Assalamualaikum admin serta para followers IIUM Confessions..
Aku sebenarnya dah lama rasa sedih. Tapi aku tak tahu nak meluahkan pada siapa yang mampu memahami rasa sedih dan pilu ni. Jadi aku pilih untuk luahkan di sini sajalah. Harapan aku agar luahan aku akan admin approve. Maafkan aku juga andai cerita aku ni terlalu panjang buat kalian.
Aku seorang anak angkat dan selama 25 tahun aku hidup di dunia, aku tak pernah tahu hakikat tu. Bila aku diberitahu bahawa aku adalah seorang anak angkat aku bagaikan terkena tamparan yang hebat sekali. Aku terkedu. Kau bayangkan, aku adalah seorang yang sangat banyak bercakap. Tapi lebih kurang 2 minggu, aku jadi seorang yang sangat pendiam. Hanyut dalam kekecewaan, kesedihan dan kepiluan.
Kenapa? Kerana semua, SEMUA orang tahu akan perihal ini termasuk bakal suamiku serta bakal mertua. Tapi tidak aku. Aku rasa seperti setiap seorang yang aku sayangi dalam dunia ini telah menikam aku dari belakang.
Kau bayangkan jika ahli keluarga kau seramai katalah 32 orang, termasuk bakal suami kau, termasuk parents kau ambil pisau dan tikam pisau tu aatu persatu di belakang kau.. Begitulah perasaan aku waktu tu.
Tapi, tapi Allah itu Maha Besar. Dia akhirnya bukakan pintu hati aku untuk terima kenyataan ini dan buatkan aku rasa bersyukur. Bersyukur kerana aku dapat parents yang sangat menyayangi aku dan menatang aku bagai minyak yang penuh.
Aku ni anak manja. Semua aku nak, aku dapat. Macam2 parents aku sacrifice untuk aku even until today. Aku sayang parents aku sebab aku tak kenal parents lain. Aku tak ada parents lain. Merekalah ibu bapa aku dunia dan akhirat.
Tapi…
Beberapa tahun kebelakangan ini sejak aku mengetahui status aku ni, mulalah perangai ahli keluarga aku yang lain terserlah. Sebenarnya aku dah lama nampak perangai mereka tu. Mungkin juga ada kelebihan aku ini seorang “outsider”. So aku selalunya rasa seolah-olah aku ni bystander, duduk tepi, sometimes berserta dengan popcorn dan tonton segala drama dan kerenah mereka ni.
Until… until status aku kini kerap kali diungkit-ungkit.
Kalau dulu akulah family. Tapi sekarang aku masih family walaupun bukan sedarah sedaging. Yes, perkataan itu pernah ditujukan pada aku. Untuk apa tambah part “walaupun..” tu? Wallahua’lam, aku tak tahu niat dia. Allah saja yang tahu. Tapi, tipulah kalau aku tidak terguris. Habis, aku nak cakap apa lagi? Memang yang dikatakannya itu fakta.
Pernah, ketika arwah ayah aku baru lepas meninggal, salah seorang daripada makcik aku mengajak mak aku untuk duduk dengan dia sambil berkata yang mak aku kini sudah tiada siapa lagi. Habis aku ni apa? Tunggul?
Beberapa bulan lepas mak aku ada menyuarakan hasrat untuk berikan rumah teres kepunyaannya kepada aku. Keputusan mak aku itu dibantah habis-habisan oleh pakcik aku. Katanya “aku dan adik beradik lelaki kau yang lain masih hidup lagi. Lagipun si xxxxx tu anak angkat kau, mana layak dapat apa2 harta kau.”
Astaghfirullahalazim. Mak aku hidup lagi.. Dah berebut harta dia? Memang lah.. Aku rasa kalau aku ni anak kandung pun akan direbut juga harta daripada aku. Tak cukup dengan itu, ditambah lagi “aku bukan apa, aku takut si xxxxx tu nanti halau je kau keluar daripada rumah kau tu”
Kau rasa? Apa agaknya perasaan aku bila aku dengar apa yang dia cakap ni?
Kemudian aku dapat tahu lagi bahawa makcik-makcik aku yang lain juga membantah. Dan rata-rata yang aku dengar lebih kurang begitulah juga kata-kata yang disampaikan.
Jahat sangatkah aku sehingga keluarga aku sendiri menuduh aku bahawa aku akan halau mak aku.. Mak aku yang sambut kelahiran aku, yang jaga aku daripada hari pertama aku lahir sampai lah ke hari ini masih menjaga aku walaupun hanya dari jauh.. Mak aku yang aku tak pernah sekelumit pun rasa seperti mak angkat?
Apa dosa aku pada kalian? Seumur hidup aku hanya mahu diterima sebagai ahli keluarga yang “sah”. Dari kecil. Aku sayang kalian ikhlas dari hati. Kerana aku fikirkan kalianlah keluarga aku.
Aku tak faham dulu masa aku kecil kenapa aku selalu dipulaukan. Kenapa aku sentiasa dipinggirkan. Kenapa segala apa yang aku buat tidak pernah ada betulnya. Kenapa semua yang aku buat pasti salah, pasti tak cukup di mata mereka. Tapi akhirnya aku sedar kenapa.
Barulah aku faham kenapa kadangkala aku terasa seperti ingin lari jauh daripada keluarga aku (bukan parents aku ya). Aku ingin bawa mak aku pergi jauh daripada mereka. Sebab sebenarnya kata-kata mereka itu lebih banyak melukakan mak aku daripada aku.
Kini, aku lebih bahagia menjauhkan diri daripada keluarga aku. Kalau boleh, waktu raya pun aku tak nak bertemu dengan mereka. Kerana aku dah terlalu banyak terluka. Sejak kecil aku dilukai. Dan walaupun aku dah berkali-kali cuba move on, tapi tak mungkin aku mampu lupa. Budak kecil kan.. Apa-apa form of emotional and mental bully, kau ingat tak ada kesan jangka panjang ke?
Aku kini sedar, aku adalah seorang nobody dalam family ini. Seorang “ugly duckling”. I will never have a place here. Dan aku rasa kalau mak aku pergi tinggalkan aku satu hari nanti.. Aku akan kehilangan bukan sahaja seorang ibu. Tapi sebuah keluarga juga.
Aku akan jadi sebatang kara.
Doakanlah agar aku kuat dan tabah bila waktu itu tiba…
– The Ugly Duckling
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit