Aku Disihir II

Untuk part I, (https://iiumc.com/aku-disihir/).

Assalamualaikum. Terima kasih admin sebab share cerita aku sebelum ni. Aku baca komen2 korang. Terima kasih. Aku terpanggil untuk menjawab beberapa soalan dan berkongsi lagi.

Allahu. Ramai yang mendoakan aku ya Allah. Angkat lah doa2 mereka. Semoga aku diberi kemudahan dalam menghadapi kesulitan ni. Dan semoga korang yang doakan aku dibalas rahmat Allah yang tiada henti.

Ya. Suami aku tahu siapa yang buat. Penerimaan dia? Entah. Susah aku nak tafsir.

Gangguan? Ya. Dia pun alami. Dia lebih banyak dengar2 suara. Sedang aku lebih banyak nampak kewujudan2 benda tu. Kata ustaz sebab ‘dia’ ada dalam badan aku. Mata aku, mata ‘dia’. Aku berkongsi apa yang dia nampak. Macam yang aku katakan dalam cerita sebelum ni. Aku tau ‘dia’ ada. Aku boleh rasa kewujudan ‘dia’. Perasaan aku? Allahhu. Seksa.

Suami jadi panas baran. Mood nya berubah2. Dia lebih banyak tidur. Selama beberapa tahun ni, suami ada kerja. On and off. Bertukar2. Setiap kerja tak tahan lama. Syukur masih ade income untuk kami sebelum ni. Aku ingat masa buat rawatan tu.

Katanya memang orang tu buat suami susah lekat kerja. Supaya kami susah. Supaya aku tinggalkan suami. Tapi tak. Aku redha dengan ujian Allah. Aku tetap disini walau adakala hatiku sakit terluka. Tapi aku pujuk hati aku. Aku dipilih Allah untuk diuji. Pernah aku baca. Suami tu ujian. Isteri tu ujian. Anak2 tu ujian. Dan aku diuji dengan rumahtangga yang disihir.

Kadang bila keadaan jadi rumit diganggu, suami akan jadi tak tentu arah. Dia jadi macam orang yang takde pedoman. Katanya cuma nak mati. Dia akan cakap perkara bukan2. Mood nya berubah2.  Kadang aku risau akidahnya.

Aku risau banyak perkara. Kerjanya tidur berjam2 dan berhari2. Dia asingkan diri dari adik beradikku. Mungkin kerana gangguan dan mungkin dia rasa down yang sangat2 lepas kejatuhan dia. Ya. Dia depresi bila jatuh terduduk ditambah ujian begini. Aku masih kuat mungkin aku kerap diuji sepanjang hayat.

Kuatkah aku? Tidak. Aku lah selemah-lemah manusia yang sangat memerlukan kekuatan. Aku cuma pura2 kuat untuk anak2 aku. Dan masa2 gangguan begitulah aku akan nampak benda2 ni dalam rumah.

Pernah aku tak larat sangat hari tu nak kemas mainan anak2 yang di atas karpet. Aku cuma longgokan di karpet tempat mainan anak2. Setempat. Malam tu aku ke dapur untuk bancuh susu anak2, dari dapur boleh nampak tempat mainan anak2.

Aku perasan ade ‘budak’ yang size anak aku yang sulung tengah terbongkok2 kutip mainan anak2 aku. Aku fikir tu anak aku yang sulung. Tapi aku terkaku bila aku ingat yang anak2 aku tengah baring dalam bilik. Beberapa saat ‘anak’ aku tu hilang. Tak mungkin secepat tu anak aku lari dari tempat mainan ke dalam bilik. Sejak tu aku tak pernah lagi tinggal ape pun mainan. Semua aku simpan rapi.

Pindah? Sudah. Aku da berpindah. Tapi benda tu seolah mengikut kemana pun aku pergi. Walaupun ke rumah saudara mara.

Pernah ikut suami berpindah. Satu malam tu aku terjaga dari tidur. Sebab aku rasa ade benda yang lalu lalang. Rambut aku macam ditiup angin bila benda tu lalu. Aku tak palingkan kepala. Tapi aku tau tu ‘dia’. Lama begitu. Dan aku tau ‘perempuan’ tu pakai kain yang meleret ke lantai. Kainnya kembang menutup seluruh kaki. ‘Perempuan’ tu hilang bila aku pusing menghadap suami aku dan kejut suruh bangun.

Pernah aku tidur. Terjaga dari tidur minta tolong pada suami sebab rasa ada tangan yang sangat besar cekik leher aku. Sangat besar. Aku tak boleh bersuara. Aku capai2 suami dan cakap dengan suara tersekat ada benda cekik aku. Suami terjaga dari tidur terus melibas2 atas badan aku sambil marah2. Perlahan2 rasa tangan besar tu lepaskan leher aku.

Esoknya suami tak boleh bangun. Demam panas tiba2. Suami aku susah demam. Kalau demam pun dia tetap boleh bangun. Tapi masa tu demam nya meleret. Tanpa sebab. Panas yang sangat panas. Tangan dia tak boleh diangkat. Berhari2. Pelik tapi malas dah nak fikir. Sebab dah terlalu banyak benda pelik jadi.

Biasanya aku akan terjaga bila hampir ke pukul 3pagi. Hampir setiap hari. Dan hampir setiap hari tulah aku akan diganggu tanpa belas kasihan. Dan larilah kemana pun. Selagi sihir ni masih dihantar dan dihantar pada aku, selagi tu aku tak bebas.

Kadang bila keadaan macam kucar kacir atau kelam kabut walaupun tak tau apa yang kelam kabutnya, tapi aku rasa dunia ni kalut. Ribut. Sesak. Semak. Rimas. Gelap. Sempit.

Dan masa2 begini bila aku nampak ‘lain’ suami selalu tanya, sama ada ni aku atau bukan. Masa tu bulu roma aku jadi meremang. Badan aku terasa pelik. Seakan ada yang ingin membangkit. Seakan terpanggil dengan soalan. Seakan terasa dicabar. Aku boleh rasa ada yang tersenyum. Aku boleh rasa ada yang merenung. Tapi aku tahan. Aku zikir selagi mampu. Kemudian dia senyap sendiri. Senyap tanpa tinggalkan jasad.

Aku bukanlah seorang pemarah. Hayat aku, kata2 kasar apa lagi maki hamun bukan makanan aku. Aku jenis happy dan suka berbual. Suka usik2 orang. Sekarang? Aku pesimis. Ada masa aku ok. Depan orang aku ok. Aku normal. Tapi dah kerap aku marah2. Aku jadi pemarah. Aku jadi manusia berbeza. Dalaman aku? Boleh dikatakan tiap masa aku berperang dengan ‘aku’ yang meronta nak kawal diri ‘aku’.

Ibadah dan kewajipan aku? Allahu sukarnya. Ambik wudhu’ terasa payah. Bila solat tak boleh baca ayat2. Mulutku secara tiba2 penuh lendir dan buih. Nak ditelan aku mesti muntah. Kadang tu aku teruskan jugak baca dalam hati dengan harapan yang tinggi menggunung semoga Allah terima solatku. Dan biasanya solat aku akan terbatal berulang2 kali.

Kadang terasa tulang belikat macam disebat dengan benda tumpul waktu duduk antara dua sujud. Kerap kali begitu. Pernah masa solat maghrib,aku tengah sujud terasa ada yang duduk atas belakangku. Masa tu jugak aku berlari keluar bilik. Dan kerapkali bila aku dapat sempurnakan wudhu’ dan nak tunaikan solat, anak aku yang kecik akan menagis menjerit tiba2 macam kena pukul. Banyak kali. Tak kira masa dia berjaga atau tidur. Nak tak nak terpaksa lewatkan solat.

Mengaji? Aku dah payah nak teruskan bacaan. Nafas ku tak sampai. Tersekat2. Kadang rasa berat di dada. Sudahnya aku tamatkan bacaan begitu je. Aku pernah cuba Yassin mubin. Untuk penawar sihir. Tapi aku tak mampu habiskan bacaan. Leher aku macam dicekak. Badan aku berpeluh2. Lelah. Macam aku berlari.

Tidur malam aku tak pernah lagi senikmat dulu. Gangguan waktu tidur jugak kuat. Penah aku tidur dalam keadaan mengiring, terasa macam ade benda tajam yang sangat2 sejuk cucuk belakang aku. Aku terjaga tapi tak berani berpusing. Masa tu suami aku takde. Aku kaku. Lama baru aku mampu nak berpusing. Tapi takde ape2.

Kerapkali masa tidur, aku terjaga sebab rasa tangan aku diangkat benda yang aku tak nampak. Ada masa angkat setakat nak alihkan kedudukan tangan aku. Aku tahu diangkat sebab terasa ade yang angkat. Sampai aku tidur pegang surah yassin. Baru gangguan tu berkurang. Kaki aku dah tak boleh lagi tidur dalam posisi lurus. Selalu kaki aku ditepuk, ditarik masa tidur.

Diperhati masa tidur? Ya. Pernah aku terjaga dan nampak benda yang bersize sepanjang lengan aku tengah terawang2 menunduk merenung aku.

Pernah dengar ustaz cakap kalau mimpi ular tu tanda sihir dan gangguan? Ya. Banyak kali aku mimpi tu. Masa tu aku tak terfikir sihir. Banyak kali aku mimpi ular patuk, ular jatuh melata atas kepala aku dan macam2 lagi. Kerap aku ternampak bayangan ular dalam rumah aku. Korang yang ada tanda begini, nasihat aku pergilah check. Kita tak tahu niat orang.

Betul. Aku ibarat berlawan dengan diri sendiri. Sebab ‘dia’ ada dalam badan aku. Ya. Aku dah berubat banyak kali. Memang keluar, tapi dia masuk semula. Lebih2 lagi bila waktu aku uzur. Dan bukan satu yang ada. Banyak. Berbagai rupa dah aku nampak.

Ada yang tanya mak ayah suami aku. Dua2 mertua aku dah meninggal sebelum aku wujud dalam hidup suami aku. Dia ada adik beradik. Tapi sejak ibu bapa dia meninggal, hubungan adik beradik tak lagi rapat. Ada yang tahu tentang ni, tapi mungkin sebab tak nak campur tangan.

Ada masa aku jadi pemarah. Tapi nanti aku menagis sendiri. Tapi syukur hingga ke saat ini, aku masih mampu kawal diri aku. Mungkin berkat solat dan mengaji aku walau hanya secara hafazan. Sebab bila aku sentuh alquran lepas solat untuk mengaji, automatik badan aku berpeluh panas. Panas yang rimas. Sesak rasa dada.

Anak2? Ya. Anak aku yang sulung baru berusia 3tahun. Aku perasan dia dah mula nampak dan diganggu dari dia pandai berjalan. Dia lari tiba2 macam terkejutkan sesuatu. Tengah bermain, dia tiba2 kaku macam takutkan sesuatu. Selalu jengah2 cermin kemudian lari. Macam2 lagi jadi.

Keadaan aku? Ada masa aku selalu teringat2 bekas suami aku. Bila dalam keadaan tu, aku akan cepat2 ingatkan diri.

Mengaji dan surah2? Hampir 24jam rumah aku dipasang ayat quran dan zikir. Sepanjang malam sampai ke siang surah2 tak berhenti aku pasang. Sambil buat kerja pun aku akan baca surah2 secara hafazan. Syukur didikan mak aku, surah yassin, al mulk dan ar-rahman aku hafal untuk diri aku. Pernah aku baca, selain yassin, ayatul qursi dan 3qul, surah al-mulk pun sangat baik diamalkan. Tapi gangguan masih berterusan.

Allah benar2 sedang uji aku. Aku tahu, Allah sangat sayang aku. Sekurangnya aku masih ada dalam ‘pandangan’ Dia. Dia masih nak uji aku. Daripada aku dibiarkan leka dalam dunia. Memang perit. Seksa terasa. Lemas. Perit. Kehidupan sangat kacau. Tapi apa lagi yang lebih bermakna dari kasih dan rahmat Allah kan? Ada sesuatu Allah sedang aturkan untuk aku. Aku percaya tu. Cuma ada masa aku rasa lemah. Aku tak kuat. Jiwa aku kacau. Lelah dengan dugaan dan gangguan bertubi2. Allahu.

Ya. Aku mungkin perlu tukar cara doa aku. Bukan minta diberi kekuatan walau itu yang aku rasa aku perlukan. Selain minta aku dikuatkan untuk hadapi ujian yang diizinkan Allah, aku juga minta Allah permudahkan kesulitan aku. Semoga dipermudahkan rezeki aku dan keluarga. Terima kasih pada yang berkongsi.

Andai suatu hari aku pergi dulu, semoga sihir ini pergi bersama aku. Jangan diganggu anak2 aku. Aku redha. Aku tak berdendam walau aku tahu si pelaku.

Entah siapa mampu aku harapkan untuk jaga anak2 aku. Sejak dua menjak ni terasa kematian semakin hampir. Tapi tetap aku mohon, dipanjangkan usia untuk ibadah aku, untuk agama aku, dan untuk anak2 aku. Anak2 aku terlalu kecil untuk mengenal ujian begini.

Semoga mereka dapat rasa nikmat zaman kanak2 yang sempurna.

Dah 4 tahun aku begini. Dan gangguan makin kuat dan kuat. Aku sakit tiap kali ‘dia’ mampu mengawal diri aku. Kerasukan dan bergelut.

Semoga aku sembuh dan kuat melawan walau apa jua yang datang. Walau berapa banyak kali pun sihir dihantar, walau sebesar mana pun hasad dan benci di hati mereka.

Mungkin perpisahan yang aku minta membuah benci dan dendam di hati bekas suami aku. Maafkan aku. Aku cuma mahu bahagia. Aku tak mampu terus disakiti. Aku doakan bekas suami aku temui bahagia dia. Temui hidayah Allah untuk dia.

Mungkin hasad, iri dan benci dah tertanam dihati abang ipar aku bila aku menolak dia dan kahwin dengan adik dia. Maaf. Aku tak mahu jadi perampas rumahtangga isteri dan anak2 dia. Kasih dan sayang tu rahsia Allah. Tiada rasa aku untuk dia. Dan tetap tiada benci. Jauh disudut hati aku harap korang adik beradik dapat berbaik semula.

Aku nampak dia like kisah aku yang lepas. Jujurnya aku maafkan semua. Aku minta maaf andai perlakuan aku, penolakan aku membuah rasa yang tak sepatutnya dalam hati.

Allah izin kerana Allah uji. Aku tak mengeluh walau pun terasa seksa kehidupan aku. Allah izin. Siapa aku nak menidakkan keizinan Allah.

Korang terus doakan aku. Semoga ada doa yang diangkat. Allah tahu. Pada yang share ilmu baru di ruangan komen, terima kasih. Pada yang share contact dan sebagainya, insyaaAllah aku akan pm.

Pada yang alami benda yang sama macam aku, atau ada ahli keluarga yang turut disihir. MasyaAllah. Terus kuat. Terus sabar. Terus bagi semangat. Semangat tu lah kekuatan kami. Komen2 korang buat aku kuat. Semoga Allah beri kesembuhan. Semoga Allah beri hadiah yang sangat manis dihujungnya.

Terus doakan aku dan anak2 aku. Doakan aku.

– Aku

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *