Aku Hanya Seorang Isteri

Hi Assalamualaikum. Aku Alin, berusia 30 tahun. Baru je kahwin dalam setahun, belum dikurniakan anak. Kami sebelum ni berkawan, tapi ambil keputusan untuk kahwin.

Aku tak tahulah aku ni overthinking ke memang suami aku benci aku. Aku rasa betul kot jadi isteri ni selalu pendam perasaan, pujuk diri sendiri.

Aku disahkan Severe Depression Disorder sejak aku kahwin. Sebelum ni takat stress biasa je. Entah lah, aku deeply affected dengan kehidupan aku, kerja aku, dan suami aku. Tapi aku nak highlight kan pasal suami aku.

Suami aku baik, tapi dalam masa yang sama tak baik. Suami aku ubah aku dari free hair, paksa aku bertutup, labuh, longgar. Suami aku sediakan tempat tinggal, kalau pergi beli barang dia bayarkan, lepastu bila tidur suka peluk aku.

Tapi, aku rasa suami aku tak suka aku. Bila bercakap merengus, tapi sekarang dah okay sikit lepas beberapa siri aku merajuk dan menangis. Suami aku pun berulang kali kantoi berjudi. Aku sampai dah kering air mata dah. Aku dah bagitahu family dia pun masih sama.

Di depan family, dia seorang yang normal, tapi sangat narsistik; suka menyalahkan aku atas apa yang dia buat. Contoh, aku sedih bila dapat tahu dia berjudi, aku yang salah sebab aku sedih. Katanya benda tu tak libatkan aku. Tu antara dia dan Tuhan.

Weh salah ke aku sebab aku tak suka suami aku berdosa? Dia tak pernah tahu betapa teruk perbuatan dia tu terhadap mental aku. Aku sampai tertekan, sebab aku tak pernah pun minta sesuatu melebihi kemampuan dia.

Tak pernah aku minta barang mahal, branded macam isteri orang lain, tapi kenapa sampai dia berjudi? Gaji dia dah cukup dah.

Aku ni nak beli apa apa pun, hatta sehelai baju RM50 pun aku fikir banyak kali last sekali tak beli sebab aku takut susahkan dia. Tapi aku selalu belikan apa yang dia suka guna duit aku. Tapi dia mana pernah nampak tu.

Suami aku bila nak bersama, terus kesitu je. Tak fikir pun kepuasan aku. Yang penting dia puas. Aku rasa dia jijik kot nak pegang aku, nak cium aku.

Bila aku suarakan apa yang aku rasa, dia akan rasa aku salahkan dia atau lawan dia. Bila dia marah marah, aku sedih, so tu salah aku. Aku ni bila sedih atau marah, aku bukan jenis yang jerit jerit. Aku diam. Tapi bila aku diam, aku la salah.

Bila dia stress, penat, semua benda jadi tak kena. Rumah bersepah, bising bising. Padahal selama ni aku tak pernah bising pun bila dia sepahkan baju kotor, bercampur dengan baju bersih. Stokin merata, spender merata.

Bila dia balik kerja aku hidangkan je makan, takde aku bising pun. Jarang sangat aku nak rasa dia masak, kalau aku lapar pun, dia minta aku beli makanan sendiri.

Bayangkan dari pagi sampai petang aku tak sempat makan, takde pun dia fikir aku lapar ke apa.Tapi bila aku tak kemas rumah, kena pulak mood dia tak okay, berbekas hati aku dia bebelkan aku.

Belum lagi cerita dia lebihkan orang lain berbanding aku. Kalau soal kawan, terus aje setuju. Bila aku, aku ajak pergi mana mana guna duit aku pun macam macam alasan. Lepastu buat buat tak perasan aku ajak.

Mungkin aku ni teruk sangat kot jadi isteri dia. Aku tidur dengan airmata pun dia buat tak tahu je. Takde pun nak pujuk aku.

Mungkin aku ni takde harga pada dia, sebab tu dia paling risau kalau aku mengandung. Risau sangat kalau aku “lekat”. Dia tak nak ada benih dia dalam rahim aku.

Aku minta maaf sebab luah kat sini, sebab aku ni selalu sangat dah rasa n4k m4ti. Aku tak boleh nak cerita pada sesiapa, sebab aku rasa ni aib rumahtangga.

Aku rasa berdosa je aku jadi seorang isteri tapi selalu terasa hati dengan suami. Aku risau sempit rezeki suami aku, nanti sulit urusan dia. Tapi dia selalu cakap doa isteri tak affect suami pun. Sebab syurga seorang lelaki bawah tapak kaki ibu dia.

Aku fikir aku dah tawar hati dengan suami aku. Aku sekarang ni cuma jalankan tanggungjawab aku sebab aku masih bergelar isteri, bukan sebab aku sayang dia. Aku rasa aku berdosa. Daripada aku terus berdosa macam ni aku rasa macam nak hidup sendiri je.

Sedih weh jadi isteri, tapi macamni. Aku jadi terfikir, kalau mak ayah aku tahu anak perempuan diorang macamni, mesti sedih diorang kan?

Kalau aku ada anak perempuan, aku sedih kalau anak aku orang layan macam ni. Tapi dia kan tak nak anak, mana mungkin aku ada anak perempuan kan?

Mungkin sebab dia suami, tapi aku hanyalah seorang isteri.

– Alin (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Kak ko jangan lembik sangat kak. Ko kena kuat. Cuba ajak dia bincang. Boleh eh tak suka org sedih tak suka org nangis. Suka hati dia nak halang perasaan org. Mana tak ko depress kak. Nak ada perasaan pun tak boleh. kepala bana dia. Dia ingat semua org mcm dia ke tak der perasaan. Ko jumpa laki ko ni kat longkang ke kak. Teruk naw laki ko ni.

    Dear akak, kalau akak sedar akak tuu mak ayah punya precious daughter u wake up and take action. Jangan biar org sesenang pijak kita hatta suami sekali pun. Aku bayangkan nak bersama terus ke situ tuu sakit mat. Sial laa nape lelaki cam ni kawen!!!!!!!!!!!!!

    Ko kena bangun kak. Ko layan dia balik mcm tak der perasaan. Baru dia tahu. Kalau boleh ko bagi jer dia depress. ko buat pekak jer ape yg dia bising. Bukan nak ajar akak derhaka tapi nak ajar dia yg tak ada adab kak.

    Akak kena tengok movie perempuan yg bangkit baru akak dpt inspirasi kak. Kalau akak tengok drama aku bukan ustazah tuu asik redho jer mmng kelaut kak. Makin down akak nanti. Nak kuat nie kena ada sumber. Tak yah pun preggy anak dia. Sakit kak nak mengandung beranak. Tak berbaloi untuk lelaki mcm ni. U got to be strong PLEASE!!! Jangan laa biar diri kena buli

  2. Benda boleh angkat kaki kenapa perlu stay? Ko nak ke anak ko berbapakkan mcm tu? Tya diri ko tu. Xperlu tya org lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *