Hai semua. Aku Betty. Working mom. Ada 3 orang anak. Ada satu suami. Kerja government. Umur pertengahan 30.
Dipendekkan cerita, life aku sangat mudah dan baik sebelum ni. Hingga…..
Last year, aku tukar tempat kerja. Semua dalam tempat baru aku ni lain dari sebelumnya.
Tempat baru ni, aku banyak gila kena outstation, banyak sangat program office, banyak sangat kerja komuniti, blahblah.
Anak anak aku pon dah tak baby. Paling kecik 5 tahun. So semuanya under control lah kot.
Tapi makin aku jarang duduk rumah, aku rasa aku dah tak suka nak cakap dengan suami aku. Dia ni memang pendiam dari awal kahwin. Tapi dia diam dengan aku je. Macam acuh tak acuh.
Bila dengan family dia, boleh juga cakap. Dengan kawan-kawan pun tak lah teruk sangat, boleh juga dia sembang. Tapi jenis sembang tak expand, macam just jawap2 soalan.
So makin lama, aku macam malas dah nak bercerita sangat. Tambah pula aku dah banyak masa kat luar, lagi lah aku dah tak heran nak cakap dengan dia.
Tapi slowly dia macam nak effort bercakap dengan aku. Tapi, sadly aku dah macam takde perasaan nak bercerita.
Bayangkan lah, dulu aku passionate cerita itu ini, dia ha ha (angguk) je.
Aku dulu passionate nak indahkan hubungan dia diamm dan layan layan je. Sekarang….. aku dah malas. Bukan tu saja, slowly perasaan sayang juga dah takde dari aku. Dia?
Dia ni sesuatu sikit. Kalau jauh, ya ya macam caring. Message tanya dah sampai belum, take care sayang lah apela. Tapi bila depan depan, NONE.
Aku sakit sehari tu, dia boleh tak tanya sepatah dan makan dengan kids kat bawah sikit tak tanya aku. Kelaparan dan kesakitan lah aku malam tu.
So lama lama, hubungan yang macam ni buat aku tak keep going.
Sekarang, aku memang look forward untuk outstation dari duduk rumah. Rasa panas dan bosan tak tau nak buat apa. Dengan kids i did well. Sembang, lepak, berjalan, blah blah. Dengan dia je, aku memang cramp.
Slowly lagi, aku ni macam dimakan hantu. Aku selalu menangis. Rasa macam takkan aku nak hidup sampai tua macam ni? Tau tak sebab kan aku tak connect dengan dia, bila kat rumah aku selalu siapkan kerja.
Kat office aku ni macam terpaling perform, siap kajian sempat publish setiap tahun tapi sebenarnya tu adalah hasil kesunyian aku.
Kadang dalam solat nangis, driving nangis, aku stress. Takkan macam ni? Effort yang dia buat, aku hargai – effort nak bercakap dengan aku.
Tapi aku jadi benci kadang2 tu rasa macam… teringat 7 tahun lepas yang dia tak pernah heran pon kat aku. – macam pendendam kan? But yas, he made me this.
Paling stress sekali, aku ni rajin orangnya. Tak pernah lah rumah aku ada rambut banyak atas lantai. Tapi sekarang ni, aku macam nak mengamuk.
Tengok rambut rasa benci, tapi nak buat tu rasa tak mampu. Sama la dengan habuk kat kipas, sampah bawak kerusi. Aku jadi malas dan gloom.
Sama juga dengan kerja office. Aku ada banyak kerja. Tapi aku tak mampu nak siapkan. Rasa macam sedih lah, banyak mengeluh lah. Hmm.
Ni tanda depressed ke? Nak confirmkan macam mana? Mind to share jalan untuk ke psychiatrist?
Please guys!
– Betty (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit