Aku Derhakakah?

Salam and Hi semua. Aku N. Berusia lewat 30an, sudah berkeluarga.

Aku straight to the point lah ye…

Aku mengalami childhood abuse daripada orang yang mengandungkan aku sejak dari kecil lagi.

Kata-kata hinaan betina, anak tak kenang budi dan sewaktu dengannya tu biasa aku dapat.

Aku tak pernah dapat appreciation feedback, sekelumit tahniah pun walaupun aku top scorer dari UPSR, PMR, SPM. Semua exam besar aku dapat straight A.

Sebabnya adalah untuk puaskan hati seseorang yang bernama EMAK. Tapi apa yang aku dapat, “Yang tu je”?

Aku ni dari kecik nampak lah yang emak aku ni pilih kasih orangnya. Aku tak pernah dapat apa yang aku nak, aku tak kisah lagi. Tapi bila abang dan adik lelaki aku minta, confirm dapat.

Aku ni dikerah bagai orang gaji sebab aku anak perempuan. Abang & adik lelaki aku tidak pernah diminta buat kerja rumah langsung.

Aku pendam saja sampai lah aku besar. Hanyalah ayah tempat aku menumpang kasih, meluahkan perasaan yang terbuku.

Emak aku cukup terkenal dengan sifatnya yang suka mengumpat, mengata orang, bahasa2 yang tidak baik. Dengan adik beradik sendiri mak aku pun dia jadi batu api, bergaduh bertahun lamanya. Ayah aku sabar saja.

Sampai lah satu masa, ayah aku kantoi berkahwin lain semasa dorang PJJ.

Aku dah boleh agak ayah aku ada orang lain dek tak tahan dengan sikap emak aku. Ayat “Jantan tak guna”, “suami tak boleh harap”, semua pernah singgah di telinga ayah aku.

Akibat daripada tu, emak dan ayah pun bercerai. Aku pun bawak emak tinggal berhampiran dengan keluarga kecilku. Dah 10 tahun bercerai, tapi masih ada dendam dekat hati emak sampai anak-anak pun merasa tempiasnya.

Hampir setiap hari aku dengar cacian, umpatan, hinaan pasal ayah aku dan keluarga ayah aku.

Akibatnya, adik aku jumpa pakar psychiatrist sebab banyak tekanan termasuk tekanan tempat kerja. Aku pun hampir-hampir jumpa pakar psychiarist sebab yang sama.

Baru-baru ini, atok aku (bapa kepada ayah aku) meninggal dunia.

Aku minta izin emak aku untuk balik kampung ziarah setelah lama tak balik kampung dan juga untuk bagi emotional support kepada ayah aku. Emak aku terpaksa merelakan walaupun dalam hatinya dendam masih ada.

Sepanjang aku dua hari di kampung, aku tak berani nak message emak aku untuk jaga sensitivity dua belah pihak. Tapi aku perasan, yang emak aku block aku di fb dan ig. Aku diamkan saja.

Sampai lah kantoi emak aku mengata aku di belakangku. Dia kata dia meluat dekat aku, kata ada anak pun tak guna.

Puncanya sebab aku balik ziarah keluarga ayah aku walhal semasa aku balik kampung, ramai minta aku kirim salam pada emak, cakap rindu akan emak.

Aku balik dari kampung dalam keadaan penat dan aku pun burst seumpama sebutir bom. Aku msg emak tanya kenapa sumpah aku anak tak guna.

Emak tak reply langsung. Dia hanya read saja. Aku pun minta maaf dekat emak berkali-kali, tapi apa yang aku dapat adalah read saja. Tak baca langsung.

Emosi aku sangat terganggu. Aku diganggu suicidal thoughts sebab aku rasa hidup aku tak bermakna lagi.

Aku cuba bawa kereta laju-laju untuk biar aku accident. Tapi aku sempat break sebab iman aku nipis aku menghalang aku dari cuba buat benda bodoh.

Emak, emak memang dah buang kakak dari hidup emak ke? Emak memang dah tak nak kakak ke? Tiada keberkatan hidup lagikah hidup kakak bila emak dah tak nak kakak? Apa salah kakak dekat emak?

Kakak anak derhaka ke?

– N (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *