Aku Gembira

Hi, aku Lily. Tajuk “Aku Gembira” sebab 2 orang bekas kekasih aku dah selamat menjadi suami orang lain, haha. Gembira. Doa aku dimakbulkan Tuhan. Alhamdulillah, hahahaha.

Meh la aku summarize sikit pasal diri sendiri. Aku Lily. Umur dah hampir menuju ke 30an tapi belum lagi adalah dalam 2 ke 3 tahun nak ke 30, hehe.

Aku dan ex dan ex adalah negeri sama iaitu R. Itu memang keutamaan aku dalam memilih bakal suami Nak dari negeri yang sama. Senang nak balik raya dan kampung kononnya kikiki.

Hahaha, malangnya jodoh ditengah jalan. Orang kata, bercinta bagai nak rak, rak patah, hahaha (gelaklah).

Ok back to tittle, kenapa aku gembira para2 bekas kekasih kahwin. Orang lain menangis tepi bucu katil. Sebab tu memang doa aku. Aku nak ex2 aku ni kahwin awal sikit dari aku. Haha entah aku pun tak tau kenapa perangai macam ni. Mungkin rasa aman dan damai kot.

Aku mulakan dengan ex yang pertama. Opps ni bukan spill the tea macam kat twitter ye. Ni sekadar sharing kisah lalu. Bukan tak move on, tapi aku harap ada para nur and ner- tizen ni ambik iktibar mungkin kita pun ada terbuat sama.

Hehe. Ex first, aku namakan dia Rasyid. Aku bercinta dengan Rasyid masa zaman study, tapi aku dengan Rasyid ni lain course. Tapi Rasyid lagi tua.

Boleh simpulkan dia ni senior lah. Jarak rumah dia dengan rumah aku sejam. Haha, so memang automatik mak aku approved.

Haha silap aku, masa bercinta dah biasa bawa dia join family gathering aku. (samalah macam sepupu sepapat aku tu kikiki) big family aku ni jenis open.

Ko bawa sape pun, diaorang layan saja. Kalau boleh in memang terus approved lah jadi ahli baru gittew. Senang cite, sikap and perangai Rasyid ni memang diterima ramai pihak. Semua orang restu la, haha. Tapi disebalik tu, aku dengan Rasyid saja tau.

Mungkin antara kitaorang takde keserasian. Haha (ok ni salah aku, sebab aku yang mintak break).

Aku punya stail dalam bercinta, kalau rasa awal2 tu ada something wrong somewhere, aku memang akan stop awal. Takut dah kawin tak boleh nak nego. So akhirnya, tamatlah hubungan kami berdua.

Maka mulalah episod aku dikecam oleh big family (makcik, pakcik, sepupu, mak aku sekali ye, hahaha) sebab break dengan Rasyid.

Tapi aku tak suka nak huraikan masalah aku dengan Rasyid. Ada part tu macam aib jugak. Manusia tak sempurna. Aku pun ada silap salah yang Rasyid tak boleh go. Dia pun sama.

Hanya orang yang tau saja tau (Adik beradik aku. Part ni memang aku sayang abg2 & kakak2 aku. Sebab diaorang support saja keputusan aku. Love korang).

Plus aku tak nak family aku benci Rasyid. Luaran Rasyid dia baik saja. Entah, aku yang gedik kot, haha. So aku telan saja la kecaman tu.

Oh lupa. Kawan-kawan 1 universiti termasuk pensyarah pun mengecam ye tindakan perpisahan aku dan Rasyid.

Gila tak relationship aku yang di shipkan oleh semua pihak. Tapi takkan aku nak buat sidang mediakan kenapa aku break dengan Rasyid. So aku pun senyum saja lah, haha.

Rasyid tak cakap pape ke? Rasyid cuma cakap kat semua pihak, aku yang mintak putus. Hahaha, sebab itu lah aku kena kecam. Siot Rashid haha (ni pun lepas 2, 3 tahun adalah orang perseorangan pegi cerita kat aku. Aku gelak jela. Memang iye pon).

Selepas 2 tahun. Aku jumpa boyfriend yang kedua. Kali ni aku bercinta dengan orang yang umur sebaya aku. Yang ni mak aku approved.

Nampaknya mak aku dah lupa sesi pengecaman yang lalu, haha. Ni nama dia Fattah. Kah kah. Sebab lepas break dengan dia aku patah hati berhari hari makan tahun.

Sebenarnya aku bercinta dengan dia tak lama, dalam 6 bulan saja (yang serius). Tapi bila breakup yang pertama tu makan jiwa dan raga, sampai aku kurus. Sedih. Tak semangat hidup. Ni pun ada masalah jugak (yang aku malas nak huraikan, haha).

Tapi dia yang putuskan aku. Mungkin ini kifarah aku. Dulu aku mintak putus dari Rasyid. Sekarang Fattah putuskan aku. Sakit weh nak move on. Barulah aku sedar, macam ni agaknya rasa putus cinta. Sebenarnya relationship kitaorang not so good.

We breakup, we get back, we breakup, we get back sampai lah last last, aku angkat bendera putih. Huish.

Kesilapan aku, aku repeat balik pegi bawa dia ni to our family gathering (time ni kitorang getback dah) confident sangat kalau kitaorang kahwin (rupanya tak jadi, haha) and of course big family approved.

They hope ni lah mamat last yang aku bawa. Hahaha, ternyata ini semua salah. Aku pun tak tahulah kenapa tetibe aku jadi macam kurang cerdik. Lemah betul dengan dia. Dalam kes ni, adik beradik aku sebenarnya tak berkenan aku dengan Fattah.

Diaorang takut Fattah hancurkan hati aku lagi. Sebab first breakup dulu, aku macam lost di tengah jalan.

So waktu tu, aku pun serba salah nak teruskan ke tak. Mak aku pulak, takde halangan, as long i’m happy then ok. Sedikit kegusaran mak aku sebab kami ni long distance relationship.

Aku ni di timur, dia di barat. So mak aku risau, boleh ke aku pindah ke barat kalau dah kawin. Mungkin mak aku selesa aku kerja di timur kot. Sebab nak balik kampung senang. Dekat. Last last, aku cakap dengan mak aku, aku tak nak la dengan Fattah.

Fattah macam tak serius. Ni pun sebab aku dah penat asyik putus sambung, putus sambung, ingat paip air syabas ke? Nasib baik aku ni wujud insap. So mak aku pun ok. Kali ni dia tak kecam aku.

Tiba tiba satu malaysia PKP, pastu PKPB then PKPP. Maka ramai yang boleh berkahwin, Rasyid tiba tiba upload gambar kat FB, Instagram, Twitter, Tiktok akaun dia which dah kawin and tak jemput sesiapa. Haha, yelah kawin time tu kan small small saja.

Feeling aku time tu, alhamdulillah, he met someone yang boleh get into to his life. Sumpah aku gembira. Tak tahulah kenapa, tapi aku rasa 1 kebahagian.

Doa aku dah dimakbulkan. Sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Sekali lagi gais, aku kene kecam, hahaha people thought I’m not move on because I never shared my current relationship. Hahaha, kelakarkan.

Sebenarnya aku dah bertunang. Tapi majlis tunang aku ni express. Just between 2 family dan taaadaaa rasmi menjadi someone’s fiancee.

Orang kata tunang ni tak payah hebahkan kan. Lagipun aku takut kalau tak jadi. Begitu juga dengan tunang aku. Both of us ada history bercinta tak jadi, so we decided to keep secret.

Actually big family aku pun tak tau. Majlis aku ni betul2 antara keluarga kecik aku dan keluarga kecik dia. Tersangat tertutup haha. Bagus PKPP ni. Memang semua benda small small saja.

Back to episod dikecam, bila big family aku ni dah keluarkan hint hint aku tak move on, tengokla Rasyid dah kahwin kau bila?

Mak aku pun isytiharkan sebenarnya aku dah bertunang. Hahaha terkejut, ternganga semua orang. Barulah dengan rasminya pakai cincin tunang tu.

(Selama ni aku tak pakai. Entah takut sangat kalau tak jadi) Reaction semua orang, terkejut, gembira, excited, bersyukur (aku pun pelik asal makcik aku cakap, “aunty bersyukur Lily dah jumpa someone and you guys tied the knot”).

I don’t know, but maybe deep in their heart, diorang selalu doakan aku jumpa partner yang terbaik dan doa diorang dah makbul. Thank you semua orang yang sentiasa doakan Lily (walaupun kekadang dikecam).

Kegembiraan aku kali kedua terjadi bila, awal bulan ni, Fattah jemput wedding dia.

Fun fact, Rasyid dan Fattah mengahwini gadis dari negeri yang sama iaitu dari negeri L. Wah. I’m so happy. Tapi aku tak dapat datang sebab, cousin aku pun kahwin di hari yang sama saja. So aku pos saja hadiah kat dia.

Oh bila masa aku bercinta dengan en tunang? kejadian ni express. Laju seperti kereta api ETS.

Bila both family tahu kitaorang di alam percintaan dan mabuk rindu, diorang suggest kitorang ambik step bertunang lah (tapi dalam konsep kerahsiaan haha tapi sekarang tak rahsia most of people dah tau).

En tunang orang negeri H. Huish masak aku nak balik raya. Tapi dah jodoh. Hehe onz saja lah,

Kesimpulan dari ceritaku ini:

1. Kalau dalam sesi percintaan, kurangkan membawa pasangan ke majlis rasmi keluarga kot. Kalau tak jadi malu kene kecam.

(Dalam kes ni, most cousin2 aku semua berjaya kahwin dengan partner yang diorang bawa. Aku dan beberapa orang saja yang failed lalu bertukar tukar partner, haha).

2. Janganlah judge sesuatu perhubungan kalau dah kecundang di tengah jalan. We don’t know what happen except them. Just support them. Orang yang kecewa ni perlukan bahu to cry. Thank you cousin2 yang always pinjamkan telinga.

3. Kalau putus, keep the story between you and your ex. Or nak cerita pun, dengan close and trust friend and family members saja. Tak perlu la spill the tea, bukan budaya kita. Budaya kita minum kopi dengan nasi lemak, hehe.

4. To Rasyid and Fattah (bukan nama sebenar) Selamat Pengantin Baru. Semoga bahagia hingga ke jannah. Doakan kami pula.

Thank you baca sampai habis :)

Lots of love,

– Lily (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *