“Semalam (Zaza bukan nama sebenar anakku)… ada call, dia minta top up phone. Katanya dah tak boleh nak wassap, data habis.”
Tanpa kata, aku hanya pandang suami. Masih menunggu jawapan seterusnya.
“Abang minta dia guna dulu duit dari akaun XYZ sebab katanya akaun PQR dah zero.” “Baki dari akaun abang pun dah tak banyak mana. Tinggal RM900 saja.” Jujur sungguh suamiku. Ya lah dengan bulanan 2.6k (pencen) apa sangatlah yang boleh dibelanjakan?
Suamiku ke dapur. Memasak, membasuh, mengemas dah jadi rutinnya. Aku capai phone. Mencari2 QR code Zaza. Scan RM100, masukkan ke akaun PQR Zaza & share resit ke tele. Biar Zaza tahu ada RM100 dah masuk ke akaunnya.
Zaza masih student di IPT. Dari semalam lagi aku memang nak masukkan.. tapi sengaja kadang2 aku biarkan ayahnya laksanakan tanggungjawab. Aku harus bagaimana? Tak kan aku nak biarkan anakku sampai tak cukup duit untuk belanja?
Dah berbuih mulutku beri cadangan buat itu, buat ini untuk tambah pendapatan, tapi satu pun tak terpakai. Kubiarkan untuk fikir sendiri, tak ada apa-apa pun dibuatnya.
Hidupnya hanya setia di rumah, kadang2 jadi tukang mesin rumput di rumah, ada kalanya ke kebun. Selebihnya, menjadi tontonan TV (TV on, dia lena).
Aku isteri / ibu bekerja dengan pendapatan 4 /5 kali pendapatan suami. Aku ada komitmen bulanan sekitar 4.5k. Hutang rumah dan projek untuk masa depan yang entah jadi, entah tidak. Nafkah asas yang boleh dikatakan suami sediakan hampir, makanan, barang dapur, kebersihan + bil api, air.
“Abang ni jika ada banyak duit, tak adanya abang nak kedekut”. Memang betul pun, aku nak makan apa, memang suami akan sediakan. Jika ada yang termahal, memang hujung bulan, akulah kena top up.
Aku belajar untuk ikhlas. Ada banyak hutang suami denganku, yang aku pejam mata, lupakan. Suamiku tiada hutang dengan pihak lain. Suami aku, memang akan bayar hutang sekadar termampu ikut definisinya sendiri yang menentukan ini hutang, ini bukan hutang.
Aku terima saja tanpa banyak komplen. Tapi setiap kali membaca di media sosial, hal berkaitan nafkah, aku triggered juga. Aku cuma minta suami uruskan rumah & jadikan rumah kami selesa untuk diduduki. Aku cuma nak suami kreatif sahaja.
Memang lah perlu duit untuk wujudkan rumah jadi selesa. Tapi bila aku keluar modal, entah apa2 digunakan, & rumah tetap juga tak selesa mana.
Aku ni dengan bekerja, dengan tubuh badan tak sihat mana, kesempatan untuk rancang pun tak sempat. Setiap hari bekerja, Asar baru sampai rumah. Hari minggu pun kadang2 saja ada di rumah. Yang banyak di rumah, suamiku.
Hidup kami, kadang rasa macam tertukar, entah siapa suami, siapa isteri? Suami memang bab jaga aku memang tip top. Iron kain baju kerjaku setiap pagi sejak kawin, memang dialah.
Kesetiaannya sebagai suami, alhamdulilah, memang kusyukuri. Tak mungkin aku akan berpaling daripada suami, sebab hajatku untuk miliki seseorang yang benar2 menyayangiku kukira telah Yang Maha Kuasa kurniakan. Simple saja permintaanku.
Sesekali bila dengar kecurangan sana sini sama ada di pihak suami atau isteri, aku pun tak pernah pandai bercinta, itu fakta. Cumanya, aku yakin bahawa Allah SWT itu ada. Meletakkan cinta kepadaNya menjadi keutamaanku.
Pernah saja aku jujur dengan suami, Cintaku kepada Dia yang Maha Kuasa. Aku sedang kejar RedhoNya. Macam2 aku buat, untuk kejar RedhoNya semampuku walaupun sering kali aku rasa macam tewas juga dengan kelemahku sebagai manusia biasa.
Aku sedar diri, aku tak sempurna. Suamiku pun tak sempurna mana. Hidup ini tak perlu pun kejar kesempurnaan, kerana kesempurnaan itu bukan milik kita manusia biasa.
Paling aku fikirkan Zaza. Sebagai ibu, aku rasa bersalah sangat jika aku biarkan dia tanpa pasangan yang membahagiakan sebelum aku dijemputNya. Aku hanya mampu berdoa yang baik2 khusus untuk Zaza.
Ada juga anak muda yang kufikirkan baik akhlak, pendidikan, tapi itulah aku hanya tetap berdoa agar ada seseorang yang bakal dipasangkan dengan Zaza sebaik anak muda tersebut. Aku tidak mahu mengganggu urusan Tuhan.
Entahlah tersiar atau tidak luahan aku ini. Ada banyak suka duka kehidupan yang tak terceritakan.
– Unknown (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> htetaps://iiumc.com/submit
Syukur dgn apa keadaan sekali pon.. mmg ‘perit’ klaw difikirkan hidup yg kita rasakn x sot yg kita harapkan.. cuma satu je, jgn bandingkn hidup awk dgn mrk yg ‘lebih’ senang dan selesa dari awk, tp lihatlah ke bwh.., mrk yg lbh ‘kurang’ dari kehidupan awk.., syukur, awk masih punya pkerjaan, suami pon ada dt pencen, w/pon xbnyak (pd pandangan awk.., ada ank yg masih blajar (sya x tau plak jika ada ank2 yg lain..) dan kehidupan cukup seadanya.., suami w/pon xkerja, tp dpt mnolong awk dlm meringankn kerja2 d rumah.., syukur bnyak2, sbb awk xperlu upah pembantu rumah, ank pon dak besar, xperlu dihantar kpd pengasuh dsb., awk cuma uruskn pergi-blk kerja n ckit2 tolong d rumah, bila perlu.., cuma mngkin komitmen skrg bnyak atas bahu awk.. jika awk melihat d sekeliling awk, berapa ramai org yg dah xmampu bkerja, kdg2 tu ibu or bpa tunggal lg, xde sapa yg peduli, kdg2 ank2 pon xbrpa ‘menjadi’, ada yg mngnggur, mintak dt hari2.. ada yg berniaga kecil2an, tp yg lakunya x seberapa, hari2 nk ‘pusing modal’, tp dptlah dlm 10-20 ringgit harga jualan.., adik beradik x bantu, sbb mrk pon x sesenang mne.. nk mintak tolong org lain, malu pon ada, dgn diri yg x brp larat n sihat.., kdg2 ada menjaga ibubapa yg dah tua or ada ank2 istimewa lagi.. Allah dah atur segala2nya, mngikut kemampuan diri kita, bkn atas ‘kehendak’ kita semata2.., so bersyukur shj la.. kita pon ctahu nasib kita yg akn dtg, or d Akhirat nt.., mngkin orang yg duanggap ‘susah’ skrg ini akn jd ‘senang’ suatu hari nt, or d Akhirat kelak.. wallahu a’lam bissawab..
Bersyukur je dgn apa yang Allah dah beri.. klaw nk ikutkan, lg ramai org d luar sana yg mngalami keadaan yg lbh ‘teruk’ dari awk.., so bersyukur jela dan perbaiki keadaan semampu awk.. wallahu a’lam
Yeee awak kene lebih banyak bersyukur, dan jangan lar buat hutang banyak2 dah. Hidup minimalis sikit agar lebih tenang.