Assalamualaikum. Aku tak nak kenalkan nama. Tapi aku tau akan ada yang rapat dengan aku akan boleh agak siapa aku. Cerita aku tak lah best mana pun. Cuma nak kongsi keadaan aku sekarang.
Aku nak share kisah hidup yang diuji Allah. Sesungguhnya aku redha. Tidak aku keluh. Aku redha. Cuma aku nak kongsi rasa hati aku. Aku ade berkongsi dengan yang rapat dengan aku. Tapi tak secara detail. Mungkin sebab aku jenis yang agak suka berbual dan suka ketawa. Jadi orang tak begitu rasa derita yang aku tanggung. Orang rasa aku ok. Tapi Allah lebih tahu.
Sepanjang hidup aku diuji. Tapi kali ni aku nak kongsi ujian Allah yang aku rasa agak berat tapi aku terpaksa berpura2 kuat untuk anak2.
Aku disihir.
Aku seorang isteri dan ibu pada anak2 yang sihat dan comel hadiah dari Allah. Sebelum perkahwinan yang ni, aku pernah berkahwin. Perkahwinan lepas aku tak dikurniakan anak walau dah macam2 diusahakan. Tapi rahsia Allah. Cantik aturanNya. Bekas suami bukan orang yang boleh bahagiakan aku.
Sepanjang perkahwinan yang lama, aku tahan derita. Aku dipilih untuk diuji dengan bekas suami yang kaki dadah, kaki perempuan, kaki judi, penipu dan panas baran. Tapi aku syukur. Allah uji aku masa tu supaya aku belajar kenal manusia. Aku redha. Kami bercerai akhirnya. Syukur. Tiada dendam dalam hati aku. Aku anggap bekas suami salah satu cara untuk Allah sampaikan didikan pada aku. Terima kasih.
Masa dalam proses bercerai, aku masih bekerja. Aku punya jawatan dan gaji yang baik. Kami bekerja satu tempat. Cumanya bekas suami masa tu pekerja bawahan. Hal dia skandal di tempat kerja diketahui orang2 kerja. Aku dikenali ramai ditempat kerja, termasuk pekerja bawahan.
Mungkin sebab jawatan aku jadi ramai yang kenal sebab perlu berurusan dengan aku. Disebabkan keadaan tu, makanya cerita mudah sampai pada aku. Sampaikan skandal dia datang jumpa aku di office. Aku terima. Aku dah redha. Aku dah lali. Ini bukan yang pertama, kedua, ketiga atau ke berapa pun. Dah terlalu ramai.
Sepanjang perkahwinan,terlalu ramai perempuan yang datang dalam hidup kami. Jadi masa tu aku rasa aku dah tak kuat. Dah lama takde rasa cinta. Penat dikhianati. Masa dalam proses bercerai, kecoh jugak lah. Mana dengan fitnah yang ditabur pada orang keliling dan keluarga, mana perangai2 orang2 keliling.
Masa tu ade sorang manager ditempat aku. Aku tahu dari cara dia, dia ada perasaan pada aku. Tapi aku tak boleh. Beza usia yang jarak 21 tahun buatkan aku anggap dia macam ayah aku. Lagipun dia suami orang. Aku tak suka rampas kebahagiaan orang sebab aku tau rasa dia. Bermula scene2 yang aku benci.
Aku disalah laku ditempat kerja. Dia selalu ugut aku untuk berhentikan aku bila aku tak layan dia. Aku dalam persimpangan. Aku sayang kerja aku. Gaji dari kerja tu lah aku tampung kehidupan aku, bayar hutang piutang bekas suami aku sebab guna nama aku, beri belanja pada mak aku dan manjakan mak dan adik2 aku. Mak dan adik2 harta dunia akhirat aku. Allah. Benci bila diingat perlakuan dia. Sedih dan sakit bila ingat keadaan aku masa tu.
Dia pernah tawarkan aku duit untuk biaya proses penceraian aku. Aku tolak. Alhamdulillah proses cerai aku sangat sangat mudah. Aku biaya sendiri segalanya. Aku tak tuntut apa2. Kata bekas suami dia takde duit. Aku senyum. Aku bayarkan semua. Takpe lah.
Manager aku pernah ajak aku bercuti dan suruh aku pilih mana2 hotel dan suite mewah. Aku tolak. Dia tabur aku dengan duit dan kemudahan ditempat kerja. Aku tolak. Dalam masa yang sama aku mula rapat dengan adik dia.
Awal2 dia dah pesan pada aku jangan ada hati dengan adik dia. Adik dia cuma nak gunakan aku. Adik dia jahat dan playboy. Cuma nakkan keseronokan. Aku diamkan. Silap aku adalah kerana aku diam. Diam aku sebab aku perlukan duit dan kerja. Gaji aku masa ni sangat lumayan. Jawatan kerja aku pun bagus. Aku terpaksa elak2 dari dia.
Masa berjalan. Krisis di tempat kerja bermula. Antara dia dan adik dia. Dicampur tangan beberapa staff lelaki di sana. Aku bukanlah cantik mana. Tapi masih beberapa lelaki tertarik dan bersaing. Maaf. Bukan meninggi diri. Tapi itulah keadaan masa tu. Lama2 aku ambil keputusan berhenti kerja. Oh ya. Aku bukanlah seksi. Aku bertudung.
Dua bulan kemudian aku nikah. Beberapa bulan kemudian majlis resepsi. Kenapa amek masa beberapa bulan? Sebab suami aku disabotaj di tempat kerja. Emel2 palsu dari anonymous dihantar pada higher management untuk burukkan prestasi suami. Suami disiasat dan kerja diganggu. Suami punya jawatan yang tinggi di syarikat tu. Tekanan demi tekanan datang. Akhirnya suami berhenti kerja.
Kami tau angkara abang dia. Bertekak jugak lah suami dan abang dia. Abang dia tak mengaku. Masa aku masih keje pun aku beberapa kali disabotaj. File2 dalam komputer aku digodam. Bila bukak wayar belakang komputer, soket tu bengkok. Mustahil bengkok sendiri melainkan dibengkokkan. Kebetulan pekerja malam ada yang nampak abang suami aku ada datang office malam semalamnya. Drawer aku diumpil. Duit dalam jagaan aku dicuri. Aku disabotaj pecah amanah sampai aku dijel untuk soal siasat.
Aku tak pernah buat ape2 kesalahan, bila berdepan polis dan jel aku tak keruan. Menangis sepanjang hari dalam jel. Syukur. IO tu nampak yang aku tak salah. Dan aku ada bukti2. Jenuh suami aku masa tu berulang alik ke umah dan balai untuk ambil segala dokumen untuk dijadikan bukti yang aku tak pecah amanah. IO tu lepaskan aku dengan jaminan dia.
Lepas selesai hal tu, aku slow down. Aku makin takut. Tak lama aku diganggu di office dengan panggilan2 pelik. Call main line untuk cari aku. Bila aku jawab, suara lelaki yang tanya ‘oh hidup lagi kau’. Lama2 aku jadi penat pertahankan diri. Terus aku berhenti.
Suami aku usaha cari kerja di syarikat lain. Kalau ikutkan pengalaman dan jawatan yang pernah disandang, bukanlah susah untuk suami cari kerja lain yang sama atau lebih kurang sama. Peliknya semua company yang dia pergi tolak dia mentah2.
Lama2 dapat cerita dari kawan yang bekerja di company yang suami cuba mohon. Katanya abang suami dah burukkan status suami di banyak tempat. Larang mereka terima suami untuk bekerja. Permainan orang yang ada duit dan pangkat. Terasa dalam drama walau aku bukanlah suka tengok tv lagi2 drama. Rezeki mula terasa disekat. Terasa payah setiap keadaan.
Makin dekat majlis resepsi, makin macam2 dugaan datang. Aku tiba2 sakit. Tak boleh berbual. Pernah wedding planner datang rumah untuk setting rumah, aku tiba2 batuk2 teruk sampai tak boleh bercakap. Nak cakap je batuk. Sampai aku ke toilet larikan diri sebab segan. Batuk teruk sampai darah berketul2 keluar. Aku cuak. Allah, sakit ape pulak nak datang. Tiba2 aku tak boleh bangun. Aku terbaring lemah. Aktiviti yang biasa dibuat aku dah tak mampu buat lagi. Macam patung bernyawa. Masa berjalan. Hari makin hampir.
Majlis berjalan biasa. Tapi tetamu sangat sedikit. Tak sampai separuh dari jemputan. Lengang. Dewan yang kami sewa untuk adakan majlis bukanlah terceruk. Dewan tu terletak di kawasan yang mudah dicari. Terletak dekat dengan tempat2 ikonik disini. Tapi ade tetamu yang datang cakap puas berpusing cari tempat tak jumpa walaupun ikut map yang ada pada kad.
Ada yang cakap diorang sampai pun sebab ikut kereta yang masuk. Bila sampai dewan baru nampak rupanya ada majlis disitu. Padahal dewan tu tepi jalan. Suami jadi bengang. Tetamu kurang sangat2. Macam2 rasa. Haywire keadaan masa tu. Makanan terbuang 7 periuk besar. Masa tu kami tak fikir ape2 lagi. Badan aku tak kuat. Jadi lepas photoshoot cepat2 kami balik. Duit salam kaut cuma beberapa ratus. Boleh bayangkan tak berapa orang yang datang?
Habis part majlis resepsi.
Selepas majlis kami jalani hidup macam biasa. Dengan suami dah tak bekerja, tapi syukur kami masih ada side income. Bisnes berjalan macan biasa. Tapi kehidupan agak sesak. Suami dah biasa senang. Sedang aku tak kisah. Aku suka hidup sederhana. Pendapatan berkurang sangat2. Dari berpuluh ribu sebulan cuma tinggal tiga ribu ringgit sebulan. Tapi kami survived. Alhamdulillah. Tak lama kami dikurniakan sorang anak. Comel. MasyaAllah. Rasa dia Allah je tau.
Kami downgrade diri kami. Dari rumah, kereta dan macam2 lagi. Takpe. Allah nak uji. Masih tak terfikir kami disihir. Sampai lah bertalu2 ujian, rezeki rasa tersekat, rumahtangga jadi panas, jadi benci bila berdepan. Baik aku mahupun suami. Bila kami jauh walaupun cuma keluar kawasan berdekatan, kami boleh berbual walaupun cuma menerusi whatsapp. Bila berdepan langsung tak bertegur. Sedangkan kami tak bergaduh. Cuma rasa tak suka.
Sampai lah mula nampak kelibat, diganggu, lebam2 pada paha aku. Masa tu aku dah bersalin anak kedua. Layanan suami berubah dari sebelum aku bersalin. Biasalah hormon perempuan. Aku fikir sebab size badan aku berubah. Rupanya aku salah. Lepas bersalin hijab aku macam terbukak. Aku mula nampak perempuan dalam bilik sebelah. Duduk diam di tepi birai katil. Tunduk. Kaku tak bergerak. Pakaian baju kurung putih lusuh. Tapi aura dia aku tak tau nak huraikan. Seram. Takut. Tak tenang.
Ade satu kali aku dan suami ada selisih faham. Aku merajuk. Aku bukan jenis suka bergaduh. Bila ada ape2, aku lebih suka diam dan menyendiri. Aku tak balas amarah suami apelagi nak menjawab. Malam tu aku masuk bilik menangis dan tertidur. Tak sedar bila suami masuk bilik. Sedar2 subuh tu da gelap. Pagi tu aku mandi ade kesan cakar yang panjang dirusuk kiri. Pelik. Mana pulak datang cakar ni. Aku takde kucing. Aku tak jatuh. Tapi sebab kepala tengah sakit. Aku biarkan.
Petang tu baru suami cerita. Malam tu dia masuk bilik, tutup lampu dan tidur. Tapi terjaga tiba2. Dia terpandang ‘aku’ tengah merangkak atas badan aku. Muka, rambut, badan semua mirip aku. Totally. Benda tu terus pause dari merangkak dan tenung suami aku. Suami aku pelik. Tangan dia raba aku disebelah. Nak pastikan tu siapa dan aku ada tak kat sebelah dia.
Bila suami aku pegang tangan aku, benda yang menyerupai aku tu mengundur kebelakang, menyeringai dan perlahan2 muka dia berubah jadi buruk macam nenek tua dan ghaib. Itu bukanlah pengakhiran. Tapi banyak lagi kejadian2 pelik. Sampai suami cakap aku berubah. Ada masa rupa aku berubah.
Ade sekali kami bercuti di sebuah resort. Aku suka resort ni. Anak aku pun suka. Cuma satu benda mata aku ni tak boleh lepas pandang. Hiasan berbentuk gong dalam bilik tu. Petang tu kami main swimming pool. Naik dah agak maghrib. Dalam pukul 7 da naik bilik.
Masa tengah bersiap untuk keluar makan malam dalam toilet, aku perasan muka aku lain. Macam tua. Kulit muka jadi kendur macam saggy. Aku tenyeh2 bedak dan blusher bagi seri. Tapi macam takde seri. Tapi aku tak fikir ape2. Rupanya benda tu dah mula nak tunjuk diri yang dia dah ada dalam badan aku.
Macam2 kejadian lagi yang jadi. Suami aku panggil ustaz datang ke rumah. Malam sebelum ustaz tu nak datang, aku terasa macam aku dah nak mati. Aku cium anak2 aku bertalu2. Aku rasa macam tu ciuman terakhir aku. Aku rasa esok aku mati.
Esok paginya ustaz sampai. Kami tak cerita ape2. Cuma minta ustaz tengokkan kalau ada yang tak kena. Sampai je rumah, ustaz tak pandang langsung aku. Aku kira dia jaga pandangan mata. Tiba2 ustaz terus panggil aku dengan keras.
‘Kamu !! Sini !!’
Aku rasa melayang. Menggigil. Seram sejuk. Nak pengsan. Bacaan ruqyah dimulakan. Aku rasa dia ketuk2 manja badan aku perlahan2 dengan kayu pendek yang dia bawa. Jujurnya tak sakit. Tapi tiba2 aku rasa lain. Dan aku terus tak sedar. Bila aku sedar badan aku lemah. Lebam2. Sakit. Perit. Allahu. Sakit ape ni ya Allah. Aku muntah berbuih2.
Ustaz tinggalkan air untuk mandian. Ustaz balik suami aku tunjuk video. Rupanya sempat suami aku rakam. Aku kerasukan. Allah. Ujian ape ni ya Allah. Mengalir air mata aku.
Selepas dari kejadian tu beberapa tempat aku pergi. Dalam negeri atau luar negeri. Aku tak cari bomoh. Aku cari ustaz. Ikutkan hati aku, berat rasanya nak berubat. Tapi aku kuatkan diri. Aku pandang anak2 aku.
Dulu aku penakut. Sekarang bila aku dapat rasa keberadaan benda2 tu, aku paksa keraskan hati. Kalau aku takut, ape nak jadi pada anak2 aku. Lagi2 bila anak aku yang sulung dah mula nampak2 dan diganggu. Hijab aku mula terbukak. Tapi dari yang aku tahu, apa yang aku nampak bukanlah kerana hijab, tapi apa yang aku nampak tu sebenarnya benda yang dalam badan aku nampak. Mata kami sama. Allah. Seksa sungguh hidup ku ya Allah.
Hingga ke hari ni, setiap lepas asar belakang badan aku akan rasa berat seberat2nya. Macam aku bawak beban. Pinggang dan perut sakit. Kadang sampai membongkok aku jalan. Jantung kerap laju. Aku check ke pakar jantung, scan jantung dan segala macam tapi normal. Rupanya kata ustaz tu tanda bila dia menganggu. Allah.
Beberapa ustaz dan sorang bijak pandai aku pergi. Jawapannya sama. Aku disihir. Bukan dari satu orang. Tapi dari dua orang. Supaya aku menderita. Supaya aku susah sampai mati. Supaya rumahtangga aku berpecah belah. Peliknya tak diceritakan tentang apa2 tapi tahu yang aku pernah berkahwin, tahu nama abang ipar aku. Allahu.
Jujurnya sampai sekarang perlahan2 aku buat rawatan. Tapi setiap kali nak pegi buat rawatan, setiap kali tu ada yang menyusahkan. Dan sampai ke hari ni masih ada gangguan dan penampakan keliling aku. Perit ya Allah hidup ni. Aku diuji sepanjang hidup aku. Aku disihir bekas suami dan abang ipar aku. Aku mungkin nampak ok di luar. Dalaman aku sedang terseksa.
Kalau aku katakan yassin dan surah2 sering aku baca tapi gangguan masih ada, mesti orang pelik kan. Tapi ustaz cakap mungkin sebab aku orangnya solat dan mengaji. ‘Dia’ jadi lali dengan ayat2 tu. Cuma aku tak boleh dengar ayat ruqyah. Aku akan pengsan dan kerasukan. Jadi aku tau itulah ayat yang melemahkan ‘dia’.
Dan aku tau ‘dia’ masih ada. Berkongsi jasad dengan aku. Ada masa aku dapat rasakan ‘dia’. Menggeliat meronta dalam badan aku.
Aku tetapkan hati, walau ape jadi,walau sekuat mana kuasa yang ada didunia, aku mohon Allah jauhkan aku dari mereka2. Aku tak nak dan takkan terima bekas suami aku balik. Kuatkan aku Allah. Aku akan terus untuk keluarga kecil aku walau hasad dengki abang ipar aku setinggi gunung sekalipun. Beri aku lebih kekuatan ya Allah.
Doakan aku… Aku tak pandai karang ayat. Tapi aku cuma nak berkongsi. Doakan aku sembuh. Doakan aku kuat. Doakan aku terus kuat untuk anak2. Doakan rumahtangga aku. Doakan rezeki aku. Doakan kesihatan aku. Doakan kesejahteraan aku.
Aku redha. Allah pilih aku. Aku tak berdendam. Mungkin ada ganjaran untuk aku. Cuma aku minta doakan aku supaya Allah beri lebih kekuatan untuk aku.
Seksa terasa hidup ni. Anak2 aku masih kecik. Macam disiat2 rasanya tengok anak2 yang terpaksa berdepan dengan keadaan aku yang tak menentu sedangkan mereka sangat2 perlukan aku sekarang.
Doakan aku…
– Aku
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit