Aku Gila

Bismillah, semoga admin siarkan confession ni.

Confession diluahkan disebabkan aku dah tak tahu nak share dengan sape, aku tak nak ganggu kawan2 aku yg nak exam/belajar/kerja (maybe diorang pun ada masalah sendiri) & aku dengan adik-beradik memang tak rapat & aku just nak LUAH.

Dah hampir 2minggu aku hidup jadi mayat hidup. Aku pergi kerja, balik kerja, makan, tido. Takpun waktu malam aku akan tengok movie sedih untuk aku nangis and boleh jawab dekat housemate aku sebab movie tu sedih. Hujung minggu aku tak keluar aku memerap dalam bilik, keluar just utk makan dan ke tandas.

Masalah aku sekarang ni adalah dengan ayah aku. Aku tahu bukan aku je satu-satunya anak yang kena tapi adik-beradik lain jugak kena but all of us fight alone this matter. Ayah aku suka tentukan hidup anak2. Dari sekolah rendah sampai lah tempat yang aku nak mintak kerja pun ayah aku tentukan.

Sekarang ni ayah aku tentukan untuk aku sambung belajar sedangkan aku ada pilihan sendiri and once again dia nak tentukan apa yang patut aku ambik. Mungkin bagi orang lain “alah ikut je ibu bapa tahu yang terbaik” tapi salah ke dalam seumur hidup aku aku nak follow apa yang aku nak.

Aku dah banyak kali kena panggilan “anak derhaka/anak setan(AD/AS)”. Ada satu masa ayah aku obsess dengan jemaah and paksa aku ikut. Aku ada join beberapa kali tapi aku tak faham concept mereka and logically I don’t believe it. Disebabkan ada sekali tu aku tak tahan kena paksa ikut aku cakap aku aku tak nak pergi and there he goes ‘AD’. Bagi ayah aku apa yang dia suruh buat aku tak boleh bantah atau melawan sebab aku ni sebagai anak perlu ikut segala kata-kata ibu bapa. Takpun dia akan kata aku ni terpengaruh setan2 sebab tu aku tak nak ikut kata2 dia.

Aku rasa mcam nak gila lah hadap semua ni. Banyak lagi yang aku nak cerita tapi takut buka aib jadi setakat ni je. Aku sangat cemburu dengan kawan2 yang jenis call mak-ayah boleh bergurau senda, yang jenis tak sabar nak balik kampung. Aku jadi trauma dengan masa lampau time aku kena dengan ayah aku. Tapi tahun ni, aku nak jadi insan yang lebih kuat. I wanna be happy. Malangnya malam ni year pun aku kena ‘AS’ so mcam nil ah new year aku bermula.

Thank you korang yang sudi baca. Sharelah pendapat korang how can I fights alone this matter. Dah lama dah aku fights alone tapi aku rasa aku dah makin rapuh. Aku dah tak mampu dah.

-Miss N-

– Miss N

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit