Assalamualaikum semua. Kat sini aku nak berkongsi cerita aku sebagai seorang pereka grafik, mungkin panjang lebar buat pembaca bosan tapi aku harap admin dapat siarkan. Nama aku Rii, umur 23, perempuan, bujang, hehe. Aku pemegang diploma pereka grafik dari KPTM, bergraduasi dengan cemerlang, CGPA boleh buat mak aku senyum lagi lah tapi bukan 4.00. Aku bukan graduan ‘freshie’ tapi masih lagi ‘jagung tak masak’ sebab aku bekerja dalam company kecil. Serius, kecil. Cuma bos aku, dengan aku. Aku, dan bos aku. Aku tahu pengalaman dalam bidang ni tak sehebat designer lain, tapi aku nak kongsikan kisah aku ‘struggling’ dan ‘surviving’ selama 2 tahun bekerja.
Bila terlibat dalam bidang seni, terus terang aku katakan ianya bukan sesuatu yang boleh dibanggakan bahkan bidang grafik tak diiktiraf sebagai bidang profesional aku rasa. Aku tahu rata-rata student graphic akan faham macam mana rasa nak give up dalam bidang ni sebab kau susah nak cari makan dengan sijil diploma ft. cgpa yang tak seberapa. Diploma yang nilainya almost RM40k last-last kerja jadi cashier kat mall. Susah. Bukan atas dasar teori semata. Kau kena ada minat, bakat, dan usaha. Kau pandai lukis, tak semestinya kau kreatif bila buat design. Kadang-kadang otak kau kreatif, tak semestinya berfungsi bila menghadap software design. “Eleh, bidang grafik je pun. Engineering / Medical / Electric lagi susah la kalau nak dibandingkan dengan grafik. Setakat lukis-lukis. Bukannya pegang pisau bedah pun.” Mentaliti yang macam ni aku anggap jenis manusia yang takkan ke mana-mana melainkan makin tenggelam dalam ego dan selfish yang tak surut. It’s true, grafik je pun. And it’s true, budak grafik tak pegang pisau bedah blablabla. Mana-mana bidang pun, tak mudah. Dan bila kau ambil mudah pandang enteng atas sesuatu, makanya penghargaan atas usaha sendiri takkan ada. Payah nak faham? Maaf, aku memang complicated haha. Apapun korang nilai lah sendiri, dah besar kan?
Berbalik pada topik asal, aku skip cerita macam mana aku jumpa bos aku. Pendekkan lagi, aku praktikal kat company ni asalnya. Berbekalkan sijil konon-konon cgpa bagus dan layak pergi uni hebat belaka, orang lain sambung degree tapi aku sambung kerja kat company yang sama sebab tak cukup duit nak bayar yuran untuk sambung degree, rasanya alasan je kot, haha. Tapi cemburu. Tersangat cemburu tengok kawan lain sambung belajar dalam bidang grafik. Dok update cerita ‘student life’ diorang kat media sosial. Sibuk dengan assignment. Takut sebab esok nak exam. Busy dengan final project. Dapat kawan baru, geng baru, port lepak baru. Dan lagi, ada sorang yang aku kenal waktu dip dulu, macam mana teruk hasil assignment dia ni sampai boleh buat lect tepuk dahi, sekarang kerja kat company besar dapat peluang pergi oversea weh. Lagi cemburu aku dibuatnya. Dan aku, apa kurangnya aku? CGPA not bad, deans’ list every semester, skilled in using design sofware walaupun tak pro gilos. Tapi TUHAN kata, bukan jalan rezeki aku begitu. Maka bukan. Jadi aku simpan semua rasa cemburu, aku sibukkan diri dengan korek pengalaman dalam dunia ‘KERJA’. Kat mana datang struggle nya?
Macam yang aku cakap tadi, CGPA aku bagus dan boleh guna software design tapi takde lah sampai pro level sebab aku jenis ‘cepat tangkap’ tapi pemalas haha. Aku mula diuji TUHAN sesungguhnya sampai satu tahap aku nak lari daripada dunia grafik. Kisah ‘struggling’ aku bermula bila gaji aku tertunggak selama beberapa bulan kerana masalah ekonomi. Masa tu baru dalam 2 bulan kerja dan aku sewa bilik. Aku ada kereta which is, maintenance sangat tinggi sebab kereta aku bukan kereta biasa. 4 wheel drive, spare-part rare, isi minyak full sama dengan duit makan 2 minggu. Ibu aku panggil ‘kereta gajah’. Cherokee Jeep 1993, buat orang toleh banyak kali bila tengok aku drive. Haha. Selama aku ‘kerja tak bergaji’ memang aku tak cukup tidur tak cukup rehat. Sebab aku sorang je staf, half of the company matters aku uruskan. Tapi aku tak uruskan berkaitan duit / akaun company. Aku handle design customers of course, ada yang cerewet gilos. Bila kau kerja dalam keadaan stress, TANPA GAJI dan takde elaun OT, kau rasa berapa lama kau boleh bertahan? Kadang-kadang aku hadap laptop sampai ke subuh sebab melayan customer nak tukar design banyak kali. Belum cerita jenis customer yang mulut puaka memaki hamun macam kau takde perasaan. Selepas beberapa bulaan tu, atas sebab tak mampu nak menyewa lagi, aku minta izin dengan bos aku untuk tinggal kat office. Dan aku stay kat bilik kosong (pintu takde tapi aku tutup dengan langsir) sorang-sorang kat office. Thrill betul, sebab kawasan tu penuh bar / disko. Tak silap aku, pernah ada kes gaduh kat lorong belakang office aku melibatkan warga asing. Mati ke tak, aku tak ingat pulak. Macam-macam boleh jadi, tapi aku ada TUHAN. For few months aku stay kat bilik office, jadi tempat makan tempat tidur. Terasa juga macam gelandangan, haha. Tapi takpe, aku sabar.
Company aku pernah berurusan dengan sorang Datuk ni, berkaitan buletin majalah melibatkan beberapa pihak. Kononya kerjasama. Sepanjang tempoh tu, hanya aku dengan bos aku kerja separuh nyawa nak mati untuk siapkan benda tu. Bos aku deal dengan kilang, dan aku sediakan template design. Tapi yang rasa macam nak separuh mati rasanya aku lah. TUHAN je yang tahu betapa serabutnya aku masa tu. Berapa kali susun, berapa kali tukar design, berapa kali berapa kali semuanya bukan sekali je terus siap. Keluaran pertama, setel. Keluaran kedua, dah ada unsur kotor ‘tikam belakang’. Pendekkan cerita, ‘duit upah’ ataupun aku panggil ‘duit gaji’ aku tu kena tibai dengan pihak yang tak bertanggungjawab. Segala penat lelah, otak aku bagai nak pecah, tapi hasilnya tak sempat pun aku genggam masuk poket. Aku tak boleh nak ‘redha’ dengan manusia yang telan duit tu, haha. Makanlah duit tu puas-puas. Tapi takpe, aku sabar.
Satu hari, datang lagi masalah berkaitan hutang pula. Company aku dikenakan penalti daripada kilang printing, atas sebab apa aku tak ingat. Tapi jumlahnya bukan sikit. Jumlah yang sama dengan beberapa bulan gaji. Dalam keadaan ekonomi akaun company masih tak stabil, bos aku ke sana sini minta tolong kawan-kawan dia tapi takde sorang pun yang boleh tolong. Mungkin masa ni lah TUHAN nak tunjuk kawan ketawa dan kawan sedih. Disebabkan aku rasa company ni perlu dibantu, senyap-senyap aku pergi bank keluarkan duit simpanan aku, dan aku hulur kat bos aku. Bagi pinjamlah, bukan bagi halal terus. Haha. Tapi niat aku ikhlas nak tolong. Aku rasa bos aku menangis masa tu tapi dia taknak tunjuk yang dia nangis. Ceh. Tapi kalau ditanya dah pulangkan ke belum, memang belumlah. Tapi takpe, aku sabar.
Dan bila cerita yang kau ni designer, mesti ada kawan kau yang menempel minta tolong kau tanpa peduli situasi kau kan? Minta design murah lah, design urgent lah, design cantik lah. Yang paling best, minta DISKAUN. Dah la minta diskaun, HUTANG pulak. Manusia, kan? Atau lebih tepat lagi, MELAYU, kan? So yang pasal diskaun hutang-hutang ni aku malas nak cerita panjang, nanti ramai dok terasa haha. Butthurt sangat. Tapi takpe, aku sabar.
Walaupun aku perempuan, boleh dikatakan aku ni lasak. Dari kecil lagi, degil. Aku ni sulung dan takda adik lelaki, tapi Ibu aku cakap perangai kasar aku ni mengalahkan lelaki. Haha. Aku selalu ikut bos aku pasang banner, backdrop, bunting. Segala benda lah. Aku tak pasti pasal komisyen tu, tapi aku tak kisah sangat pasal tu. Aku ikut sebab aku nak. Pernah aku ikut bos aku gantung banner dari Batu Pahat sampai ke Ledang – Muar. Dan kerja panjat-memanjat memang akulah orangnya. Panjat tangga, panjat besi. Pernah sekali aku panjat tangga nak staple backdrop program bersaiz 18×6. Program tu ada melibatkan anggota kesihatan dalam tentera, so masa setting tempat tu memang penuh lelaki sado lah juga. BUT GUESS WHAT, semua jadi tukang tengok. Takde sorang pun datang kat aku nak offer pertolongan sedangkan aku sorang je perempuan yang tengah pasang backdrop kat situ. Badan jelah sado, tapi tak boleh pakai. Mungkin sebab aku tak cantik so diorang taknak tolong kot. Sampai sekarang aku menyampah tengok lelaki badan sado ni, haha. Ada pernah aku panjat besi lebih 12kaki ikat banner ukuran 12×12, bayangkan kain jenis trampolin – berat mampos. Dah la aku ni kecik je, huhu. Kadang-kadang sampai ke pukul 3 pagi, orang lain dah lena sedap tidur tapi aku dengan bos aku masih lagi meronda cari port nak gantung banner. Dan baru-baru ni kulit aku dah jadi agak gelap hangus terbakar sebab berpanas selama beberapa hari pusing kampung, edar flyers. Tapi edar flyers ni dapat komisyen, heheh. Penat, lesu, lelah, semua ada. Tapi pengalaman yang aku ada, mungkin buatkan aku ni special sikit daripada perempuan lain haha.
Mana-mana orang yang kenal dan tahu cerita ni, diorang kata bodoh. Bodohkan diri terus kerja kat tempat macam tu. Tak mendatangkan untung. Dah la kena maki dengan customer, duit kena bawa lari, gaji pun dah berbulan tertunggak beberapa kali. Tak cukup rehat, tak cukup tidur. Mental dengan emosi pun boleh ikut terganggu. Membodohkan aku sebab membodohkan diri. Jujurnya, pernah juga aku terfikir kenapa aku tak berambus je dari awal? Tapi aku dengar kata hati aku ni berbisik, ‘Dulu kau rasa diri kau dah cukup hebat kan? Kau rasa kau bagus kan? So kau hadaplah benda ni, ujian untuk orang yang hebat macam kau’. Hahah. Psiko. Tapi takpe, aku sabar.
What do you expected in a company when you think you have everything that they needed? You have certificates, skills, determinations, spirits. Of course, kau nak gaji kau osem lah kan. At least target RM1500 dalam tangan for a fresh graduate. Orang lain gaji sampai RM2k walaupun diploma je. Tapi aku terus terang, aku memang tak harap gaji sampai banyak tu sebab dalam otak aku hanya fikir ‘pengalaman’. Memang gaji aku tak sampai RM1k pun sebulan, bahkan boleh kata gaji aku ‘once in a while’. Tapi cemburu aku bukan cemburu yang berhasad. Mungkin cemburukan rezeki manusia lain yang senang-senang diperoleh tanpa berlelah macam aku. Cemburukan manusia yang dari lahir sudah empunya wasiat 7 keturunan tak habis dimakan (if you know what I meant). Lahirnya disuapkan dengan sudu emas. Tapi takpe, aku sabar.
Sepanjang aku kerja, berapa kali je aku dapat hulur duit bagi Ibu aku. Pernah sampaikan dekat 4 bulan aku tak balik jenguk Ibu, sebab aku malu. Malu sebab tak mampu nak bagi duit banyak pada dia. Kebetulan aku tengah sibuk, jadi alasan tu aku gunakan untuk tak telefon tak text tapi hakikatnya aku terlalu malu. Tapi aku nasihatkan, macam mana kecil sekalipun gaji kau, hulur je walaupun hanya RM10. Mak kau bukan nak duit kau sangat pun, tapi bila kau buat dia happy, hidup kau jadi berkat. Percayalah. Dalam kes aku yang 4 bulan tak balik, memang mengaruklah makcik tu. Memang merajuk Ibu aku siap ayat panjang lebar dalam whatsapp dia buat aku hilang selera makan. Berdosanya aku buat Ibu sedih. Habis aku kena tazkirah, haha. Memang salah aku pun waktu tu. Aku ambil masa yang lama untuk jelaskan situasi aku pada Ibu. Dan mestilah, Ibu mana je yang nak biarkan anak dia kerja teruk-teruk tanpa gaji, sorang pulak, jauh daripada keluarga. Banyak kali dia suruh aku resign. Aku cuma minta Ibu sabar walaupun susah untuk dia faham, aku janji dengan dia aku baik-baik je kat sini. Orang selalu tanya, macam mana aku hidup kat sini. Gaji sikit, kadang-kadang tertunggak. Aku sendiri pun pelik. Tapi mungkin kerana aku dah biasa hidup kekurangan, jadinya banyak benda keduniaan ni aku tak terfikir nak ada. Makan pakai aku sentiasa cukup walaupun gaji aku dapat beberapa bulan sekali. Itu aku panggil, rezeki.
Sekian jelah cerita aku. Maaflah kalau panjang sangat cerita, masa sekolah dulu paling malas nak jawab bahagian ringkasan haha. Banyak lagi pengalaman aku, tapi setakat ini yang aku rasa perlu dikongsi. Sekarang ni aku dah nak resign, atas sebab tertentu. Aku akan kembali pada keluarga aku setelah 5 tahun hidup merantau sendirian. Mungkin aku akan rindu tempat aku melepaskan lelah dan sendu. Duduk atas batu, tepi pantai, tengok bulan. Ahh, nostalgia sangat. Haha. Terlalu banyak memori, pengalaman, airmata. Aku tak pernah menyesal dengan perjalanan hidup aku sebab apa yang aku minta dari TUHAN, jangan beri aku kemewahan. Dan terima kasih pada bos aku, atas pengalaman yang tak mungkin aku dapat dari mana-mana institusi pengajian. Aku belajar untuk ‘hidup’.
-Rii.
– Rii
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit