Aku Dikejar Lelaki

Hi semua pembaca… aku tak tahu nak mulakan macam mana sebab aku bukanlah penulis yang baik.

Macam ni lah, aku perkenalkan diri aku sebagai El, seorang lelaki muda awal 20 an, bekerjaya yang agak baik jika dibandingkan dengan rakan seperjuanganku yang lain yang kebanyakkan masih lagi mencari tempat di alam pekerjaan setelah tamat pengajian. Syukur alhamdullilah

Baiklah, berbalik kepada cerita yang ingin aku kongsikan, aku seorang lelaki yang agak sedikit berisi namun aku beperwatakan menarik, bersih dan sangat bergaya sesuai dengan usia dan kerjaya yang aku miliki hari ini. Namun ada satu masalah yang aku hadapi sampai hari ini.

AKU DIKEJAR LELAKI.

Benda ni dah jadi sejak aku di universiti lagi, entah lah nak cakap aku ni lembut, tidak pula.. cuma nya aku memang jenis soft spoken, suka berkawan dan open minded sehinggalah ada senior2 lelaki yang minat dekat aku, Minat dengan kata lain jatuh cinta.. ahh geli pula.

Masalahnya aku bukan jenis itu, aku mempunyai nafsu terhadap perempuan dan aku juga mempunyai seorang teman wanita walaupun dia berlainan agama (doakan dia terbuka hati untuk memeluk islam). Tetapi aku pelik kenapa ramai lelaki yang sebegitu cuba mendekati aku

Sehinggalah satu ketika, seorang senior memberanikan diri menegur aku di socmed dan ingin berkawan. Aku mula2 ok je tapi lama kelamaan aku rasa lain.

Manja nya lain macam sehinggakan setiap malam lepas saja dia habis bermain futsal aku diajaknya untuk keluar untuk teman dia makan sehingga ke jauh malam.

Sampailah satu saat dia katakan dia jatuh hati kepada aku. Ahh dalam hati aku sudah budak ni kelain pula. Aku jenis nak jaga hati orang aku buat tak tahu jelah dan cakap ahh mengada lah kau.

Tapi dia seolah serius sehinggalah satu hari dia cuba buat sesuatu yang diluar jangka, Pada awalnya aku menolak tapi akhirnya aku cuba melayan tetapi aku masih lagi waras dan hanya ringan ringan sahaja itu pun aku berfikiran untuk menjaga hatinya.

hubungan kami berterusan sehingga dia konvo dan aku masih berbaki pengajian satu tahun lagi. Namun sepanjang hubungan tersebut aku mampu menolak secara baik ajakan untuk melakukan perkara2 yang lebih lagi (faham jelah).

Itu baru seorang, ada lagi aku dihubungi beberapa yang lain dan keluar makan dan sebagainya.

Paling aku tidak boleh lupa ada seorang lelaki bergelar suami orang bekerja sebagai anggota salah satu badan beruniform yang menghubungiku melalui facebook setelah mendapat fb aku dalam satu group komuniti di tempat aku belajar.

Pada awalnya bertegur biasa dan dia cuba untuk berkawan, aku pun seronoklah sebab ada orang tempatan yang sudi berkawan kerana aku seorang diri jauh dari keluarga disini. Dia pun cakap kalau ada apa apa bantuan atau nak apa apa bagi tahu dia.

Hampir seminggu kenal kami pun keluar pergi dinner, Memang seronok lah kan aku memang suka keluar makan outing balik tengah malam jadi aku rasa biasa walaupun keluar berdua,

Yelah aku lelaki dan dia pun lelaki aku bukan ada rasa apa pun kat dia sebab aku anggap dia macam abang.

Kita orang pun berbual biasa normal semua. Malam tu lepas makan dah pusing- pusing lepak jam dekat pukul 2 pagi

Aku pun ok sebab esoknya tu aku tak ada kelas, tiba2 dia cakap balik esok pagi2 jelah malam ni stay luar dia belanja bilik. Aku pun tak fikir panjang sebab tak rasa apa apa akan berlaku sebab dia tak ada tunjuk tanda2 seperti senior senior yang cuba rapat dengan aku sebelum ini.

Perut dah kenyang, mata dah ngantuk seharian kelas malam terus keluar jalan mana sempat tidur, sampai je dibilik hotel aku berbual sekejap dengan dia aku minum and makan snek yang dia beli di 7e sebelah. Tak berapa lama lepas tu aku rasa mengantuk yang tak tahan sangat.

Aku cakap nak tidur dulu lah, dengan baju tak buka tidur macam tu je.. biasa aku tidur memang buka baju sebab dah mengantuk sangat kan aku terus membuta,

Aku tak sedar jam pukul berapa aku tersedar kerana terkejut tiba2 dia baring di sebelah aku, padahal bilik tu ada dua katil single. Tapi mata ni masih lagi mengantuk orang kata macam lalok.

Aku ahh lantak la aku nak tidur balik ni. Tiba2 dia hempap aku dan cuba buat sesuatu yang menyebabkan aku rasa takut.

Dia seolah diluar kawalan aku pula masih lagi mengantuk dan aku pelik aku tak mampu nak melawan dia lakukan perkara diluar jangka terhadap aku. Tapi aku masih mampu menolak sebolehnya untuk disetubuhi namun aku tetap dicabul dan hampir saja dilwt

Pagi tu dia hantar aku balik, aku diam tak bercakap di dalam kereta. Aku masih terkejut dan rasa badan tidak selesa. Dia minta maaf apa semua tapi masa tu aku angguk je sebab aku rasa nak cepat2 sampai nak bla dari dia.

Korang kenapa lelaki lebih tertarik dekat aku? Nak kata aku lembut macam pondan tidak. Dah memang lelaki kalau berisi sikit nampak cute, bukan aku saja2 nak nampak cute. Itu bukan sebab aku nak lelaki terpikat dengan aku.

Tapi bila perkara macam ni kerap terjadi dekat aku adakala aku rasa seronok tapi aku selalu berdoa agar Allah bantu dan lindungi aku.

Tapi itu lah aku kerap dikejar lelaki seperti itu sehingga kini. Apa perlu aku buat ya? Diet? Biar tak nampak comel ? Ahh pening lah. Ok tu je aku nak share. Yang penting aku bukan g4y, apa yang terjadi tu pun aku anggap ujian.

– El (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *