Aku, F0rex Trading, IB dan Judi

Kalau admin approve penulisan aku ini, aku ucapkan terima kasih kerana aku rasa pengalaman aku ni berkait rapat dengan permasalah umat Islam di Malaysia masa kini.

== Pengenalan ==

Salam. Aku nak cerita pasal for3x trading dimana aku dulu hampir nak join jadi Introducing Broker (IB) tahun 2015.

Ini pasal for3x trading, bukan for3x physical. Jangan silap.

Kenapa aku nak cerita ni sebab aku rasa dah jadi tanggungjawab aku sebagai orang Islam untuk mendedahkan perjudian secara halus ini, sebab iklan for3x dah terlalu banyak di Malaysia dan ramai terjerat masuk for3x trading.

Dan aku akan terangkan kenapa yang for3x trading hakikatnya berjudi dengan broker, tiada transaksi. (hint:CFD).

== Menyertai for3x trading ==

Semuanya bermula pada 2014, dimana aku sedang mencari alternatif pelaburan.

Ada kawan perkenalkan for3x trading dan pada masa tu for3x trading masih baru nak popular kat Malaysia (orang Melayu khasnya) dan persoalan-persoalan halal dan haram masih lagi belum dibincang secara meluas atau jelas.

Pada awalnya, isu haram yang dibicangkan adalah ‘leverage’ dan ‘swap’. Tetapi broker-broker telah menyediakan “Islamic Account” yang kononnya follow Syariah (sebab takde swap).

So sebab adanya “Islamic Account” (actually tak Islamic pon), dan video sorang ustaz yang kata for3x ni harus, aku start trading for3x.

Dan pada masa tu juga (dalam 2015/2016) harga minyak merudum. Ada kenalan engineer minyak kena diberhentikan kerja. Diorang diberikan pampasan 6 digit. Ada sebahagian diorang ni membeli BMW dan menjadi IB for3x trading.

Jadi mereka tayang BMW kononnya berjaya dari for3x trading dan cuba mengumpan orang untuk masuk bawah mereka trade for3x.

*IB ni mendapat komisyen setiap kali orang dibawah trade. Lagi banyak orang register bawah dia (dan lagi banyak trade), lagi banyak komisyen.

== Diajak jadi IB ==

Aku pun diajak untuk menjadi IB. Tapi aku masa tu ragu-ragu sebab skill tak power. Prinsip aku, sebelum aku ajak orang join, aku kena ada skill yang betul.

Aku tak nak jadi seperti IB-IB yang terciduk, margin call tapi tak cerita. Hanya tayang profit trade. Bila orang bawah tak perform, skrip jawapan diberikan sama ja (a) close terlalu cepat (b) close terlalu lambat (c) tak cukup ilmu/skill.

Skrip jawapan yang diberikan oleh IB ni membuatkan aku rasa ada benda tak kena. Takde integriti. Kita sendiri tak boleh kaya/perform trade, nak suruh orang lain trade supaya kita dapat makan komisyen.

== Keraguan bertambah ==

Selepas beberapa ketika aku trade for3x, keraguan aku semakin bertambah. Aku perasan bila di bursa Malaysia / NYSE / NASDAQ, apabila aku beli/jual sesuatu saham, dia akan ada 1 gap masa/lag untuk sistem selesaikan transaksi.

Tapi di for3x trading, bila aku click buy/sell, transaksi “pembelian / jualan” tu berlaku on the spot, TERLALU PANTAS (1). Seolah-oleh server tu di Malaysia.

Dan harga bila kita beli/jual, tak ada Buy Limit / Sell Limit (2).

Dua perkara ini menyebabkan aku ragu-ragu adakah transaksi for3x ni betul-betul berlaku aku tidak.

Dan masa tu juga penjelasan dan video mengharamkan for3x trading dah start keluar. Aku pun dengar penjelasan ustaz-ustaz dan nauzubillah, baru aku sedar selama ni aku berjudi dengan broker dibawah instrumen CFD.

Patutlah transaksi tu berlaku terlalu pantas dan isu leverage tu sampai sekarang takda penyelesaian (sebab leverage itu pun tak wujud secara nyata, atas kertas sahaja).

== for3x trading adalah CFD, judi dengan broker ==

Boleh dikatakan semua for3x trading adalah CFD trading. CFD ni dalam bahasa Inggeris adalah “contract for differences (CFD)”. Dalam bahasa melayu, “kontrak perbezaan harga”.

Bank pun ada main for3x, tapi diorang physical for3x. Transaksi tu wujud seperti money changer, tapi tukar dalam skala besar berjuta-juta.

Dan bila bank beli sesuatu mata wang, memang diorang dapat matawang tersebut. Dan physical for3x inilah yang mengerakkan carta harga for3x.

Berbeza dengan for3x trading (CFD), langsung tidak ada pertukaran matawang tersebut dipasaran for3x sebenar. Kita cuma membeli contract (kertas perjanjian) dengan broker. Transaksi matawang hakikatnya tidak wujud.

[ There are a number of ways to trade currencies. One of the easiest ways, however, is through Contracts For Difference (CFDs) Rujukan : https://www.etoro.com/trading/a-guide-to-trading-currencies/ Tarikh : 21.7.21]

Dengan erti kata lain, kita berjudi dengan broker harga di physical for3x. Broker ni umpama pemilik casino dan kita ni player yang meneka pergerakan harga. Sebab itu ada orang bukan Islam panggil for3x trading ni sebagai for3x gambling.

Orang bukan Islam tidak berpegang pada syariah, jadi mereka tidak “in denial” bahawa instrumen ini secara prinsipnya berjudi dengan broker.

Buktinya, broker-broker dari negara bukan Islam menggunakan instilah bet (judi) dalam website mereka bila menerangkan for3x trading.

[ How does currency trading work? The way currency trading works is relatively simple. When you trade currencies, you’re BETTING on the value of one currency relative to another. Rujukan : https://www.etoro.com/trading/a-guide-to-trading-currencies/ Tarikh :21.7.21]

== Beza CFD dan saham ==

Apabila kita beli / jual saham, broker hanya bertindak sebagai orang tengah. Di sini memang ada pembeli, penjual dan pemilikan.

CFD pula, hanya kita dan broker.

[What are CFDs? CFD or Contract for Difference is an agreement between a broker and a client to pay the difference between a security’s opening and closing price. Rujukan : https://www.etoro.com/investing/guides/fintech/understanding-cfd/?funnelFromId=56 21.7.21 ]

Apabila kita klik buy berharga USD 1,000 dengan leverage 100x (USD100,000), secara hakikatnya broker tidak memberi pinjaman USD99,000 kepada kita dan tiada langsung transaksi USD100,000 didalam for3x sebenar (physical for3x).

Hakikatnya, kita cuma beli contract dengan broker berharga USD1,000.

Bila kita buy, kita bertaruh dengan broker harga pair tu akan naik, dan bila kita sell, kita bertaruh dengan broker dengan harga pair itu akan turun. Sekiranya sangkaan kita betul, broker kalah. Sekiranya sangkaan kita salah, broker menang.

Tapi, oleh sebab kebarangkalian rugi dalam for3x trading adalah 73% to 95%, (bermakna kebarangkalian broker menang adalah 73-95%), broker selalu untung dalam permainan ini.

Dan keberangkalian broker menang dari for3x trading ini adalah lagi tinggi dari permainan-permainan di casino.

== Kenapa for3x Trading ni judi, dan haram ==

Niat.

Secara dasarnya, broker mengeluarkan CFD dengan niat judi. Mereka berani keluarkan CFD sebab dari statistik, mereka tahu ramai akan kalah dari menang. Sebab itu tak kisahlah kita guna teknik apa, instrumen ni tetap haram kerana berpaksikan judi.

Disebabkan for3x trading adalah CFD, maka leverage dan swap itu bukanlah masalah sebab hakikatnya pinjaman itu tidak wujud,

Dan swap itu adalah cas yang dikenakan oleh broker untuk menggalakkan trader close position cepat-cepat supaya tak kena bunga dari mereka (meningkatkan kebarangkalian mereka menang).

Kalau kita perasan, IB memang tak berani bincang pasal hakikat CFD, dan sampai sekarang pusing-pusing pasal leverage dan swap. Tak percaya? Tanya diorang dua soalan ni :

1.Adakah saya betul-betul beli duit di pasaran physical for3x atau hanya CFD?

2.Betul ke CFD saya hanya bertaruh kenaikan atau penurunan harga dengan broker?

Confirm terkulat- kulat nak jawab (kalau diorang ikhlas dan faham).

== Menolak menjadi IB dan for3x trading ==

Selepas mendapat tahu hakikat bahawa for3x trading adalah CFD, dan CFD berpaksikan judi dengan broker, aku sampaikan apa aku faham kepada IB dan kawan-kawan yang trade.

Ramai jugak yang menolak. Katanya “ilmu saya lain”, “keyakinan saya lain”, “saya dah kaji” dan “mungkin akan halal nanti”.

Tapi sampai sekarang majlis fatwa masih kekal dan aku confident, for3x trading akan haram selamanya sebab CFD adalah berpaksikan judi. Hanya physical for3x harus.

Aku pun quit dah pi derma duit profit. Modal aku simpan. Dan aku bertuah, tak pernah margin call. Sekarang aku melabur dalam saham dan Tabung Haji. Tenang jiwa.

Oh ya, apa terjadi dengan IB yang pakai BMW tu? Company dan founder for3x trading dia fraud dan founder ditangkap. Dengar kemudian, dengar cerita terpaksa jual BMW sebab tak dapat nak bayar.

== Pengakhiran pengalaman ==

Akhir kata aku harap pengalaman dan penjelasan aku yang simple boleh menyedarkan judi halus didalam masyarakat kita.

Makin hari, makin banyak instrumen yang mengelirukan masyarakat kita.

Dan aku pinjam kata-kata hikmat seorang yang berhenti for3x trading “kalau ajakan for3x trading pun aku gagal, apatah lagi fitnah Dajjal”.

Assalamualaikum. Semoga bermanfaat.

== Bonus : FCPO ==

Ada juga yang bertanyakan kenapa FCPO harus, walhal ada buy and sell. Apa aku faham, terdapat pembeli dan penjual dalam FCPO dan paling penting, minyak sawit itu memang wujud.

Selepas tarikh kontrak FCPO tu luput, memang minyak sawit itu akan bertukar tangan. Transaksi dan pemilikan ni adalah real dan bukan berjudi pergerakan harga semata-mata dengan broker.

[ Being a physically settled contract, the remaining open contract on the expiry month is subjected to a “tendering period” phase, whereby the close-out transactions are strictly monitored by the Bursa Malaysia Derivatives Clearing Berhad.

During this phase, the buyer will collect and the seller delivers the crude palm oil to the designated ports assigned by Bursa Malaysia Derivatives Clearing Berhad. Rujukan : https://www.itradecimb.com.my/index.php?ch=st&pg=st_prod&ac=6# Tarikh :21.7.21]

Instrumen FCPO ni untuk membantu pembeli (biasanya kilang besar) dan penjual (pengeluar mintak sawit) lock harga awal-awal supaya mudah mereka agak kos jualan produk.

Tapi trader guna sebagai instrument untuk ‘bermain perbezaan harga’, tanpa niat untuk memiliki atau menjual, untuk mengaut keuntungan semata-mata (dimana bagi aku secara prinsipnya dah lari dari tujuan asal dan salah guna).

– N.Far (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *