Aku Suraya (bukan nama sebenar). Hari ni aku nak bercerita mengenai tabahnya seorang ibu dan kesengsaraan dia selama 28 tahun.
Ibu berjumpa dengan ayah sewaktu dia berumur 18 tahun dan berkahwin sewaktu umur 19. Jarak umur mereka adalah sebanyak 10 tahun.
Dari awal perkahwinan ibu aku dah alami macam-macam. Bapak aku ni dari muda seorang yang kuat berjud1, jarang sekali nak bagi nafkah, menipu tapi dia tak pernah angkat tangan dekat ibu aku.
Ibu siap kata dia dah taubat nak melahirkan anak sebab waktu dia lahirkan aku dulu, bapak aku siap pergi berjud1 bawak abang aku yang umur 4 tahun ikut sekali. Dia hadap semuanya seorang diri.
Sekarang ni dah 28 tahun usia perkahwinan mereka dan aku sebagai pemerhati ni tak mampu nak hadap lagi dah. Sepanjang perkahwinan mereka, ibu aku ni hadap macam-macam perkara.
Masih aku ingat sewaktu aku umur 17 rahun, aku ada program sekolah untuk SPM dan tiba-tiba aku dapat panggilan daripada makcik aku yang menangis.
Katanya bapak aku ni ada perempuan lain, indonesia yang dia jumpa waktu dia bekerja. Bapak aku ni kerja government gaji dalam 4-5 ribu.
Luluh hati aku dan aku menangis dalam tandas walaupun orang ramai lalu lalang. Sedih aku bila ingatkan ibu aku yang banyak berkorban.
Ibu aku bekerja sendiri dan dia lah yang menanggung kami sekeluarga. Bapak aku walaupun gaji dia ada tapi tak pernah nak bagi pun dekat ibu aku.
Waktu dia ditugaskan dekat Kuala Lumpur, ibu aku terpaksa bagi RM27 ribu dekat dia sebab dia kalah jud1. Selepas 2 tahun bapak aku macam dah bertaubat dan ibu aku baru buka cerita sewaktu dia berscandal dulu.
Ibu aku cerita bapak aku tu siap sewakan rumah dekat perempuan tu. Siap bagikan motor kami yang katanya dia dah jual rupanya dia bagi perempuan tu. Siap belikan emas dekat perempuan tu dah sewaktu dia ditugaskan di KL hari tu pun belanja sakan untuk perempuan tu.
Ibu seorang yang lembut, dia pergi berjumpa dengan perempuan tu dan merayu sampai melutut supaya tinggalkan bapak aku. Bapak aku dah terlalu jatuh cinta dekat perempuan tu. Perempuan tu gelakkan ibu aku dan memperbodohkan ibu aku.
Paling mengguriskan hati aku bila ibu cerita yang bapak aku bawa dia ke Melaka sebab nak suruh pujukkan perempuan indonesia tu.
Katanya ibu ku punca mereka bergaduh. Ibu ikut sahaja katanya dan pergi ambil perempuan tu dekat hotel untuk makan sekali. Mereka makan bersuapan depan ibu dan lepas balik, bapak aku siap maki hamun di dalam kereta dengan ugutan nak menceraikan ibu.
Lepas dari itu, aku juga pernah teman ibu ke suatu daerah yang memakan masa sejam setengah kerana ibu ku merasakan bapak aku berjumpa dengan perempuan itu lagi.
Aku tidur di dalam kereta dari pukul 4 pagi sehinggalah 7 pagi barulah ibu pun keluar sambil menangis mengatakan mereka berdua ada di hotel tetapi ibu tidak katakan apa-apa.
Ibu setiap malam bangun bersujud meminta kepada Allah untuk lembutkan hati bapak dan alhamdulillah bapak berubah. Dia tinggalkan perempuan tu dah mula bersembahyang tetapi benda tu hanya bertahan selama setahun.
Bapak mula gilakan main satu sport yang famous antara orang-orang kaya. Dia pencen dan dapat dalam RM200 ribu.
RM100 ribu dah digunakan untuk bayar hutang dan buat rumah sebanyak RM40 ribu. RM100 ribu lagi dia habiskan dalam masa tak sampai setahun kerana berjud1 dan kerana taruhan (bet) sewaktu dia bermain sport.
Kini, dia tiada apa-apa. Semuanya ditanggung ibu. Ibu setiap hari risaukan macam mana nak hidup dengan nak membayar sewa kedai, makan pakai, aku yang sedang belajar, bayar rumah dan kereta.
Dia ada berhutang dengan bank sebanyak RM80 ribu tetapi selepas pencen dia tidak pernah bayar. Surat merah dah 2 kali dikeluarkan dan rumah bakal dilelong.
Aku dah putus asa dengan bapak aku, bila ibu ingin berbincang dia maki hamun. Dia ungkit RM40 ribu yang digunakan untuk buat rumah. Aku dah paksa ibu untuk bercerai tapi dia tak mahu. Aku sakit hati.
Cukuplah aku tinggikan suara dekat ibu kerana kedegilan dia. Aku sudah paksa untuk bercerai sejak aku SPM dan kini umur 22. Usaha hasil titik peluh umi bayar rumah 100 ribu tu bakal hilang begitu sahaja disebabkan hutang bapak aku yang bodoh.
Aku kadang menangis bila ingatkan nasib ibu aku ni. Sudahlah berkahwin sejak usia belasan sehingga usia hampir 50 tahun pun dia terpaksa hidup susah. Aku cukup kesian kerana ibu aku tidak pernah mendapat kebahagiaan sepanjang hidupnya.
Aku berdoa pada Allah untuk panjangkan umur ibu supaya aku dapat mewahkan dia bila aku dah bekerja nanti.
Bapak aku amat baik dengan anak dan selalu bagi belanja sewaktu dia berduit tapi aku berharap sangat bapak aku mati.
Cukuplah dia sudah berseronok sepanjang 28 tahun perkahwinan kini bagilah peluang itu kepada ibu aku.
– Suraya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Ā https://iiumc.com/submit