Assalamualaikum WBT, Terlebih dahulu, buat admin, abg nak ucapkan terima kasih sebab sudi siarkan confession abg ni. Confession ini juga adalah response abg kepada confession oleh adik Mad dalam confession “Aku Gay”.
Sebenarnya, abg adalah seorang lelaki gay yang dah berkahwin. Jujur abg akui, abg tak de langsung nafsu kepada wanita. Dulu sebelum berkahwin, nafsu abg zero, sehinggakan wife abg perasan masa bernikah wajah abg beku, tak de perasaan dan nampak keterpaksaan, pernah ditanya oleh wife abg, “abg tiada nafsu kepada saya ke?” masatu, abg rasa bersalah sangat. Hanya Allah SWT yang tahu betapa abg rasa berdosa…
Namun selepas lebih dari tiga tahun meningkatlah sikit rasa, adalah juga.
Dalam perkahwinan abg yang merupakan lelaki gay, masa bersama isteri adalah amat menyeksakan. Keterujaan tiada, nafsu langsung tak naik. Kasihan isteri abg, malah abg tak pernah mengucup isteri abg kerana sejak dulu, sebelum berkahwin, abg amat geli kepada perempuan sampai cium bibir perempuan pun abg rasa geli.
Malah malam pertama perkahwinan kami sehingga beberapa minggu, abg gagal sebagai suami. Bayangkan apa yg abg rasa masatu, rasa maruah abg langsung tiada, rasa dayus bertingkat-tingkat, malah rasa abg lelaki paling tak guna.
Abg berkahwin atas aturan keluarga. Paksa rela sebab abg satu-satunya cucu nenek yang belum berkahwin malah paling lambat kahwin. Abg kahwin usia yang agak lewat. Itupun atas permintaan terakhir nenek abg sebelum Allahyarhamah meninggal dunia.
Sebelum itu, abg tak percayakan perkahwinan disebabkan kenangan pahit kegagalan perkahwinan parent abg sejak abg kecil dan pada masa yang sama nafsu abg memang tiada kepada perempuan. Ditambah lagi, abg cukup anti perempuan gedik dan perempuan manja. Hahaha…typikal gay sangat…
Latar belakang abg, abg lebih kurang sama macam kamu dik, berpendidikan agama juga, cuma abg dari sekolah agama, latarbelakang syariah dan Al Quran. Tahap pengajian agama abg sedetail sampai tahap ke level mana rotan diangkat masa merotan pesalah zina pun abg tahu. Hahaha…
Dari segi rupa, ada org cakap abg ni babyface dan comel, abg tak gemuk…badan slim fit sebab abg aktif gym dan pada masa yang sama seorang fitness instructor secara part time. Abg perasan ada rupa bila selalunya bila berkawan, kawan abg akan jadi obses sampai pernah satu tahap, abg pernah jadi mangsa pukul kawan yang nak miliki abg sebagai hak milik dia saja, tak de org lain boleh berkawan dgn abg. Masatu hanya Allah SWT yang tahu betapa tertekannya abg cuba lari secara baik dari situasi itu. Tapi itulah kenangan lama. Rupa abg dikata babyface kerana kulit abg yg licin malah lebih licin dari sesetengah perempuan. Abg amat menjaga penampilan.
Abg hidup dikelilingi ahli keluarga yang kuat agama dik. Mak abg amat tekankan Solat dan Al Quran dalam didikan. Adik beradik lelaki abg semuanya hafiz Al Quran. Tapi itulah, bila diri sendiri diuji dengan nafsu yang bukan pada tempatnya. Memang cabarannya amat menyeksakan. Abg mula-mula perasan kepelikan kepada diri abg sejak abg berusia 7 tahun lagi, masa tu, abg tak boleh melihat lelaki pakai seluar kulit warna hitam atau bersubang, pasti teransang nafsu, gilakan?…bila berkeadaan macamtu abg mula onani. Silap abg melayan perasaan songsang itu dgn onani sehingga nafsu songsang yg mulanya hanya sekadar suka sahaja menjadi nafsu yang tertanam teguh dalam diri, berakar.
Tapi abg masih dapat kawal diri dari terjebak dgn gay sex…sehinggalah di uni. Abg dicium secara curi oleh rakan seuni yang juga seorang gay. Masatu abg tak sedar…abg menyesal sangat kerana lalai. Ciuman pertama abg adalah dengan lelaki dan itu sangat menghinakan.
Bila masuk zaman kerja…nafsu abg semakin membuak2, memberontak dan abg pertama kali terjebak pada usia 24 tahun. Sampai sekarang abg menyesal kerana pertama kali terjebak itu telah mengikat abg untuk menjadi ketagih walaupun terkawal namun keinginan untuk mengulangi perbuatan terkutuk itu sentiasa datang.
Abg pernah ada beberapa pasangan gay abg sehingga abg akhirnya putus dengan exbf abg yang lama abg couple lebih dari 7 tahun sebelum abg nikah. Kami lebih kepada soul partner…cinta cinta saja…dan jarang sex tapi dosa tetap dosa kerana perkara terkutuk itu tetap berlaku. Kami berpisah for good sebab abg kena kahwin atas permintaan keluarga. Sorrylah, mungkin nampak klise tapi abg lama muhasabah dalam perkahwinan ini.
Itu sedikit sebanyak kisah abg, sekarang abg dah insaf dan betul2 menyesal atas dosa besar abg yang lalu, walaupun nafsu songsang itu masih ada kuat serta sentiasa memberontak dalam diri, namun abg usaha kawal agar tidak kembali terjerumus.
Benda gaysex ni dik, sekali kita cuba, pasti akan ada yang ke dua, ke tiga dan seterusnya. Namun kalau ianya sekadar nafsu semata-mata, tapi kita tak pernah cuba buat gay sex, senang untuk dikawal rasa itu.
Dan kesilapan besar abg, abg telah terjerumus ke lembah hina itu sehingga bertahun bergelumang dengan dosa besar itu dik. Dosa gay sex ini ialah dosa besar dik, dan hukuman di bawah hukum hudud ialah bunuh tanpa belas. Namun abg sudah bertaubat walaupun masih struggle dalam mengawal nafsu dan mempertahankan hubungan seksual abg dalam perkahwinan abg ini. Nafkah zahir tiada masaalah tapi nafkah batin itu adalah suatu perjuangan abg dalam mendapat redha Allah SWT semula melalui perkahwinan ini.
Dalam menghadapi dunia gay ini. Beberapa perkara abg perasan, hukuman Allah SWT datang dalam dua versi, istidraj dan hukuman cash.
Istidraj ialah bila kita tak dapat apa2 hukuman dari Allah SWT dalam pada kita masih melakukan dosa kepada Allah SWT. Dalam kes gay ini kita masih bergelumang dgn gay sex sehingga tiada apa2 yang berlaku kepada kita. Di sini ingatlah, semua itu berlaku kerana kemurkaan Allah SWT agar kita terus hanyut tanpa taubat sebelum dihumban ke neraka dan mati dalan penuh kehinaan.
Hukuman ke dua, dibayar cash dan abg adalah salah seorang daripadanya.
Dulu, pernah suatu ketika selepas abg buat lagi dosatu pada suatu hari, keesokannya abg accident maut yang mengakibatkan kucar kacir hidup abg kerana risaukan tindakan undang2. Selain itu pernah suatu waktu, lepas abg buat dosa itu, abg dihukum secara tiba-tiba bila ke tempat kerja, abg diboikot oleh bos tanpa abg tahu sebabnya, rupanya wujuf fitnah tentang abg yg abg sendiri tak tahu rationalnya. Semua itu amat menyukarkan hidup abg.
Bila abg muhasabah diri, sampai bila abg nak jadi macamni. Dan bila abg berkahwin, abg usaha buang semua itu. Namun amat sukar, sebab bila kita nak bertaubat, pasti akan diuji oleh Allah SWT dengan dosa yang sama misalnya tiba-tiba ada lelaki yang kita minta meluahkan rasa suka kepada kita…gila kan…kantoi balik…beberapa kali jadi macamtu masa sebelum kahwin.
Namun selepas kahwin abg terfikir. Usaha bina kekuatan, Abg kena stop semua dosa ini, takkan abg nak terus jadi macamni? Apa akan jadi kalau anak2 abg jadi macam abg, boleh terimake? Abg takut sangat andai dosa lalu abg menjadi khiarah untuk abg di hari tua, nauzubillah. Itu satu, gay sex ini bermakna kita risikokan kehidupan isteri dan anak2 kita. Jangkitan HIV dan penyakit bawaan sex lain serta maruah keluarga juga perlu diambil kira. Bagi yang bujang, maruah keluarga.
Bila seorang lelaki diketahui tidak merokok, tidak ambil dadah malah bukan kaki perempuan, tiba2 terkena HIV. Bila orang tahu terutama keluarga, tiada lain yang akan difikirkan selain gay. Khifarah lain kita tak tahu lagi. Banyak dik…semuanya merupakan londehan aib.
Dalam kehidupan abg sekarang, struggle abg ialah dalam menahan nafsu dan dalam seksual life abg dengan isteri. Abg akui, nafsu songsang ini memang tak boleh dibuang, tapi kita boleh kawal. Setakat ini berkesan jugalah. Antara cara abg termasuklah, banyakkan sedekah dik. Misalnya melalui pemberian sedekah duit. Jika dalam dompet kita ada RM50, RM20, RM10, RM5 dan RM1, belajar beri duit RM yang paling kamu berat nak bagi dan paling kamu sayang dan dalam kes ini ialah RM50. Kerana apa, sedekah paling berkesan kepada rohani dan jiwa ialah sedekah yang melibatkan benda yang kita paling sayang. Ketika menghulurkan duit atau sedekah itu, kita terus berdoa sambil berniat dalam hati atau menyatakan dimulut dengan memohon kepada Allah SWT dengan sedekah itu agar Allah sentiasa memberkati dan meredhai kita, memakbulkan setiap doa-doa kita, melindungi, memelihara serta meneguhkan iman kita dan semua org Islam, dan menjauhkan kita dari gay seks.
Kesan sedekah juga melibatkan impak positit kepada hati kita dik. Dalam hati yang berat, ego dan degil serta keras untuk memberi, dari sedekah itu, kita membelai hati kita dan kesannya hati mudah menjadi lembut dalam keterpaksaan dan sesalan kita memberi sedekah benda yang kita sayang, sedekah yang melibatkan perkara yang kita paling sayang ini boleh melunturkan rasa ego kita yang selama ini angkuh dalam sikap buruk kita dik. Kebaikan sedekah ini melembutkan hati kita dalam melakukan kebaikan dan mengeraskan hati kita dari melakukan keburukan. Kita akan dibuka jalan oleh Allah SWT ke arah kebaikan. Kalau pun mungkin rasa songsang itu masih kuat, Allah SWT pasti beri kekuatan untuk kita bertahan, dan mengelak dari melakukan perkara terkutuk gay sex, misalnya wujudkan sikap malas utk melayan gay porn atau apa2 porn, lahirkan rasa malas mandi wajib dek kerana onani, rasa takut dan trauma penyakin AIDS dan jangkitan HIV. Timbulkan kes jangkitan sekeliling oleh org yg kita kenal sebagai pengajaran perintan kepada kita agar JANGAN CUBA2 BUAT dan sebagainya.
Seterusnya, rapatkan hubungan kita dengan setiap ahli keluarga, mak ayah dan adik beradik, jangan berkira dengan mereka dan banyakkan sedekah dan memberi kepada mereka utk tingkatkan rasa kasih dan sayang kita kepada mereka dan rasa tak sampai hati kita untuk melakukan perkara yang akhirnya mengecewakan mereka dan memalukan mereka semua.
Amalkan doa surah Al Mu’minun ayat 29 agar Allah SWT sentiasa melindungi kita dan menempatkan kita di tempat yang sepatutnya. Jadikan ayat itu sebagai zikir dik.
Amalkan zikir ini juga dik sebanyak 50 kali selepas setiap kali solat Fardu:
Ya Allah, Ya Mujib (Maha Memakbulkan)
Ya Allah, Ya Samii (Maha Mendengar)
Alhamdulillah…sekarangni abg dapat kawal rasa itu. Jalan taubat tak mudah dik bila dah terjebak. Namun selagi belum terjebak dgn gay seks. Mudah sikit jalannya. Namun andai sudah terjebak, lain pula ujiannya.
Abg selalu terfikir…adakah dosa besar abg sebelum ini diampuni? Diterimakah taubat abg?
Bila dah buat gay sex sekali…perkara pertama yang kita rasa, kenikmatan solat akan ditarik dan itu yg abg alami dulu, ibadah akan terasa sia2 dan tak guna. Kita tak rasa apa-apa dan rasa ringan untuk tinggalkan ibadah dik, Al Quran terasa makin jauh. Sebab itu ramai antara gay yang aktif dalam dunia gay seks terus hanyut, solat entah ke mana padahal sebelum itu dialah yang amat menjaga solatnya. Solat itu tiang agama, tapi andai rasa untuk melaksanakannya hilang dan melebur, di manakah agama kita dik? Jika berkaitan dosa besar lain, abg tak tahu apa yang akan dirasa sebagai natijahnya, tapi dalam dosa besar gay sex, itu yang abg rasakan dan abg perhati majoriti lelaki gay alami.
Apa yang abg takutkan dan bimbangkan sekarang ialah khifarah atas setiap dosa yang abg lakukan dulu. Takut sangat dik…sekarang abg sentiasa usaha kuatkan diri dan tingkatkan amal ibadah. Bersama isteri, abglah imam ketika solat, abglah yang bagi tazkirah dan abg juga yang banyak bimbing isteri dalam agama dik seperti sepatutnya seorang lelaki bergelar suami untuk membimbing isterinya ke syurga. Namun abg selalu berfikir, aku bimbing isteriku ke syurga, tapi bila rasa jahat itu hadir, ke syurga jugakah aku? Di tambah dengan dosa besar silam yang banyak…layakkah aku?
Apapun dik, jangan jadi macam abg, hidup abg sekarang ini dengan dosa besar akibat amalan gaysex umpama menunggu hukuman. Ibadah dan taubat memang abg buat dik tapi keyakinan diterima itu kita sentiasa risau. Abg tawakal saja dalam penyesalan dik. Entahlaa…
Ingat dik dan sesiapa saja lelaki yang ada nafsu jahat ini, jangan sekali-kali mencuba gay seks, kerana dari mencuba itu walau sekali akan bermulalah lembah hitam dalam hidup anda.
Abg sebagai pendosa yang hanya menunggu hukuman, mohon sangat, jangan dekati dunia terlaknat itu…nasib abg hanya terletak kepada penerimaan taubat abg oleh Allah SWT. Andai taubat itu kali pertama dan tak diulang lagi dosa itu, abg boleh yakin lagi, tapi andai berulang kali taubat dan berulang kali melakukannya lagi di zaman bujang dan rasa jahat itu sentiasa memberontak untuk keluar…adakah abg yakin akan selamat bila mati?
Itu saja, maaf andai luahan ini terlalu panjang. Moga memberi teladan kepada semua yang sudi membacanya.
Terima kasih, Assalamualaikum W.B.T.
– Abg Insaf
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit