Aku tak tahu nak luah atau cerita kat sapa kalau korang baca cerita aku ni jijik aku mintak maaf siap siap, tapi aku dah tak tahan aku kena luahkan.
Setidaknya aku rasa lega dan mungkin komen korang akan membantu jadi apa korang rasa aku patut buat lepas baca cerita aku ni.
Suami aku jenis tak baran sentiasa bagi aku duit sentiasa cakap sayangkan aku setiap hari kata aku cantik dan hanya ada aku sorang takda perempuan lain tapi ada beberapa hal membuatkan aku rasa dah tak nak gelaran isteri ni.
Sekarang ni perkahwinan kami dah 5 tahun. Masa awal awal kahwin dulu dalam sebulan macam tu ya sangat la jelas suami aku jenis lelaki yang nafsu s*ks dia memang tinggi…
Tinggi yang sehari kalau dia cuti boleh jadi 4-7 kali sekali jalan 2-3 round kalau dia keja sehari sekali 2-3 round dan bila waktu dia break masa waktu keja dia sanggup tak makan pegi tandas vc aku untuk puaskan nafsu.
Bila aku datang haid hari ketiga dia dah suruh telan pil stop darah yang high dose 4 biji 3 jam sekali makan.
Dan suami aku jugak takkan tolong aku buat keja rumah walau sikit nak basuh pinggan sebulan sekali pun payah, jadi korang faham kan kerja rumah yang lain macam mana? Katanya dia bagi duit pada aku sebulan hampir cecah 10k jadi apa salahnya kalau tak buat kerja rumah.
Bila aku dah lekat anak sulung kami suami aku happy sangat sampaikan dia belikan aku handbag yang harganya 2 ribu lebih tapi sehappy happy suami aku happy lagi aku sebab aku sangkakan sepanjang pregnant ni bolehla aku rehat rehat sikit kan. Rehat dari segi layan batin suami maksud aku.
Jadi aku harap suami aku faham lah rupanya tak korang. Suami aku buat research boleh ka masa mengandung buat hubungan badan dan jawapan yang keluar dekat google tu boleh bila dah masuk trimester 2 tu.
Tapi aku cakap pada suami yang ni anak sulung kita takda pengalaman dan aku taknak amik risiko,
Esoknya dia jumpa dr dan cakap pasal hal ni dan dr pun sahkan apa di baca kat google tu betul cuma risiko atas masing masing kalau dah cukup bulan tu kalau nak berhubungan badan lagi dr syorkan.
Jadi sepanjang aku mengandung pun aku tetap kena layan suami aku dan suami aku tak boleh tunggu pun sampai masuk trimester kedua puas aku menolak tapi dicopnya pulak aku isteri derhaka takkan bau syurga aku takut dengan panggilan tu jadi aku turutkan saja.
Bila lahir saja anak pertama kami aku rasa hidup aku makin sengsara korang faham kan fasa newborn macam mana?
Dalam berpantang lagi suami aku amik cuti saja tapi apa yang dia buat hanya tolong hantar aku pegi klinik ja bangun malam? Jaga baby?
Semua pasal baby? Semua pasal pantang?
Segala keja rumah? Masak?
Aku yang kena buat. Aku sahaja.
Kenapa aku tak pantang rumah mak aku atau mak mertua? Sebab laki aku tak bagi aku rasa macam nak gila.
Dan aku rasa aku dah separuh gila masa tu. Bila masuk hari pantang ke 7 guess what?
Laki aku suruh telan pil stop darah time ni aku nangis gila gila aku cakap pada laki aku yang aku tengah sakit ni luka aku pun tak sembuh lagi kenapa perlu macam ni tapi laki berkeras nak jugak jadi aku cakap yang kita buat cara lagi satu untuk puaskan nafsu suami aku. Korang faham kan?
Tapi suami aku tolak dan berlalu macam tu jaa. Masa aku pantang hari ke 12 kot tak silap aku la.
Aku terkejut tiba tiba suami aku bawakkan air kosong dan roti jagung untuk aku aku rasa berbunga sangat masa tu rasa happy tapi lepas tu aku rasa mengantuk gila mengantuk yang terlampau ya. Aku tertidur bila aku bangun dari tidur aku.
V aku rasa sakit sangat sangat korang rasa pedih sangatt memang sakit dan sekelip mata aku paham dan sedar ada sesuatu yang husband aku letak dalam air aku.
Bila aku keluar bilik aku nampak laki aku yang tengah pujuk anak aku nangis aku nampak ja situasi tu terus aku mengamuk bila aku tengok jam dah pukul 5 lebih tauu aku minum tadi pukul 12 lebih dan guess what?
Anak aku melalak nangis macam tu pun husband aku tak terfikir untuk bancuh susu bagi minumm aku memang naik anginn gilaaaa.
Macam macam aku cakap kat suami aku tak guna la apa lah segala benda buruk aku maki kan aku dah ready kalau kalau aku kena pukul tapi laki aku hanya cakap yang aku isteri derhaka takkan masuk syurga then keluar rumah seminggu ya suami aku tak balik.
Aku tak tertanya tanya langsung ke mana suami aku pergi mungkin ka pergi rumah perempuan lain aku tak kesah kalau dia balik nak ceraikan aku pun aku tak kisah sepanjang ketiadaan dia aku rasa aman sangat even aku tau keadaan kami berdua as husband and wife not good.
Lepas seminggu dia balik aku langsung tak tegur dia aku hanya urus anak buat keja rumah makan dia aku tetap buatkan jugak aku tunggu dia mulakan conversation dulu dan dia mulakan.
Tapi apa yang keluar dari mulut dia tu buat aku rasa nak mengamuk buat kali kedua. Aku expect yang mungkin dia akan minta maaf rupanya tak ya dia hanya bagitau aku yang dia dah beli ubat paling terbaik dan berkesan bagi luka jahit aku dan dia nak aku pakai as soon as possible.
Apa yang aku rasa time tu aku salah pilih dia jadi suami aku. Salah sangat.
Aku pendek kan sikit cerita tiba masa aku lekat anak kedua time tu anak pertama aku baru setahun 4 bulan aku rasa down aku taknak anak lagi aku tak diizinkan pakai perancang suami aku cakap kalau ada rezeki allah bagi kita amik ja aku ni hari hari doa taknak pregnant lagi.
Aku cakap pada suami yang aku nak gugurkan kandungan mati mati suami aku halang tak bagi katanya sayang anak ni tapi aku tolak aku cakap yang bila aku dah beranak dia tak tolong pun uruskan aku even masa pregnant pun dia tak ringankan beban aku.
Suami aku pun berjanji akan berubah jadi aku lembut hati tapi janji taik dia buat jugak perangai dia yang ceritakan tadi yes keja rumah tetap macam biasa hanya aku nafkah batin? Tetap aku kena walau macam mana pun sepertinya aku wajib walaupun demam panas.
Bila aku dah beranak aku menangis macam budak kecik nak pantang kat rumah mak aku.
Sebab aku nak berehat aku terlalu penat dan aku tau bila aku pantang kat situ cara mak aku dia tak bagi suami tengok aku selama berpantang lepas 3 hari habis pantang baru boleh segala duit bagi melalui ayah aku je boleh tengok anak ja.
Aku rasa tenang sangat tenang ketenangan yang lama aku tak dapat sejak aku jadi isteri orang.
Hari hari berlalu suami aku pun datang jemput aku balik ke rumah kami masuk ja rumah soalan pertama yang ditanya dah baik belum luka bersalin jadi korang paham la kan apa yang jadi next hmmm.
Bila dah aku lekat lagi anak ketiga masa ni memang betul betul aku cari ubat dan cara bagi gugur suami aku masih sama halang aku.
Tapi kalini aku mengamuk aku taknak jugak aku jerit aku tinggikan suara sampai suami aku terpaksa cakap jujur yang dia suka sangat bila aku mengandung aku nampak makin sexy.
Dia suka buat tut tut dengan aku bila aku mengandung. Aku dengar ja tu aku terus masuk bilik kunci pintu.
Dan hari mendatang jalan cerita sama jaa maksudnya suami aku tetap samaa dan sekarang ni anak ketiga aku dah masuk 9 bulan aku amik perancang diam diam.
Dan aku sangat penat sebagai isteri aku rasa husband aku takkan berubah selagi tak masuk kategori warga emas aku rasa berpisah lebih baik tapi dalam masa yang sama kesian pada anak anak.
Jadi apa perlu aku buat? Aku buntu takkan aku nak bagitau family aku atau dia?
Bila aku ajak jumpa dr dia tak nak, hmmm.
– Fifi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
laksanakan perintah Allah,solat lima waktu jgn tinggal insyallah berjaya
Saya perempuan. Ada sebab kita haid dan keluarkan darah setiap bulan, to shed the uterus lining. Itu kitaran normal setiap bulan bagi wanita. Jadi saya rasa seram bila saya baca yang puan dipaksa makan ubat untuk memendekkan haid.
Suami puan bersikap zalim bila dia suruh puan makan ubat untuk hentikan haid.
Puan pernah bertanya pada doktor kesan sampingan makan ubat tu? Adakah puan rela merisikokan kesihatan sendiri?
Suami puan rogol puan masa puan baru 12 hari lepas bersalin? Itu kejam, zalim dan mementingkan diri.
Mungkin puan boleh minta pendapat sahabat atau ahli keluarga yang puan percayai.
Love yourself first
No worries no wonder perempuan2 suka membujang.
Lelaki jenis apa layan isteri bagai pelacur!?!?!?
Patutlah aku mengorat tackle gadis cantik kena palau.
Laki Melayu macam laki hengko rosakkan peluang kami lelaki bujang
Sudahlah muka kami biase sajerrrrrrr
Perit bang perempuan takut tengok rupa berdepan tawar hati
Kami bujang rupa JAWA KLANG cuma mampho filters untuk kekal confident
Bila depan orang kami suka tiada yakin diri tambah persepsi buruk terhadap kami lelaki Melayu
Kepada jantan hanat yang sudah beristeri ber teman waniterrrrrr tulun jangan busuk nama lelaki Melayu
Akibat kamue akueh sunyiererrr tidak dapat waniter akue waniter kueeeeee
Frust ah!
HENTIKAN PENGANIAYAAN TERHADAP WANITA
BERI PELUANG KEPADA KAMI LELAKI BUJANG UNTUK MEMIKAT WANITER!
Jantan Tiktok frust tersakiti
Saya baca saya rasa malu sebab ia satu aib. Dan cerita dalam kelambu. But saya juga faham puan macam dah tiada cara lain lagi untuk meluahkan.
Ia suatu yang tidak bagus bila makan ubat stop darah hanya untuk berhubungan. Dan bila kerap ambik ubat ia suatu yang tidak bagus walaupun kehendak suami tertunai, tapi diri puan juga berisiko pd masa hadapan. Siapa tahu kan. Tapi nauzubillah..moga dijauhkan.
Persoalan saya pada puan:
1. Hubungan sebelum kahwin bagaimana? Bercinta/tidak. Perangai suami macam mana?
2. Adakah setiap perbuatan dan kehendak suami terhadap puan terpaksa atau rela?
3. Bagaimana puan kuat bertahan hingga anak ketiga? Adakah sebab 10k itu atau bagaimana?
Kadang2 wang juga salah satu faktor bertahan. Jadi tanya diri puan. Kalau sanggup. Bertahanlah. Kalau tidak, agama kita juga ada saluran yang benar seperti kaunseling atau perubatan alternatif.
Terkadang khuatir juga buka suami puan yang berhubungan itu tapi “suatu” yang lain kerana dari pembacaan ni macam teruk sangat kehendak batin si suami tu.
Jadi terbaik adalah minta jalan dan pertolingan kepada Allah. Insyaallah Allah akan bantu. Semoga dipermudahkan segala urusan puan sekeluarga dan semoga dapat jalan penyelesaian yg terbaik🤲🏻