Cerita aku bermula sejak aku mengandungkan anak pertama 9 tahun lepas. Masa tu aku seakan tidak bersyukur kerana selalu cakap dengan husband aku, aku tak nak anak ni, aku takut nak hadapinya. Sebab husband aku kerja jauh. Selalu outstation.
Aku rasa aku tak cukup kasih sayang dan perhatian dia iaitu husband aku. Tambah pulak aku duduk serumah dengan keluarga husband aku.
Aku hidup sederhana. Sebelum kawin husband aku janji untuk hidup sendiri, menyewa rumah. Tetapi aku terpaksa akur kehendaknya duduk sekali dengan keluarganya. Aku memberontak. Selalu bertengkar dengan dia bila kami keluar.
Masa aku mengandung, apa aku nak aku tak dapat. Aku rasa benci sangat dengan baby dalam perut aku. Aku cakap baby ni buatkan aku tak dapat apa aku nak. Jahat sangat aku ni. Aku nak beli macam2 untuk baby baru lahir ni tapi kami masa tu tak mampu.
Aku hanya kerja kerani pada masa tu dan husband aku pada masa tu kerja jauh tapi income sikit (company dia keje masa tu selalu bayar gaji lambat, basic sikit). Aku tak ingat berapa tapi masa tu gaji aku 900++ .
Nak dijadikan cerita, baby pun lahir. Masa lahirkan dia, aku teruk. Sakit nak bersalin tu sampai 3 hari. Susah. Berjahit pun sakit sangat macam tak dibius. Aku boleh rasa jarum ditarik. Pedih. Masa tu aku teringat, berdosanya aku tak bersyukur dengan rezeki anak yang Allah bagi ni.
Dan baby pertama aku lahir, cukup sifat. Sihat. Tapi aku tak dapat bagi susu aku. Sebab susu aku macam takde tapi nurse kat hospital suruh susukan jugak susu ibu tapi baby aku tetap nangis. Nangis tak berhenti. Aku mintak susu topup, nurse tak bagi.
Aku sedih sangat sebab anak aku menangis kelaparan. Lepas fasa check kuning.. aku dapat balik rumah mak aku untuk berpantang. Masa ni tiap malam baby menangis.
Aku paling ingat satu malam tu dia menangis tak berhenti dan aku sakit sangat kat tempat jahit, aku hempas dia atas katil. Aku ingat sampai sekarang hal itu. Aku pukul punggung dia dengan tangan. Jahatnya aku masa tu.
Perkara tu jadi dengan pantas, aku tak dapat kawal perasaan aku. Bila aku sedar, aku peluk dia menangis teresak2. Masa tu husband aku dah pergi outstation. Tinggal aku sorg dalam bilik. Mak aku dalam bilik dia.
Dan baby pun makin besar.. dah 6 bulan. Dia dah boleh makan. Aku semangat buat puri dan bubur nasi. Tapi baby aku tak nak makan, aku pun cepat putus asa. Dan aku buat tak kisah tentang makanan dia. Makan sikit kadang minum susu je.
Bila checkup nurse tanya bagi makan apa semua. Aku cakap je bagi, padahal kadang balik dari pengasuh aku tak bagi pun dia makan. Kadang2 bagi makan biskut baby. Bagi nestum baby. Sampai la setahun. Masih sama, bagi makan sikit2 je sebab dia jenis tak nak makan.
Tapi mungkin salah aku masa tu sebab takde usaha nak masak untuk dia. Pakai yang segera je. Kalau aku tengok gambar baby masa tu, aku akan sedih. Kesian baby aku tu. Kenapa la aku tak jaga betul2.
Masa dia tak de adik lagi, dalam 2 tahun aku ajak mandi. Dia tak nak. Aku tarik masuk bilik air marah2 lepas tu aku cubit dia sekuat hati. Sampai berdarah bahu dia.. jahat betul aku masa tu. Padahal bila fikir balik aku bukan ada anak lain lagi masa tu.
Aku kadang marahkan husband aku sebab dia outstation lama, aku lepaskn marah pada anak aku tu. Selalu aku ugut husband aku nak campak je baby aku ni dulu sampai dia 2 tahun pun aku selalu ugut jugak. Jangan cerita la bab marah2. Padahal dia baru 2 tahun.
Bila dia dah 3 tahun aku berhenti kerja nak ikut husband aku kat selatan tanah air. Aku merasa lah jadi surirumah anak sorang. Masa ni dia 3 tahun. Manja dengan aku. Masa tu aku tak ingat sangat kenangan yang jahat mungkin sebab masa tu aku dengan husband aku dekat.
Masa tu aku rasa paling bahagia. Kali pertama tinggal bersama serumah bertiga. Walaupun rumah takde perabot lengkap. Langsir pun takde. Yang paling kelakar, aku letak selimut kat tingkap masa tu, tampal kertas kat tingkap bilik. Rumah cantik dan besar. Aku suka sangat rumah tu.
Masa ni aku fokus jaga anak aku tu. Satu hari aku tahu aku mengandung. Aku happy la sebab dapat tahu jugak aku dapat interview keje. Rezeki datang melimpah ruah. Alhamdulillah mungkin asbab aku jaga anak aku dan husband aku elok2 masa tu. Aku kurang marah2.
Masa berlalu, aku pun melahirkan anak kedua. Masa ni kami dah berpindah ke utara tanah air. Baby kedua tak banyak ragam. Mudah sangat tapi aku dah mula kerja. Penat. Dan anak pertama aku mula masuk tadika. Dia adalah murid yang lemah, tak pandai membaca.
Dan kebetulan pkp. Aku kena ajar anak aku baca dan buat kerja sekolah. Masa ni tahap baran aku dah makin memuncak. Teruk anak pertama aku kena. Kena ketuk. Kena tampar. Buku kena cmpak. Padahal baby kedua ada atas riba, aku jerit sekuat hati. Aku tengking dia.
Kalau nak diingat sangat teruk. Dia pakai cekak rambut, aku ketuk kepala dia. Nasib baik takde luka. Aku tarik cekak tu aku rosakkan. Masa ni tahap baran makin teruk. Sebab aku guna kekerasan.
Aku pernah hempas bekas kaca sampai pecah. Aku pernah campak mainan. Kesian anak2 aku, trauma. Aku emak yang jahat. Tapi setiap kali lepas marah, malam tu aku peluk seerat2nya. Aku perasan, aku akan baran bila husband aku takde rumah.
Masa terus berlalu, anak kedua aku dah 2 tahun. Aku mengandung yang ketiga. Baby ketiga sama jantina dengan anak pertama aku. Dan paling aku sedih masa pantang, baby ni sama muka dengan baby pertama dulu.
Aku sedih sebab aku emak yang jahat untuk anak pertama aku. Aku selalu bayangkan tu anak pertama aku, aku peluk cium dan minta maaf dengan baby tu.
Sampai sekarang kalau boleh diundur masa, aku pilih untuk jadi emak yang penyayang dan lemah lembut bukan emak yang jahat dan baran. Maafkan emak, anak pertama emak.
– Shasha (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
benci la baca confession macam ni.
kau mmg orang yang pandai bersyukur kan?
orang yang TTC struggle untuk dapat anak, tapi kau dah ada anak layan anak macam tu.
jangan jadikan alasan jauh dari husband kau nak layan anak macam sampah.
lain kali tak payah beranak kalau tak pandai nak jaga anak!!!
Sy rasa akak kena dapatkan bantuan org professional..
Awak penat sebenarnya. Dengan anak sulung tu la kita mak2 ni first time rasa semua benda. Baru belajar nak adapt.
Saya pun pernah hadap benda ni. Tak pernah la pukul tampar. Cuma selalu tinggi suara. Budak kan tak fokus. Kena ulang banyak kali. Kita mak2 ni semua nak cepat. Dalam otak banyak benda tgh fikir.
Mintak la pembantu dgn suami tu. Dah la dia selalu tak de. Awak je yg menghadap anak. Perempuan ni masalah dia kacau hormone dia.. kacau la mood dgn emosi dia. Mcm saya time datang bulan mmg cpt jer trigger. Dia punya penat tu jd 2x. Ha.. tak cukup rehat jadi hulk la. Sebelum datang bulan elok je aktif.
Kalau rasa bersalah dgn anak tu.. sebelum tidur tu minta maaf peluk cium dia. Slow talk bagitahu dia awak pun tengah belajar nak kawal emosi. Tapi yg peluk time marah tu mmg jd dgn saya. Rasa nak meletup2 tu.. cepat2 peluk anak. Pelan2 marah tu hilang. End up sendiri pulak yg nangis 🤣 kena banyak peluk anak.
Benda da berlalu kan, kalau awak nangis air mata darah pon tak boleh balik semua. Awak masih mak dia, so tebus la dgn jd mak baik plak. 1st time mom or dad memang mencabar utk kita. Baru belajar jd isteri, jd ibu, jd menantu. Good luck good mom
Tak matang, asik nak merempan je kerjanya, memang pun awak mak yang jahat, moga kakak tak trauma dapat mak macam awak.
Ibu yg kejam, adalah ibu yg suka mengherdik, pukul, hentam, tampar & cubit anak sampai dia ‘puas’. Selagi xpuas, selagi tu x stop kn. Nasib anak awak tu x mati awak ‘kerja’kan. Awak tau tak, anak yg didera mental & fizikal cenderung mbalas dendam atas apa yg dia pernah rasa. Jaga2….. Klau ko x insaf lg, tunggu ko tua nanti. Minta maaf pada Allah, bkn pd anak yg xsedar pun kau pernah dera dia masa kecik dulu. Klau skg kau OK, dia pun OK je kot. Cuba ko cerita balik kt anak, apa yg ko penah buat kt dia masa baby dulu. Dia ingat lg x? Klau dia bgtau, dia ingat dgn mengangguk ke, baru kau minta maaf kt dia. Depan suami kau tau. Sb kau pukul2 anak pun tanpa pengetahuan suami kau kn. Tgok, apa suami kau brtindak kt kau nanti. Time tu, baru kau bleh insaf atas pbuata n kau dulu kt anak. Hei! Sayanglah anak, bg kshsyg secukupnya. Nama pun baby, mn tau apa2 yg org buat kt dia. Klau dh sakit mnangis, klau lapar & haus pun mnangis jgk. Itu je yg dorang tau utk dptkn prhatian dr ibu yg mlahirkn. Angah geram sgt apa yg kau buat kt anak kau tu. Tp elok la, skg kau rasa la apa yg kau dh buat sampai akhir hayat x kn padam. Perkara tu akan mengHANTUi kau sampai kau sedar diri. Come on, Angah tau la, kau x dpt kepuasan batin la yg asyik trigger camtu kt anak kn. Sb bila suami kau ada, kau cool je. Sb dah dpt kepuasan batin kan. Itu je sebenornya. Kt sini, mmg jelaslah, hubungan seksual yg terjaga, mpengaruhi emosi isteri. Renung2kn.
Dah2 jgn difikirkan benda yg da lepas.. fokus utk masa depan.. buat sehabis baik seperti yg awak inginkan… Jauhkan perasaan baran awak tu.. janji pada diri sendiri untuk tak akan sakitkan anak2 lagi… Sy faham sgt perasaan baran tu camne.. dulu husband sy pun selalu outstation, & sy pun selalu burnt out time husband tiada di rumah & selalu marah2… Tapi now anak dah masuk sek menengah, so far dorg rapat je dgn sy, tips dia layan dorg mcm member skrg… All the best to u sis… Hugs…
macik, kalau buat salah dgn anak pertama, mintak maaf dgn dia,
bukan mintak maaf dgn anak ketiga walaupun muka dan jantina nye same.
nta pape engko ni macik, jiwa anak pertama kau tu pon stress dgn layanan engko pade dia.
nanti jgn menyesal kalau anak tu simpan dendam kt engko macik.
budak2 ni mase kecil ni dia serap semua dlm jiwa dan akal dia,
trauma smapai ke tua. mintak maaf dgn anak pertama tu dan ber kasih syg yg selayak nye sebelum terlambat macik oiiiii