Aku, Dia dan Mertua

Aku tak tahu nak mula dari mana. Aku yakin ramai lagi senasib dengan aku. Ceritanya macam ni, aku kawin dalam 1tahun. Tapi aku di uji dengan rumah tangga yg panas. Kami bahagia cuma 6bulan sahaja selain itu bergaduh. Aku tak boleh dengan suami. Yang aku tahu hanya minta cerai dari suami.

Aku makin hilang arah. Lupa mana aku pergi. Emosi sangat terganggu. Fikiran jadi serabut. Meracau racau menjerit dan ada kalanya aku hilang dari pandangan. Sampai lah satu saat bilamana suamk aku tak lagi mampu bertahan. Buat keputusan untuk lepaskan aku. Hantar balik kampung dengan tujuan untuk bercerai. Tapi lebih kurang 3hari macamtu suami aku balik dan jumpa aku. Katanya rindu aku. Aku sendiri tak faham apa yg dia nak sebenarnya. Nak ceraikan aku tapi masih jumpa & cakap sayang.

Apa yang paling menyakitkan bagi aku. Hidup kami suami isteri seolah olah buruk dimata ibu mertua. Semua yang aku buat tak kena. Tiada satu perkara yang baik mertua nampak. Samalah ayah mertua pun. Biasanya dalam keluarga kita boleh lihat salah satu mesti baik & tenangkan masing2. Tapi beza dengan keluarga mentua aku. Rasanya bagai semua di kawal. Semua urusan mertua masuk campur. Sampaikan nak anak dia ceraikan aku dan kawin lain. Suami aku pula jenis bukan ikut hukum. Kalau dia tahu benda tu salah dia tetap ikut apa ibu mertua aku tetapkan. Tak boleh dia pertahankan aku langsung. Malah main wayang mengiyakan apa sahaja keputusan ibunya untuk dia berkahwim lain serta tinggalkan aku. Mudahnya bagi seorang suami buat macamtu. Atas sebab tak boleh terima kekurangan aku.

Aku janda kawin tanpa meletakkan hantaran. Cuma senanskah Al Quran, Sajadah, dan mas kawin RM 300. Apa aku mahu suami aku terima segala kekurangan dan kelebihan aku. Tapi.. nyata aku silap. Ujian rumahtangga kami dia tak mampu bertahan & buat keputusan untuk terima jodoh pilihan ibu mertua ku. Cumanya apa yang aku tahu. Dia akan berkahwin dengan pilihan hati ibunya. Apa jua keputusan ibunya untuk dia pada aku. Dia akan ikut saja.

Aku sayang suami aku sesungguhnya. Perangai buruk suka kentut sepah-sepah. Busuk & macam macam lagi tu aku memang hadap dah. Bukan jenis aku sayang atas duniawi saja. Aku buat kerana Allah. Walaupn mertua aku selalu perli kata sayang kerana Allah tapi perangai buruk. Ceritanya bila aku start kerja, balik rumah mentua takde apa lauk. Aku tak sempat beli. Tak masak. Tapi aku beli makanan kat luar. Jadi isu. Balik dah malam penat,kadang tak sihat. Tapi macam macam aku di tuduh pemalas. Walhal menantu kesayangan dia ramai. Tapi tetap tak puaskan hati dia. Akhirnya pilihan-pilihan menantu dia tak bagi apa yang dia harapkan. Sudah macamtu masih tetap mahu suami aku kawin lain. Mungkin dia tak ambil iktibar atas semua pilihan dia sebelum ni. Dia tetap tak dapat apa yang dia mahu. Iaitu menantu yang boleh tunaikan segala hajat.

Untuk suami, dia jadi lalang. Dengan aku cakap lain. Dengan ibunya cakap lain. Seolah olah happy dengan pilihan isteri baru. Sangat teruja untuk bagi hadiah pada ibunya. Yelah lelaki kan bangga kalau berpoligami. Soal poligami, pandai cakap tu hak suami. Tapi bab agama tak pernah pertahankan hak isteri. Berkahwim sekadar berkahwin. Nak bahagia tapi ujian taknak.

Suami aku taklah hensem mana. Perut boroi yang amat. Double chin pun bertingkat. Tapi ntahlah. Kasih sayang aku pd dia tu lain.. aku sayang dia sebab diri dia bukan sebab lain. Dia kerja bagus. Pocket tebal. Tapi sebenarnya rak tebal mana pn. Aku hidup bukan bermewah. Rumah pun flat saja. Teringat masa kami mula perkenalkan diri masing masing. Dia cakap nama penuh, kerja, dan cakap sudi ke terima diri dia yang cacat kekal. Aku jawab sudi dengan syarat dia terima dan jaga aku dalam susah senang.

Ternyata aku mimpi disiang hari. Mereka sekeluarga dah nekad untuk jayakan majlis untuk suami. Suami bertambah happy. Yelah bakal isteri baru tu cantik, businness sendiri. Apa tujuan ibu mertua aku pun aku tak tahu. Dan aku tak tahu apa yang dia nak sebenarnya. Sanggup buat khianat dan masuk campur rumahtangga anak. Apa dia takde perasaan sebagai seorang perempuan ke ? Atau bayangkan apa yang dia buat anak2 perempuan dia yang kena tempias ??

Suami aku macam biasa. Pelakon sandiwara auta paling win abad 2018 ! Sayang aku tapi khianat aku. Lukakan perasaan aku. Aku yang ditindas, aku yang patut rasa marah. Tapi dia yang marah aku balik. Helok perangai dia. Jujur aku masih sayang dia dan perkahwinan kami. Tapi kekuatan aku bukan seperti batu. Hanya hati aku batu menelan semua kepahitan. Di tambah massage tak puas hati dari kedua mertua. Ntahlah benci sangat mereka berdua pada aku. Sampai nak sangat tengok kami berpisah.

Hari yang mereka tunggu dah tiba. Mereka bakal di ijab kabulkan. Nampak ceria perubahan suami. Aku hanya mampu berendam air mata. Aku doa Allah izinkan aku redha atas segala kesedihan ni. Tapi setelah 2minggu perkahwinan mereka. Aku mula di abaikan. Satu persatu aku hidup bagai tiada apa. Aku tahu mereka hidup bahagia. Hanya aku memendam duka. Begitulah seterusnya sampai masuk 8bulan usia pernikahan mereka.

Madu aku sakit misteri. Meracau racau minta cerai. Bergaduh semua keluarga mertua akibat kacau bilau si madu. Madu aku tak ingat apa dah. Dengan mertua aku habis bergaduh teruk benci membenci. Habis biz kain tudung dia tergendala dan bermasalah. Masa tu suami mula sedar. Yang ujian aku dengan madu tak jauh beza. Dia buntu. Aku cuma pesan, sabar & jangan tinggalkan madu aku. Jaga dia elok2. Sembuhkan dia..

Sama sperti yang dia buat pada aku dulu. Dia hantar madu pada orang tua atas alasan untuk diceraikan. Dia cakap nak kembali pada aku. Dia menyesal atas segala kesalahan dia pada aku.

Yang sebenarnya setelah dia buat pada madu aku. Aku tekad untuk tinggalkan rumah. Aku tinggalkan dia dengan kenangan yang ada. Aku pergi sebab aku mahu dia berubah. Dia sedar apa jua tindakan jangan di pengaruhi hasut orang tua. Sedangkan aku tak pernah skali mahu dia melawan orang tua. Cuma aku perlukan hak sebagai isteri. Tapii hati aku dah sekeras batu kat gunung kinabalu. Cukup segala peluang yang aku dah bagi. Cukup bagi aku dengan segala kesakitan. Aku memilih untuk pergi. Aku berharap dia akan berubah sebaiknya. Sekarang hanya menunggu semuanya di tamatkan. Merayu rayu suami untuk di beri lagi peluang terakhir. Sanggup tido atas tanah berhari hari untuk aku terimanya semula.

Ianya sudah terlambat.. Aku bukan lagi yang dulu. Aku pergi sebab aku sayang. Namun sayang aku harus di simpan untuk kesedaran. Padah akibat tak boleh bezakan baik buruk walaupn ibu sendiri itulah akibatnya. Terima Kasih mertua untuk segala kesakitan.

– Dania Khalisya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *