kalau isu ni yang paling besar utk tt, sebab kahwin ni seumur hidup, cuba duduk dan slow talk, bitau apa yg tt concern and risau etc. Saya jenis ckp direct dgn husband & alhamdulillah jawapan sgt memuaskan dan sebabkan husband sgt2 bertanggungjawab & happykan sy, sy tak kesah pun nk tolong dan selalu belanja husband mcm2 dengan duit sy.

    Part tumpah air dlm kereta tu sy tak boleh jawab sbb tt lg kenal gf tt mcm mana. Dia tgh insecure ke, mmg jenis cepat terasa ke, tu antara tt dgn gf.

    Apa yg sy boleh ckp, kalau tt pun harapkan wife even sblm kahwin, dan tanya mcm2 pasal duit gaji dia sebelum kahwin, bg sy tu sgt redflag, melainkan tanya/bincang elok2 pasal saving tt utk dia, bincang komitmen tt dan dia apa, nk start hidup bersama okay ke etc, mcm tu sy rasa okay.

  2. bukan ape.. sy nk tergelak sebab korang brlum kaein belum ada anak ponn tapbertekak pasal nafkah anak 🤣🤣🤣

    pastu btul. la kot sakit mental tah pape tanya psl tumpah air tealive kt kerey

  3. akak baru kawin 15 tahun dan mulakan perkahwinan dgn banyak sangat ehsan bagi kat suami especially tang duit. akak silap dik. patutnya akak firm macam gf awak tu. suami, kalau tak cukup duit kena usaha bagi cukup bukan mintak ehsan isteri.
    awak tau dik, apa suami akak jadi dalam 15 tahun ni?
    tetap mengharapkan ehsan isteri.
    pesan akak, jadilah suami yang ada maruah dik.

  4. Istikharahlah. Itu lebih baik.

    Hidup ni jangan ber”kalau”2. Membuka pintu2 hasutan syaitan.

    Benda belum jadi. Ringan jelah lidah berkata2.

    Contoh mcm situasi isteri tanya suami.. awak akan madukan saya tak? Suami beriya2 kata isterilah satu2nya cinta sampai mati. Tengok2 thn depan suami bawak balik madu.

    Fokus lah pada camna nak hidup bersama di jannah. Instead of hidup dgn berkalau2.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *