Assalamualaikum semua. Nama aku L. Aku hanya sekadar berkongsi kesedihan aku bersama pembaca.
Sejujurnya aku memang tidak kuat untuk hadapi semua ini sebab aku sudah niat dia adalah lelaki terakhir yang aku kenal dan kami pun sama-sama merancang untuk hidup bersama.
Aku berumur hujung 20an. Aku telah bercinta 2 kali tapi gagal. Aku mengambil masa yang lama untuk merubat hati aku lebih kurang 6 tahun sebelum aku cuba untuk membuka hati aku semula.
Si A adalah kenalan aku sewaktu di Universiti. Kami berkawan rapat tapi aku tidak pernah ada perasaan pun dengan dia.
Setelah tamat belajar aku decided untuk sambung lagi pengajianku ke satu tahap lebih tinggi manakala dia decided untuk kerja.
Setelah beberapa tahun kami lost contact aku ternampak satu posting yang dia accident dan masih dirawat di hospital. Sejak dari itu aku bertegur di laman comment Facebook sahaja.
Pada awal tahun 2020, ketika itu aku sudah bekerja tetap. Bos aku meminta bantuan daripada aku reka satu logo untuk business online dia tapi aku tidak pakar dalam bab design.
Sejak dari itu aku teringat si A yang ambil jurusan Art and Design sewaktu di Universiti dan aku terus contact dia melalui social media untuk membetulkan logo hasil rekaan aku.
Bermulalah dari kisah logo dan perlahan-lahan kami chat antara satu sama lain untuk tanya perkabaran masing-masing tapi chat kami tidaklah kerap seperti orang bercinta, mungkin lebih kepada kawan, chat perkara yang penting sahaja.
Pada hujung 2021, si A cuba memberi hint untuk merapatkan hubungan kami kearah yang lebih serious tapi aku masih was2 kerana sebelum ini aku telah membawa seorang lelaki untuk memperkenalkan kepada keluarga aku.
Aku tidak pernah membawa sebarang lelaki berjumpa dengan keluarga aku selagi dia tiada niat menghalalkan aku tapi hubungan kami juga terkandas.
Si A cuba menyakinkan aku dan bercerita akan perihal peribadinya dan mengenai keluarga dia.
Dia juga pernah patah hati kerana gagal untuk mengikat tali pertunangan bersama kekasihnya atas dasar keluarga perempuan tidak restu. Maka sejak itu dia membawa diri ke negara jiran dan bekerja disana.
Sejujurnya aku tidak langsung memandang harta si A walaupun dia berkata sudah berjaya membeli rumah dan beberapa asset.
Latar belakang keluarga aku juga agak berada jadi disebabkan itu aku tidak kesah dengan harta yang dia miliki sebab itu adalah hasil titik peluhnya sendiri.
Pada awal 2022, kami sepakat untuk merancang pertunangan pada mula Mei 2022 dan aku bersetuju. Sejak dari itu aku mula kenalkan si A kepada keluarga aku dan sedara mara aku juga telah ketahui akan hubungan kami.
Aku telah beberapa kali mengajak si A untuk bersembang bersama ummiku melalui video call aplikasi WhatsApp.
Dia juga telah memberi tahu keluarganya akan niatnya untuk bertunang dengan aku tapi aku tidak berkesempatan lagi mengenali keluarganya.
Selepas raya cina ibubapa aku memasang niat untuk berjumpa untuk mengenali keluarga masing-masing akan tetapi keluarganya memberi alasan.
Aku cuba mengorek sesuatu daripada si A tetapi si A memilih untuk tidak bercakap apa-apa. Aku cuba memberi ruang tetapi dia mengambil kesempatan atas ruang yang aku berikan.
Si A mula menjauhkan dirinya daripada aku jarang contact aku walaupun aku tahu dia sibuk dan aku sibuk dengan kerjaya masing-masing.
Pada satu saat aku sudah tidak kuat dan aku meminta petunjuk dariNya. Alhamdulillah aku dapat jawapan dari si A yang menyatakan keluarganya tidak setuju untuk kami bertunang dan tidak boleh meneruskan hubungan ini.
Aku terlampau sedih dan sangat kecewa kerana aku tidak dimaklumkan dimana silapnya aku sedangkan aku tidak pernah lagi chat malahan berjumpa keluarganya.
Aku buntu min. Aku sedih dan kecewa kerana aku terlalu sayangkan si A dari persahabatan sehingga kami decided untuk hidup bersama dalam tahun ini.
Sampai sekarang aku masih tidak tahu apa salah aku sampai keluarganya menentang niat kami.
Aku faham si A terpaksa akur dengan keputusan keluarganya kerana dia juga perlu jaga hati seseorang. Tapi aku juga berhak tahu apakah puncanya.
Aku terlampau sedih. Sejujurnya aku sudah mempersiapkan baju tunang kami pada bulan Mei nanti.
– Aku bernama L (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit