Seorang kanak-kanak perempuan linkungan 10 tahun riang-ria ketawa sedang bermain-main bersama kawan-kawan nya yang lebih kurang sebaya di bawah rimbunan pohon “Leucaena leucocephala” yang sedang ranum mengeluarkan anak2 petai belalang,
Aisyah terpana mata melihat pohon itu meluruhkan bunga-bunga yang kekuningan.
“Wey jom nak kita main masak masak dengan pokok ni?” Berkata Aisyah dengan 2 lagi kawan perempuan nya. Dan seorang kawan lelaki yang turut bersama bermain.
“Jom jom, awak kutip warna kuning, saya kutip petai, awak husin cari batu tau nak tumbuk” berkata kawan Aisyah iaitu Mariam yang membahagikan tugas kepada kawan-kawan yang turut hadir ketika itu.
Aisyah begitu gembira mencari petai belalang itu, tidak lepas wajah nya dengan senyuman yang begitu manis, hingga menampakkan keseluruhan gigi nya yang tersusun atas bawah.
Sedang Aisyah sibuk mengumpul, Aisyah dan kawan-kawan tertarik dengan 1 petai yang begitu ranum dan tinggi.
“Wey tengok tu! Besar nya petai tu. Jom amek tu” berkata mariam
Aisyah dan rakan rakan berusaha bergilir gilir melompat untuk mengambil petai yang begitu tinggi itu, bermacam cara mereka cuba untuk meluruhkan petai itu.
Baling batu, baling kasut, guna kayu masih juga tidak mahu jatuh, lalu Aisyah berusaha melompat setinggi tinggi nya dgn mengunakan tangan nya yang begitu halus itu… Aisyah masih mencuba melompat masih tidak mendapatkan nya.
Sedang Aisyah melompat, Aisyah perasan ada seorang lelaki yang berdiri 3 meter dari nya dari tadi memerhatikan mereka, Aisyah tersenyum pada lelaki tersebut. Berharap agar lelaki yang tinggi dan baik itu membantu mereka mendapatkan petai yang tinggi itu.
Firasat Aisyah benar, lelaki linkungan 30 tu datang kepada Aisyah “biar pakcik tolong angkat kamu ya”
Kawan kawan Aisyah semua berundur kerana ketakutan.
Aisyah membiarkan pakcik itu mengangkat nya,
Namun Aisyah merasa pelik dan sakit kerana tapak tangan dan jari pakcik itu sedang memasuki kemaluan nya berbanyak kali.
Aisyah merasa sangat takut, petai yang terasa begitu dekat itu, sengaja di jauh jauhkan oleh pakcik itu agar Aisyah susah mengapainya.
Gelak ketawa dan gurauan berselang seli, “Hahaha tak sampai, cuba lagi, cuba lagi” berkata pakcik.
Sambil Aisyah sedang merasakan begitu pedih pada bahagian qubulnya.
Lalu dengan senyuman Aisyah berkata “takpa takpa saya mahu turun” sejurus Aisyah mahu meronta turun. Pakcik itu masih berkeras tidak mahu menurunkan nya.
Aisyah melihat ayah nya sedang melihat nya dengan pelik, lalu Aisyah melihat ayah nya dari jauh sedang melihat nya, “ayah!” Seru Aisyah. terus lantas pakcik itu menurunkan nya.
Petai tidak dapat, Aisyah konfius apa yang berlaku. Dia berlari pada ayah nya dengan senyuman.
Ayah bertanya kenapa lelaki tu angkat Aisyah?
Aisyah masih hanya seorang budak, dia hanya ketawa sambil bercerita mahu mengambil petai tapi tidak sampai, lalu ayah berkata jangan pergi kesitu lagi..
“Okay ayah” Aisyah terus bermain menumbuk bunga bersama rakan-rakan nya yang telah lama meninggalkan nya sejak dari pakcik itu mengangkatnya.
Namun ketika Aisyah bersama dengan rakannya, dia merasakan sangat pedih dan sakit pada kemaluan nya. Dia tertanya tanya mengapakah kemaluan nya begitu sakit. Dia tidak endah lalu teruskan bermain.
Sejak dari haritu kelakuan Aisyah sangat berubah. Dia tidak tahu, tapi dia sangat takut pada lelaki. Meskipun pada ayah dan adik beradik lelaki nya.
Dia sudah menolak pelukan dan ciuman pipi yang diberikan oleh ayah nya dengan alasan, misai ayah nya tajam.
Marah kan ayah nya jika ayah menyentuh dia, meletakkan tangan di bahunya, menepis tangan ayah yang membantu nya lintas jalan.
Aisyah berkata pada ayah “Aisyah pandai lintas jalan sendiri!” Aisyah tidak tahu mengapa dia rasa geli dan jijik jika dipegang sesiapa.
Ayah sangat pelik dengan perubahan pada anak perempuan nya itu, sebelum ini Aisyah anak yang manja, sebelum keluar rumah pasti Aisyah ucapkan i love you berulang kali, kerana Aisyah sangat menyanyangi ayah nya kerana Aisyah baru 3 bulan kehilangan ibu tercinta.
Aisyah takut Allah akan mengambil ayah nya pula, jika dia tidak menyanyangi ayah nya. Jadi sebelum Aisyah mahu keluar bermain, pasti Aisyah akan rutin mencium ayahnya berulang kali, meskipun misai tajam diwajahnya ayah selalu menyucuk wajah nya yang halus…
Namun kekasaran Aisyah, ayah menganggap itu perubahan kelakuan yang berlaku pada kanak kanak yang sedang membesar.
Selepas dari itu Aisyah dianggap anak peregus, anak yang keras kepala, anak yang susah untuk dijaga dan menyusahkan didalam keluarga nya.
Makcik nya pernah berkata padanya, “Bukan senang ayah kau mahu jaga kau. Lebih baik menjaga 200 ekor lembu lagi mudah dari menjaga anak perempuan macam engkau seorang”
Namun perubahan yang besar ini bukan berlaku hanya sekejap, ianya berlanjutan sehinggalah Aisyah meningkat dewasa. Sikap keras itu sudah sebati dalam dirinya. Karakter dirinya yang periang bertukar menjadi karakter yang sangat keras.
Ia boleh memarahi sesiapa sahaja yang dia anggap menganggu dirinya. Aisyah merasakan dirinya begitu rasa tidak selamat, tiada tempat bergantung.
Dia juga menganggap dirinya susah diatur dan suka memberontak kerana diri nya. Dia tidak tahu apa yang berlaku pada diri nya bukan kesalahan dari dirinya.
Hanya kerana seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab Aisyah mengalami perasaan yang sebegitu sehingga dewasa, malah tidak pernah hilang dari ingatan keluarga nya,
Aisyah dilabel sikap nya oleh keluarga dan saudara-maranya sehingga ia dewasa, segala sikap keras nya pasti dibuka pabila bersama dengan saudaranya yang dia percayai.
Aisyah menjadi seorang yang pendiam sekarang, sepupu nya berkata pada nya “eh Aisyah sekarang kau baik sikit kan, dulu perangai kau teruk gila” Aisyah hanya tersenyum. Tetapi didalam sudut dalam hatinya, begitu sedih dan kesakitan Aisyah hanya dia sahaja yang tahu.
Buat pembaca, semoga dalam lindungan Allah selalu. Buat yang diuji nasib yang sama, awak tidak keseorangan. Saya mengerti awak… Doa saya bersama kalian.
Moga cerita ini sedikit sebanyak memberi iktibar, dan doa kan kebaikkan buat Aisyah dan wanita anak gadis yang terkena sepertinya sentiasa diiringi kekuatan, harapan serta kebaikkan untuk menjalani kehidupan ini sehingga nafas-nafas yang terakhir. Aamiin.
– Aisyah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit