Aku Dihukum Tuhan

Salam. Namaku Layla (bukan nama sebenar sudah semestinya).

Maaf tulisan aku sedikit panjang & aku perlukan tempat mengadu je sebenarnya. Aku tak tahu la post ni akan undang kecaman atau kata – kata yang baik.

Aku 29 tahun tahun ni dan alhamdulillah ada kerja & ddk sekali dengan family. Nak kata ada rupa, entahlah..

Aku pernah tampar muka aku sebab aku rasa aku hodoh.. Tak perlulah cakap “semua ciptaan Allah cantik” aku akan fikir akulah manusia paling hodoh antara paling cantik..

Sepanjang 29 tahun hidup ni aku memang tak pernah couple & tak pernah ada orang pun yang confess ada orang suka aku.

Dulu, masa sekolah aku tak rasa kisah pun benda tu & aku memang tak ramai kawan lelaki. In fact aku memang tak berapa berkawan rapat dengan orang.

& Sampai masuk Uni pun aku memang takde ramai kawan lelaki.. classmate lelaki aku 3 orang je. Lol. Pun masa ni aku ok lagi. & Dulu masa sekolah aku ada masalah kulit teruk yang buatkan aku rasa down giler.

Tapi now bila dah menginjak umur 28 29 ni, aku mula tengok kawan – kawan kahwin & ada anak tipu kalau aku tak rasa apa. Aku pun teringin jugak. Tapi tak pernah ada orang nak kat aku.

Ni pun baaruu tadi jiran aku hantar kad kahwin anak dia, ayah aku tanya anak dia bila lagi..

Aku rasa atleast umur 29 ni patut aku at least pernah jumpa 1 orang yang suka aku tapi takde hahah. Adik aku umur 23 tahun pun ada bf tau.. AKU ???

Ayah aku pernah cakap kat aku,

Ayah: Takde bf ke?

Aku: Takde

Ayah: Bukan office you ramai lelaki ke?

Aku: Ramai lelaki… Lelaki orang, tunang orang.. bf orang.

Ayah aku pun terdiam.. hahaha.

Sometimes aku tengok orang lain siap Kahwin, cerai kahwin lagi aku still takde sape nak.. lol jugak aku ni

Actually, kat office aku ni ada seorang yang semacam bagi aku mix signal.. tapi tak tahu lah dia serious or tak.. macam tak kemana je for now.

& Sebelum ni aku pernah jugak suka orang tapi tulah selalunya orang tu aku sedar aku tak layak untuk dia. Dah la kau ni jenis once I fell in love, I fell hard.

Kadang kadang aku takut kalau hidup seorang sepanjang hayat. Aku rasa aku ni hodoh sangat kot, jahat sangat kot sampai takde yang nak??

Tak layak sangat ke aku ni nak disukai orang?? Sampai takde orang nak aku.. Aku pun kadang – kadang tak suka diri aku..

Aku pernah buat dosa besar tau. Tapi biarlah aib aku simpan sini & aku cuba untuk berubah. Tapi tulah kadang aku fikir ni ke cara tuhan hukum aku ?? Sebab aku banyak dosa ??

Kawan aku ada yang kata enjoy dulu single life. Well, I can’t say I don’t enjoy my single life.

I go out with friends quite frequently, once a week pergi main badminton, did my masters, start kumpul aset even sikit. Free time main dengan anak bulus. & In shaa allah tahun ni plan nak gi umrah. Korang doakan tau.

& Aku jugak sedar yang some marriages don’t last. Tengok kat iium ni sendiri bersepah cerita pasangan toxic. Tapi the heart wants what it wants right ??

Kadang kadang aku sampai menangis fikir kenapa allah takdirkan aku macam ni.

Aku selalu console myself dengan kata kata tuhan ada jodoh yang paaallliingg baik untuk aku nanti & memang tuhan dah janjikan pasangan untuk masing – masing.. kalau tak kat sini, kat syurga ada.. ..

Tapi tulah aku sedih jugak sebab aku tertanya mana dia??? Adakah dia sesat kat highway?? Bila giliran aku??

Bila aku tengok Fara Fauzana nangis tu kan, aku terasa tau.. sebab no matter how hard you try to enjoy life, sometimes kau akan teringat jugak benda yang kau takde.. apatah lagi benda tu kau terlalu nak..

Tapi yang aku boleh kata aku tak sampai tahap desperate lagi.. aku pernah try dating apps yang islamic / non – islamic, dekat tele pun ada tapi sekali contact aku dah tahu orang – orang tu memang tak berkualiti. Lastly aku ignore gitu je.

Aku tahu macam mana tak berkualiti ??

1. Baru start mesej 5 minit (I’m not exaggerating) dah ajak aku jumpa. Kau rasa aku percaya kau?

2. Aku dah tulis basic info aku (negeri, umur etc) & yet you contact I & tanya the info that I already stated?? Nampak sangat tak membaca.

Aku harap takde la yang kata aku ni dah la takde yang nak, pastu cerewet / memilih pulak.. Hahaha..

Sebab kenalah memilih kan.. kerana forever is such a long time.

Tapi seriously Aku takut sangat kalau tuhan hukum aku sebab aku ada dosa besar dengan tuhan. Sometimes aku boleh fikir positive tapi tulah.. sometimes cannot.

Korang doakan aku jumpa jodoh terbaik tahun ni tau.

Aamiin..

Kalau korang sudi, share la doa / cara cari jodoh terbaik.

– Layla (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Setuju. Perempuan cantik, kalau introvert duduk dlam gua pon tetap lelaki akan cari. Kalau yg biasa2 ni lalu hari2 depan mata dia buat dunno je. Lumrah lelaki mmg shallow.

  2. Pd sis, sis tak trust dating apps. even mcm dlu2 time sis umur 18-25, sis ada a few kenalan lelaki melalui online.. kami kawan, but not for love. just kenal online shj. umur 23, bf sis tinggalkan sis. sedih mmg sedih, plus pakej sis nanges ye sbb bertahun dh kawan alih2 bf tinggalkan. tinggal without explanation. haaa cmna tu.. jadi sis azam baru, sis fokus pd kerjaya & mak bapak sis shj, dlm pd itu sis doa pd Allah, andai ada jodoh utk aku, permudahkanlah.. temukanlah. Utk ubat duka lara ni, sis kenang balik, terlalu banyak pemberian Allah pd sis sepanjang hayat sis.. Allah ambil sikit je. Ya Allah, br tersedar, sis hanyut dengan meletakkan cinta sis pada ‘makhluk’. dhla couple kan haram. aduh, byk betul dosa. baru sis tahu, jika syg seseorang pun, JANGAN MELEBIHI cinta kita pada Allah. Letak Allah no.1 dlm kehidupan kita. Inshaa Allah.. Allah akan guide kita & atur kehidupan kita sebaiknya. Lg satu, cuba amalkan sadaqah subuh setiap hari, rm0.50 ke sehari, Rm1 ke sehari, then bila sadaqah tu, niatkan, utk bertemu jodoh. Percayalah aturan Allah.. Allah akan beri pada tepat masanya.

  3. Orang macam awak perlu ditanya beberapa soalan:

    —Bila awak marah macam mana cara awak handle. Main badminton tu sebab tangan cepat naik ke jadi geram nak memukul.

    —Apa pekerjaan awak? Perlu fizikal ke sampai kena sukan (Latih kekuatan tangan/kaki). Jadual kerja macam mana, hari ni saya kahwin dengan awak, esok saya nak awak berhenti kerja awak boleh ikut tak? Sanggup ke awak tinggalkan pekerjaan awak untuk keluarga? Kalau saya kata saya tak suka pekerjaan awak kerana awak bergaul dengan ramai lelaki atau tiada privasi untuk kehidupan peribadi, boleh tak awak tukar kerjaya awak? Pendapat saya atau pendapat umum lebih penting pada pandangan awak?

    —Sebagai lelaki, kalau saya kata saya nak jumpa parents awak esok, kalau awak tak kasi saya anggap awak main-main namapun cari di dating apps. Macam ni awak nak marah ke?

    —Ibu saya suka tanya soalan berulang-kali. Kalau dia baca sesuatu yang awak tulis adakah awak akan herdik beliau walaupun beliau hanya nak berbasa-basi dengan awak?

    —Saya sudah ada anak, kalau perkahwinan dengan awak ditakdirkan tiada zuriat, awak sanggup ke jaga anak tiri? Kalau saya nak ambil anak angkat, awak sanggup ke bela sama-sama?

    —Kalau saya tak boleh sediakan rumah yang selesa untuk awak yang ruangnya besar dan cukup sekali untuk anak bulus awak, boleh kah awak berkorban untuk tiada anak bulus di rumah untuk saya? Sebab saya perlu rumah yang bersih, walaupun tidak cerewet hal kekemasan.

    —Keluarga saya ada yang tukar agama untuk berkahwin. Adakah awak akan cakap kepada mereka yang mereka banyak dosa kalau anak mereka tidak jumpa jodoh lagi? Kerana macam mana nak terangkan hal agama lain dengan hal agama Islam dari sudut dosa?

    Saya nak pastikan awak tidak terlepas cakap yang menyinggung hati orang lain demi hubungan keluarga. Bolehkah awak berdiam jika perlu?

    —Adakah awak tahu seorang jelitawan pun ada yang tidak pernah jumpa jodoh sehingga berkahwin? Bolehkah awak beri jaminan yang saya tidak akan sakit kepala dengan argument awak yang wanita hanya dikahwini kerana cantik?

    Bolehkah awak memberi jaminan yang awak tidak akan bertengkar dengan mana-mana perempuan yang awak rasa cantik yang ada dalam hidup saya samada kerana pertalian ataupun profesional?

  4. Salam dik,
    Menarik kisah adik. Kak wardah doakan adik semoga diberi keberkatan dan rahmat berpanjangan. Ameen.

    Bila kita bercakap tentang urusan jodoh ni, sesetengah daripada kita cukup sensitif. Termasuklah diri akak sendiri yang masih lagi belum bertemu jodoh dan telah berusia.

    Tapi, alhamdulillah. Allah itu betul-betul perancang terbaik. Setiap apa yang berlaku memang tersembunyi hikmah disebalik kejadiannya dalam hidup kita. Terpulang pada kita sama ada untuk ambil ibrah ataupun tidak.

    Dan, untuk mendapat ketenangan jiwa dan hati sebenarnya ialah tindakan kita sendiri. Ujian itu datang pada perkara yang sama dalam hidup kita apabila kita masih gagal lagi menghadapinya.

    Allah akan uji pada perkara yang kita cinta dan pada perkara yang kita takuti. Waspadalah dan mohonlah petunjuk daripadaNya.

    Dalam kita hendak menghadapi ujian-ujian tersebut, tidak ada cara melainkan hanya mengingati Allah lah hati akan tenang. Buatlah apa-apa ibadah sekalipun mengikut kemampuan kita, supaya jiwa dan hati kita terasa penuh dengan cintaNya.

    Ingat lagi kisah siti zulaikha dan Nabi Yusuf as? Biarpun sambungan kisah cinta mereka ini ditulis oleh Israilliyyat, namun pengajaran dalam kisah itu kita boleh jadikan pedoman.

    Semoga coretan picisan akak ini sedikit sebanyak dapat melegakan jiwa dan hati adik.

    (Kak wardah, 2024)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *