Aku Hamba Yang Berdosa

Assalamualaikum semua. Aku Bunga, berumur awal 30an dan masih bujang. Aku anak sulong dari 5 beradik.

Waktu kecil aku bukan suatu yang mudah. Hidup dalam keadaan yang selalu kena marah dengan ayah. Kene pukul itu perkara biasa. Kene hamun dan maki itu dah jadi lumrah seumpama makan nasi. Aku membesar dengan keadaan yang sangat tidak menyenangkan.

Ibu aku seorang yang pendiam, tidak pernah marah atau membalas balik setiap perkataan kesat yang keluar dari mulut ayah. Kesian ibu, bersabar dengan perangai ayah dan aku tidak salahkan ibu. Ibu yang selalu pandang aku dengan pandangan kasihan.

Kasih sayang ayah aku juga tidak sama. Dengan anak lain yang dirasakan pandai dan tidak melawan kata memang ayah akan sayang. Aku jadi seorang yang sangat suka protest.

Kalau adik buat salah aku jadi mangsa maki hamun, mangsa pukul dan lebih teruk sekali aku pernah kene halau dari rumah waktu malam. Tidur lah aku di depan pintu rumah bertemankan nyamuk. Ada banyak lagi yang berlaku dan tidak perlu aku tuliskan disini.

Aku juga mangsa rogol sepupu, kene intai semasa mandi dan cabul. Aku jadi trigged dan gangguan emosi setiap kali teringat kerana aku pendam dan tidak meluah pada sesiapa. Bila aku dewasa, baru aku paham perasaan aku selama ini disebabkan trauma. Aku ada PTSD, anxiety dan panic attack.

Bila dah habis belajar diploma, aku mula bekerja di ibu kota. Aku juga mula tanggung keluarga memandangkan aku anak sulong. Tanggungjawab aku amatlah besar. Alhamdulilah ketika itu aku masih lagi seorang budak kampung yang pergi kerja dan balik kerja sahaja.

Dari sekolah sampailah ke Universiti aku tidak ada boyfriend kerana bagi aku, aku perlu fokus untuk belajar dan aku benci lelaki. Bagi aku semua lelaki adalah sama.

Sampai lah bila aku outstation, aku berkenalan dengan seorang lelaki. Kami berjumpa melalui applikasi online. Pada ketika itu aku berumur 23 tahun, dan bila selalu mesej dengan dia. Hati aku jadi cair apatah lagi bila dia layan aku dengan baik.

Dia tahu aku ada trust issue dengan lelaki dan dia bijak ambik hati aku. Kami bercinta sehingga 8 tahun. Bercinta jarak jauh memandangkan aku di ibu kota. Aku adalah orang yang sangat bahagia. Tersangat bahagia apatah lagi waktu kecil aku kurang kasih sayang seorang ayah.

Kami jarang berjumpa dan setahun hanya 2-3 kali sahaja. Tahun ke 3, setiap kali berjumpa bermula lah episod sentuh anggota badan.

Pada mulanya aku menepis dan menjerit sekuat hati kerana aku mula teringat aku dirogol dulu. Tapi setiap kali dipeluk dan aku rasa kasih sayang, aku cair dengan nafsu dan hasutan saitan. Belum sampai ke tahap berzina kerana aku takut. Namun dosa tetap dikira dosa.

Semuanya berjalan dengan baik sehinggalah tahun ke 5 kami bercinta, aku mula bertanyakan soal kawin. Aku faham ketika itu dia masih belum dapat mengumpul duit dan aku pun mengajak untuk simpan bersama. Namun itu semua hanya angan mat jenin.

Setiap tahun pasti hubungan akan on off. Break sekejap lepastu bercinta semula dan setiap kali bercinta kami buat dosa. Kalau tak jumpa, lunaskan hajat dengan video call.

Aku pula makin hanyut dengan dosa tetapi masih lagi solat dan mengaji. Setiap kali lepaskan nafsu, aku rasa bersalah dan menyesal.

Sampai lah tahun ke 8, kami ambil masa yang lama berpisah. Itu pun disebabkan baru aku dapat tahu selama ini dia kaki judi, kaki minum arak, tidak solat dan aku juga masih lagi menunggunya dengan harapan berubah.

Aku pun mula kembali kepada Allah, mengikuti semula kelas pengajian dan ketika itu diuji dengan sakit. Dalam hidup, akan ada satu titik turning point kepada Allah dan pada ketika itu kita akan pulang dengan jiwa yang rapuh dan patah.

Walaupun sayang tetapi aku tinggalkan dia demi agama. Sewaktu hidup dengan maksiat, jiwa aku kosong dan tidak tenang.

Aku mohon kepada Allah untuk beri dia hidayah agar dapat hidup bersama semula dengan taubat yang baru. Aku solat istikarah untuk rasa sayang dan hubungan seterusnya jika aku nak getback semula.

Dalam mimpi istikarah ku, dia memilih wanita lain dan berjalan pergi tinggalkan aku. Setiap kali istikarah, mesti Allah tunjuk yang dia bersama wanita lain. Aku hanya sedapkan hati dengan petunjuk Allah. “Tak kan lah dia ada orang lain. Dia sayang aku gila2”.

Alangkah hancurnya hati aku bila tengok dia dah bertunang dengan orang lain. Meraung aku seperti orang gila, sakit berminggu sampai warded. Aku mengalami kemurungan, berat badan turun dan paling sakit tidak boleh tidur. Aku cuba berdamai dengan masa lalu dan takdir.

Aku cuba melepaskan dia namun aku ada dendam. Dia sentuh aku dan kami buat maksiat sedangkan perempuan itu? Dia hanya ambil masa 10 bulan sahaja kenal dan terus bertunang. Kali pertama berjumpa terus kenal dan tunang.

Hati aku remuk. Bertahun aku ajak dia untuk halal namun alasan kewangan. Mujurlah ada adik tirinya yang baik dengan aku dan memaklumkan bahawa dia bertunang.

Sekarang aku hidup dengan hati yang kosong. Aku kutip satu persatu hati yang patah untuk cantum kembali dan meminta Allah gantikan aku dengan hati yang baru.

Bila kita sayang seseorang dengan terlalu dalam, Allah akan uji dengan kehilangan. Kehilangan yang sangat menyakitkan kerana dia segalanya bagi aku. Aku terlalu sayang sehinggakan tidak mencari pengganti sehingga hari ini. Masih belum move on.

Doakan aku untuk sentiasa istiqamah dan berbaik sangka dengan takdir Allah. Allah itu maha baik, selalu naik FYP aku berkenaan dengan takdir, jodoh, rezeki dan taubat. Allah akan hantar petunjuk dalam banyak cara.

Aku cuba renung hikmah dari perpisahan ini. Allah tahu aku tidak mampu untuk lalui ujian selepas berumah tangga jika peragainya masih kekal sama.

Oleh itu, Allah patahkan hati sepatahnya untuk aku belajar redha dan ikhlas. Dan aku juga menutup pintu hati untuk lelaki kerana bagi aku, aku adalah perempuan murah. Tidak layak untuk mana-mana lelaki. Biarlah takdir dan waktu yang tentukan, Aku serahkan segalanya kepada Allah.

Doakan aku tau supaya dapat memaafkan dan melupakan dia.

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Bunga, kembalilah kpd Allah. Allah sangat sayang & rindu rintihan Bunga padaNya. Tiada sia2 meletakkan cinta pertama Bunga pdNya. Tiada yg sia2.. percayalah. Perbaiki diri, dekatkan diri Bunga kepadaNya, cerita segala kesedihan Bunga pdNya, dia Maha Mengetahui. Dan jangan lupa terus berdoa & letakkan segala pengharapan utk aturNya kembali hidup Bunga dgn baik. Inshaa Allah.. semua akan baik2 belaka.

    • Allah sayang awak sebab tu Dia tak jodohkan awak dengan ex. Ex awak hanyalah kaca yang tak berguna. Terus pandang kedepan. Semoga istiqomah dalam mencari cinta Allah. InsyaAllah jika ada jodoh didunia, awak akan dikurniakan lelaki yang akan membimbing awak jalan ke syurga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *