Thank you admin sebab publishkan confession ni :)
Panggil aku Sarah. (Nama samaran)
Aku selalu jugak follow confession dalam IIUM Confession ni. Kebelakangan ni, banyak yang reveal ‘sisi busuk’ seseorang yang berpenampilan warak, berkopiah bagai dan bertudung labuh.
Aku baca semua.
Kalau ikutkan hati, aku tacink jugaklah awat confessor tu pukul rata mereka yang berpenampilan sedemikian. Aku tak sangka pulak ada yang jadi kes gitu. Huhu..
Aku asalnya bukan lah budak baik sangat. Biasa -biasa ja macam perempuan lain. Lahir dari keluarga yang biasa-biasa. Tapi walaupun biasa je, famili aku jenis yang jaga solat. Mak aku pesan, nak enjoy seronok mana pun, solat jangan tinggal dan jangan langgar batasan.
Alhamdulillah, Allah sentiasa jaga aku sejak dari kecil sampai sekarang. Cantik perancangan Allah. Bila Allah nak beri kebaikan pada hamba-Nya, Dia akan beri kefahaman dalam beragama.
Alhamdulillah, sejak dari sekolah menengah rendah lagi aku dah jadi AJK Persatuan Agama Islam. Start dari AJK Teknikal time tu. Masuk matrikulasi sampailah masuk universiti. Ada sahaja penglibatan aku dengan persatuanlah. Dikelilingi orang yang baik-baik. So sedikit sebanyak diri aku pun terjaga.
Tak dinafikanlah, aku sendiri dan geng tudung labuh ni ada kecacatan dan tak sempurna. Tapi aku lebih suka memilih pendekatan berterus terang dan tegur kesilapan. So far, semua boleh terima dengan baik teguran dari yang menegur.
Biasalah weh..
Kalau kena tegur mestilah tacink sikit. Manusia.
Termasam muka sehari dua tu biasalah, next days biasa balik.
Kita yang menegur ni pun kenalah pandai cari kaedah teguran. Janganlah pulak p lancang sangat sampai nasihat dan teguran hilang hikmahnya.
Back to main story. Aku pun dulu pernah tudung singkat dan transparent sampai nampak leher. Huhu…
Malu plak bila fikir balik.
Seluar ketat dan baju paras punggung.
Tudung jarang.
Alhamdulillah, dengan penglibatan dalam persatuan agama. Aku lebih faham halal haram. Slow-slow aku labuhkan tudung aku dan pakaian. Naqibah aku tak pernah paksa pun aku labuhkan pakaian. Dia tak pernah perli or sindir. So aku sangat selesa bergaul dengan geng tudung labuh even time aku je sorang tudung singkat. Hahah…
Alhamdulillah, aku excellent dari sudut akademik. Result baik start dari zaman sekolah. PMR Straight A’S. SPM aku masuk MRSM. Matrikulasi dan seterusnya ambil Kos Engineering di universiti di utara semenanjung Malaysia.
Allah sayang aku dan selalu je makbulkan doa yang aku hajatkan.
Awalnya aku ‘sedikit janggal’ lah bila masuk ke kampus kejuruteraan.
Dikelilingi lelaki majoritinya dan aku awalnya dipandang serong jugaklah sebab kelabuahan tudung aku ni. Aku mula masuk dengan ‘kepala’ diorang.
Mula-mula memanglah kekok tapi bila dua pihak dah boleh adapt. Semuanya getting better. Aku hormat diorang dan diorang hormat aku. Dan memang aku akui, ada sesetengah yang sedikit skeptis dengan kehadiran aku. Tapi aku buat biasa sahaja dan bergaul lebih mesra dengan mereka supaya diorang sedar apa yang diorang anggapkan itu tottaly wrong.
Kena kutuk habis habisan sebab aku terbuat silap kecil, aku dah biasa kena. So, aku tak ambil port sangat sebab dah lali. Tapi aku ambil main point yang diorang cakap untuk baiki kelemahan yang aku buat.
To err is human..
4 tahun dikampus dan seterusnya aku bergraduasi pada tahun lepas.
September 2015. Walau banyak kali jatuh aku tetap bangkit dan bangkit.
Syukur. Aku dapat position Engineer yang selama ini aku idamkan.
With blood and tears.
Huhu…
Dan, sesungguhnya aku bangga apabila ada mereka yang bertudung labuh/kopiah/kurta/jubah/berjanggut dan sebagainya dapat memecahkan taboo bahawa pakaian sedemikian biasanya untuk golongan agamawan.
Majulah sukan untuk negara !
Aku harapkan:
1) Kepada yang orang awam. Please stop judging us hanya disebabkan kami ini berpakaian ekstra kain. Kami juga manusia kot. Ada pasang surutnya. Huhu…
2) Kepada yang sedang mengenakan pakaian yang ‘dilihat’ seperti beagama. Silalah jaga akhlak dan perilaku kita. Kita ni dah lah nak hidupkan sunnah, so bawaklah imej tersebut dengan jayanya. Jangan kita pula jadi fitnah dizaman yang sedia fitnah terbuka luas.
Akhirul Kalam.
Marilah kita perbaiki diri.
Pandanglah semua dengan positif dan berlapang dadalah !
Tata..
Assalamualaikum =)
– Sarah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit