Assalamualaikum wbt. Aku Jemah, terbaca confession Mak Cik Kertu tentang majikan melayu yang suka tindas orang (https://iiumc.com/majikan-melayu-yang-suka-menindas/).
Nak luah jugaklah kisah aku yang pernah ditindas ni, buat adik-adik, akak-akak, abang-abang, hatta mak-mak, pak-pak yang nak apply kerja, kau siasat lah dulu dik tempat tu, jangan hadap sangat nak kerja kalau majikan tak jaga kebajikan kau.
Long story short, aku mengajar salah sebuah international school. Sekolah swasta la kan. Aku student ijazah sarjana muda pendidikan yang dah setahun lebih bergraduat, tengah tunggu panggilan SPP.
So aku nak kumpul experience dulu, cari lah kerja kontrak. Lepas aku kerja macam2, aku decide nak kerja bidang pendidikan semula.
Long story short, kerja dekat sini bukan sahaja guru. Aku pegang semua title.
Selain mengajar, aku perlu bertugas pagi dan petang. Sebagai OT. Student masuk ke sekolah jam 7.00 pagi, balik dari sekolah jam 4.30 petang, supposedly. Tapi time pagi tu, adalah yang mak pak hantar jam 6.45 pg dah tercegak depan gate.
Maka atas kepala cikgu lah nak kena pastikan mak ayah tak menunggu depan gate sekolah, walaupun waktu mula bertugas cikgu 7.30- 8.00 pagi.
Untuk jadi mak guard ni, ada jadual, so kami kena bergilir. Yang bertugas pagi, tak bertugas petang. Yang bertugas petang, tak bertugas pagi.
Yang tang pagi tu, rules nya 6.45 pagi dah thumbprint, So kau imagine-lah cikgu nak bangkit jam berapa nak siap2, subuh lagi, buka gate terkedek2 dengan sorang lagi cikgu perempuan? Bahaya betul.
Tang petang pulak, waktu balik bertugas katanya 5.30 petang, kalau tak bertugas, balik nya 4.00 petang. Kalau kau bertugas, kau rasa boleh ka kau balik jam 5.30 petang? TAK BOLEH. sebab mak ayah datang ikut suka hati depa.
Ada sampai pukul 7.30 petang member aku menunggu macam orang gila, sebab mak pak fetch anak dia lambat, katanya lupa. Dah berapa jam ambil masa guru habaq mai? Berapa lama dah membazir waktu kat situ?
OT yang menyerabutkan. Kenapa tak warn parents? Sekolah takmau. Katanya nak jaga client. Habistu pekerja punya kebajikan? Nak letak dalam poket?
Dan best part of all, semua OT INI TAKDA BAYARAN OT. Katanya, sedekah saham akhirat. Bila mentioned sedekah semua jadi malu nak bersuara, bimbang depa duk habaq kita ni berkira dengan amal ibadat. Tak baik hang letak kezaliman atas nama sedekah
Guard sebelum ni kena buang kerja, dan takda replacement, maka guru lah yang jadi mak-mak guard-nya. Nampak macam dah selesa dah depa ni, so aku syak depa tak mau ambil guard lagi, terus gunakan kami yang anak dara, mak dara, nenda dara ni.
Malam nya aku teruskan dengan kerja original aku, kerja hakiki aku CIKGU. AKU sedia RPH, ABM untuk mengajar esok hari dan semak menyemak buku pelajar.
Selain mengajar aku jugak yang jaga students makan, sampai aku pun terkejar-kejar, aku menyapu, mengemop kelas, aku yang pantau pelajar solat, wudhu, tadarrus Al- Quran.
Kalau Ada ja yang tak kena dengan cikgu-cikgu, konfem kena tegur. Mata-mata nya pelajar sendiri bak hang, kalau pelajar habaq dekat mak ayah depa, and mak ayah complain cara baik sekalipun, majikan akan “sembur” kami ni ha, dengan cara yang sarkastik, kadangnya zalim gila.
Kadang bendanya kecik dan salah faham ja, guru nya tak salah aih, budak-budak depa tau bercakap ja, kadang mengarut. Tapi memang guru akan “kena”.
Depa tak mau ada complain dari clients, walau sikit, semua kena bagus. Customer always right sekalipun, kau takkan boleh run sekolah ni kalau takdak cikgu macam kami. Kami ni staff bukan hamba.
Pelajar pun tak macam pelajar, bagi aku. aku rasa macam aku ni bibik indon bertag nama guru, yang tatang minyak penuh jaga anak orang kaya, bimbang tumpah minyak nanti kena maki ketua bibik, sebab aku lebih kepada bibik bukan cikgu depa.
Nak marah risau, tak marah risau. Ada pelajar baik, bagus solehah, soleh, ada jugak yang tak macam pelajar. Sebab apa? Sebab budak ni pernah nampak cikgu kena “sound”.
Jadi yang tak berapa nak helok perangai ni, tunjuk perangai la. Ada jugak sesekali aku tegur secara haluih dan pedaih, terdiam, berdesing oo depa. Lepastu aku doa lah, biar depa tak report. Kalau tak, aku pulak yang berdesing.
Kat sini, Guru takboleh keluaq dari sekolah, so makan dekat cafe students, delici hall. Katanya makanan disediakan, last2 sisa pelajar saja kami makan. Lebihan tu kalau ada, milik kami la tu.
Kalau makan sebelum pelajar, boleh. Tapi hang tunggu la kena sound kalau pelajar tak cukup makanan, memang masak la hang.
Last-last aku tension, bawak bekal. If aku tak sempat kadang mak aku yang buatkan, kalau aku tak sempat bekalkan makanan 6.30 pagi dah kena keluar, takkanlah besar panjang nak susahkan mak lagi,
Terpaksa lah aku curi-curi keluar and beli kat kedai depan sekolah, bila dah tengah hari sikit, kalau “line clear” la, atau order mintak orang deliver.
Kalau deliver lambat, maka pukul 1 lah aku makan. Curi-curi makan time zohor, paling teruk aku makan time asar. Terkejar-kejar. Itu belum lagi expectations nak mintak guru buat module, video, ABM semua.
Selit2 masa 6 jam yang ada dekat rumah lah cik oii nak siapkan, udahlah dekat sekolah ni dah penat takdak rehat, sambung pulak dekat rumah. Mak, pak, abang-abang aku dah pening tengok aku. Macam mana guru-guru lama dekat sekolah ni bertahan, aku dah naik sesak, jiwa ni.
MC pulak, tolak gaji. Tang ni aku tak tau kenapa. pekerja kontrak, memang tolak gaji, walaupun ada surat Dr.
MC kau depa simpan, gaji kau depa potong . Kau perlu ada MC untuk cuti, tapi gaji dipotong. Kau takda MC? Gaji dipotong + maki. Itu sahaja. Aku pelik. Aku biaq pi lah sebab aku ingat kan semua memamg macam tu, rupanya tempat lain takdak aih lagutu.
Fast forward, di saat pandemik mula melanda dunia kita. Korang perlu tau satu fact tentang sekolah swasta ni, pendapatan guru memang 100% bergantung pada yuran pelajar tau. Hang bayar elok yuran anak hang, maka kami dibayar elok, supposedly.
Jadi takdak aih issue pandemik melanda ka, apa ka, kalau sekolah swasta tak hilang students (clients), dan kalau bayaran yuran takda sangkut mana-mana, parents bayar yuran jelas dan elok,
Maka Syarikat/ sekolah WAJIB BAYAR GAJI pekerja dengan penuh, tambahan pulak ada lagi bantuan kerajaan yang depa apply untuk tampung kerugian syarikat, agar kesan pandemik ni tak jejaskan gaji pekerja, takdak yang kena buang kerja atau yang kena potong gaji. Tu dia.
Sekolah kayangan ni hang tau dak, dari gaji basic ceq RM1100, depa potong bagi RM800 saja tau. Aku dah clueless awat teruk sangat.
Kerja penat macam biasa, pelajar sama ja mai sekolah takdak berhenti pun. Aku syak parents tak bayaq yuran la kot, terjejas pendapatan sekolah aku, kesian kami.
Aku diam ja, tunggu tengok reaksi orang lain. Yang ada anak 3,4 dah mula teduh muka depa, aku yang ada anak hamster ni takpalah. Kereta pun, aku takdak kereta nak bayaq, rumah aku tak sewa, takda hantaq anak nursery atau tadika, komitmen aku ada motor ja.
Itu pun RM150 sebulan, mahal jugak bagi aku kalau dengan RM800 ni, minyak lagi. Bayangkan cikgu-cikgu lain yang bayaq sewa, air, eletrik, nursery, kereta, minyak, belanja sehari2? Workload sama.
Aku tunggu ja berita yuran pelajar, dan kami dapat tahu yang yuran 100% langsai. Takdak issue yuran sangkut.
Dah tu hang terkesan apa nya dengan pandemic? Rupanya, depa nk pakai duit yang potong dari gaji kami untuk baiki electric pejabat pengurusan dan sewa bangunan.
Kau nak jimat duit belanja wallet sendiri, kau pakai duit pekerja. Ini bukan terkesan pandemik, ini mengambil kesempatan atas pandemik.
Kalau kau nak baiki electric office kau, nak bayar bangunan kau yang takdak kaitan dengan kami dekat sekolah ni, bukan time pandemic pun kau perlu jugak baiki pakai duit syarikat, bukan pakai gaji kami, pakai duit ang, duit syarikat.
Macam manaa lah depa urus account depa ni, aku pun speechless. Ada RM700 ja depa bayar, kurang dari itu pun ada jugak bila pandemic makin gawat, mula WFH lagi teruk, RM600 pun ada, Alasan sama. Terkesan pandemic.
Banyak lagi kisah aku nak habaq tapi hati aku dah mula sesak nafas macam triggered dengan trauma.
Aku percaya tak semua majikan macam ni, tak semua sekolah swasta macam ni, member aku sekolah swasta rileks ja siap dapat elaun kesihatan, elaun macam2, dapat sumbangan covid lagi.
Tapi kita tak boleh nafikan yang penindasan sebegini wujud, dan masyarakat tak tahu realitinya, hitam nya permainan sesetengah majikan ni.
Jangan normalisasikan semua ni, aku tak tau la kalau ada orang yang bahagia pergi kerja heret jiwa atas lantai untuk depa majikan ni pijak-pijak. Takdak rasanya.
Aku bercakap tentang reality, semua orang bekerja nak dapatkan duit kerana Allah, pengalaman tu no 2 dah bila kau dah bekeluarga, atau merancang bekeluarga macam aku,
Kalau duit pun kena rembat, tenaga dikerah extra kaw kaw, mental kena koyak hari2, anak2 pelajar pun kurang respect, kau rasa aku ni kerja apa saja kat sana?
Cikgu ke, hamba ke, guard ke, bibik? Gaji sukahati nak bayar ke tak nak. Terikat kontrak lagi 3 tahun. Tak boleh discuss apa2 sebab kau akan kena maki. Cuti kang, potong gaji. Tak perform kang, kena sound. Apa pilihan aku ada?
Ended up aku dapat tawaran jadi tutor, Gaji per hour dan sangat lumayan untuk WFH.
Aku blah dari situ dan depa agak marah sebab akan kekurangan guru, namun aku tekad, tawaran tutor ni RM20 per hour mengajar sahaja, di rumah sendiri.
Dan aku boleh rekrut berapa banyak student yang aku nak darab RM20 per hour = gaji aku sebulan. Tak mewah, tapi mental aku sihat.
Berbanding di sekolah RM6 sejam, mental koyak, ditindas. Aku anggap doa mak pak aku dimakbulkan dengan peluang kerja ni. Aku blah, dan aku abadikan kenangan aku ditindas ni, disini.
Pesanan aku, lambakan kerja kosong guru swasta di luar sana sangat bagus untuk kau yang minat jadi guru, kau minat mengajaq, bagus aku suka hang semangat. Tapi nasihat aku, hang risik-risik dulu, tanya dulu kiri kanan elok ka sekolah dekat sana.
Tanya gaji dan rutin, serta kebajikan staff. Banyak kerja takpa, asalkan gaji jalan, dan kebajikan staff yang basic pun takpalah, macam MC ka, asal terjaga. Nak tegas, majikan memang elok aih tegas, tapi jangan kuangajaq dengan staff.
Kita institusi pendidikan, apa kita nak corak dalam jiwa pelajar kalau cikgunya pun mental. Risik-risik dulu. Kalau OK, proceed saja aku doakan hang berjaya.
Kalau ada pengurusan sekolah swasta kat sini tengah baca confession aku, if hang dan team buat yang terbaik jaga semua staff dan clients sama rata, sejuta tahniah alhamdulillah aku ucap untuk hang.
Aku respect. Teruskan menjadi contoh, kami guru ni takkan selamanya berkhidmat, kami bawak pengalaman kami sebagai sebuah cerita, samada indah atau perit.
Kalau kebajikan kami terjaga, gaji helok, maka indahlah kenangan kami. Nama baik sekolah pun akan indah pada kami.
Tapi, kalau ada yang membaca ni dari golongan majikan penindas, udah-udahlah tu. Hak hak orang yang dizalimi ni, semua menuntut dari hang nanti, doa -doa mereka makbul dan hang dalam bahaya.
Sempurnakan semua hak mereka, perniagaan hang akan makin maju, in sha Allah hang percayalah cakap aku.
Kewangan sekolah, syarikat kena lah stabil, peluh kami keluaq sebab kerja, duit majikan pun kena keluaq untuk kami, bukan ambil mudah suka hati ja nak bayaq tak mau bayaq.
Kami dah ayaq mata darah keluar ni. Jangan berniaga, jangan hire pekerja kalau hang takda duit nak berniaga dan hire pekerja. Tak baik zalim pada orang.
Aku Jemah, dan aku harap takdak orang lagi yang terkena macam aku. Orang lain lagi teruk pengalaman kerja, ada sampai kena sexual harassment, dipecat dalam masa 24 jam sebab sapa majikan semasa bekerja, pelik2 dan menggeramkan semuanya.
Ya, pengalaman aku ni tak teruk sangat, tapi sejauh ini pun dah buat aku terlalu sesak nafas, especially bila aku mula question diri aku, aku ni nak mati di gate sekolah ka haha, sampai korbankan hidup untuk kerja.
Majikan buat dunno hak aku, aku bersusah payah jaga syarikat depa, walau duit hak aku depa “makan”. Alhamdulillah dah bertahun-tahun aku tinggalkan kerja tu. Sekarang aku gembira dan lega bekerja sendiri. Doakan aku dapat kerja government tau. Aaamiin.
Korang hati-hatilah. Nak sign contract, baca dulu. ambil copy contract, simpan. Hang perlu tahu hak hang, supaya tak dipijak. Good luck kepada semua, semoga Allah jaga kamu semua, termasuk aku. Jemah hadir, jemah undur diri. Assalamualaikum.
– Jemah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit