Aku Hamba Yang Berdosa II

Untuk part I, (https://iiumc.com/aku-hamba-yang-berdosa/).

Assalamualaikum. Aku ada tulis artikel ni dulu. Dalam keadaan otak yang tak tentu hala dan menangis sepanjang masa.

Tapi sekarang aku menulis dalam keadaan yang waras. Terima kasih untuk semua komen2 kalian. Semoga kalian sentiasa dalam rahmat Allah dan kasih sayang Allah.

2 bulan lepas aku slowly recover. Aku sedar jangan berpatah semula dengan apa yang Allah dah jauhkan. Memang pada mulanya aku rasa marah dan sangat kecewa. Namun siapalah aku hendak melawan takdir Allah.

Aku terbaca di TT “Kalau Allah jauhkan dia dari kita, itu tandanya doa kita makbul. Ingat dulu kita pernah doakan, kalau dia jodoh kita dekatkan lah dan kalau bukan jauhkanlah. Bila Allah jauhkan mengapa bersedih?”. Memang ayat ni melekat dalam hati.

Aku tidak lari dari kenyataan. Ada hari yang update, aku tengok setiap perkembangan mereka walaupun hati pedih dan terluka, namun untuk sembuh aku kena ajar hati untuk sakit sesakitnya. Tiada siapa yang boleh tolong aku kecuali Allah dan diri sendiri.

Orang ajar untuk block tapi bukan bagi aku. Kalau aku block, nanti tertanya tanya dan sampai ke sudah aku tidak berjaya untuk move on.

Kalau orang tanya macam mana boleh tahan dengan rasa sakit? Setiap kali tengok gambar, aku meraung.

Aku stalk tunang dia sampai aku jumpa jawapan kenapa dia memilih wanita tersebut dan bukan aku. Semoga tunang dia sedar yang sebenarnya dia bakal menanggung biawak kaki judi. Aku selalu berdoa untuk tunang dia sedar.

Kalini aku move on dengan ilmu. Setiap hari aku selawat jibrail 1000x paling kurang. Aku akan singgah masjid bila ada masa terluang, masuk kelas agama dan ada banyak lagi untuk aku luangkan masa dengan diri sendiri. Sungguh selawat buat hati aku teramat tenang.

Setiap kali teringat, aku akan minta dengan Allah cabut rasa sayang kepada manusia dan isi dengan kasih sayang Allah.

Aku juga tolak orang yang cuba dekat buat masa sekarang ni kerana “rumah” masih lagi dalam keadaan banyak kaca. Takut terpijak kaki orang baru yang datang.

Untuk si dia, ketahuilah rasa sayang yang dulunya menggunung telah hilang dan pudar.

Sehingga aku tercari cari kenapa aku menangis beria dulu. Kenapa aku sampai warded, kenapa aku sampai lose weight. Semuanya dengan izin Allah. Doalah bersungguh sungguh minta Allah cabutkan rasa sayang itu.

Untuk abang sepupu aku pula, sekarang ni dia ada 3 orang anak perempuan. Aku tak nak mendoakan yang tidak baik untuk the kids sebab susah bila ada trauma masa lalu. Akan rasa tidak selamat sampai kau besar.

Sampai sekarang pun, kalau aku terjumpa dengan dia automatik kenangan lama datang. Tapi kena pandai berlakon sorok air muka. Terlalu sakit untuk lakonan ini.

Untuk aku pula, Aku sedang perbaiki diri menjadi hamba Allah yang baik. Bagi soal jodoh, aku berserah pada Allah namun akan aku sertakan dengan solat Istikharah.

Aku wanita yang tidak sempurna dan untuk menjadi seorang isteri tidak layak bagiku. Apatah lagi menjadi seorang ibu.

Semoga Allah tutup segala aibku dan Allah gantikan segala kesakitan masa lalu dengan ganjaran syurga. Terima kasih sudi baca..

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *