Aku Hasut Kawan Untuk Kahwin 3 II

Untuk part I, (https://iiumc.com/aku-hasut-kawan-untuk-kahwin-3/).

Confession aku sebelum ini kena kecaman yang hebat dan ramainya adalah dari kaum wanita, ada yang bertanya motif kenapa nak porak perandakan rumah orang.

Waktu itu aku pun remaja, umur bawah 18/19 bagi aku poligami adalah sesuatu yang bagus, ya memang sangat bagus dan aku tengok kawan tabligh aku ni ada ciri ciri seorang suami dan bapa yang baik.

Lagipun kakak aku masih single lagi, aku pun nak dia kahwin dengan suami yang baik. Sebab itu aku sedikit demi sedikit mengesyorkan dia untuk tambah ibadat kahwin berpoligami.

Kau ingat aku syorkan cewek indonesia atau cewek yang kelakuan tidak senonoh untuk kahwin dengan abang abang tabligh ni ke? Orang yang baik, aku syorkan kakak sendiri lah.

Persekitaran aku waktu itu pun ada orang tabligh yang nak kahwin berpoligami, siap isteri mereka dah setuju dan izinkan suami kahwin lain janji nafkah dan anak terjaga lah. (Isteri dia duduk rumah jaga anak tak bekerja pun)

Kenapa tak offer kakak kepada orang tabligh lagi satu ini? Sebabnya dia dah ada calon lain yang dah pun setuju nak jadi isteri kedua dia.

Dan mahu aku tambah, maksud aku porak peranda bukannya suami isteri gaduh besar. Sekadar merajuk manja gitu minta suami dia putuskan hubungan dengan aku.

Tak semua orang tabligh yang aku kenal mahu berpoligami, dalam ramai-ramai aku kenal 1 – 2 orang je. Yang lain cukuplah satu, sebab mereka memikirkan tugas untuk mendidik isteri dan anak kearah agama.

Nak cari duit untuk keluar 40 hari setiap tahun, kalau dua orang isteri lagi beban dan mungkin kerja dakwah mereka terhalang. Sebab itu ramainya aku kenal, mereka cuma ada satu isteri dan tak tambah pun.

Aku pernah tanya orang tabligh lain yang baik, jawapan mereka tahu apa?

“Cukuplah seorang, kalau aziz nak tahu abang tak sanggup kahwin dua lepas tengok isteri abang mengandung tempoh hari”

Dah kalau dia tak sanggup, sudah tentu lah aku dah tak push dia untuk kahwin berpoligami. Maksudnya dia tak ada jodohlah dengan family aku.

Mungkin akan ada yang komen, kesian kakak kau dapat adik macam kau nak poligamikan dia pada orang lain.

Korang sendiri selalu baca page IIUM Confession ni dan baca ramai lelaki yang kaki pukul. Sudah tentu aku sebagai adik nak kan suami yang bagus untuk kakak sendiri. Betul tak?

Dalam zahir dan selama aku berkenalan dengan mereka, aku nampak hubungan dia dengan anak dan ahli keluarga sangat baik. Sudah tentu aku berminat dengan orang seperti ini jadi abang ipar.

Now fast forward dah lebih 10 tahun, aku pun dah semakin matang. Baru lah aku faham kenapa abang abang tabligh ni tolak offer aku dulu.

Aku yang dulu minat berpoligami sekarang pun dah tak minat berpoligami, cukuplah satu sahaja. Walaupun aku belum berkahwin.

Dalam doa aku pun, aku tak ada tambah “Ya Allah berilah aku kahwin 4, tidak aku tak doa macam ni. Tapi aku doa ya Allah berilah isteri yang jaga solat, jaga aurat dan jaga mulut dari melakukan dosa”

Macam aku sendiri, aku banyak tengok youtube dan confession orang yang isteri menjadi tak betul selepas suami kahwin dua, ada yang paling teruk sampai jadi giler dan main bomoh dan santau.

Bagi aku sebagai lelaki sendiri, kau nak kahwin berpoligami itu hak kau tapi tengok lah dulu keadaan isteri kau.

Kalau dia sampai boleh jadi giler dan main bomoh, maka elakkan lah. Tapi kalau isteri kau ok, siap beri izin untuk kahwin dua, maka ok lah teruskanlah.

Macam aku cakap sebelum ni aku minat perempuan macam nita, sebab aku minat dia jaga bob dan keluarga sangat elok. Dia minta bob setia sahaja dan jangan jadi over good looking, itu lah ciri idaman yang aku nak.

Selain itu aku minat perempuan free hair, sebab nya aku nak didik dia jaga solat, tutup aurat, hidup dalam suasana agama.

Aku tengok youtube ada seorang perempuan ni dia suka sangat dengan keluarga tunang dia sebabnya, dia dulu free hair dan tak jaga solat. Berubah selepas kenal lelaki ini, dari tayang rambut kepada bertudung, dari tinggal solat kepada jaga solat.

Aku minat nak jadi lelaki macam inilah dan sekali lagi aku ulang, aku dah tak galakkan kawan tabligh berpoligami dan aku sendiri pun tak ada niat untuk berpoligami.

Ada satu lagi cerita aku nak share, dulu pernah aku keluar tabligh 40 hari.

Seorang pakcik ni sekarang dah meninggal. Dia maklumkan dia dulu orang berjawatan, isteri dia cantik tapi tak berduit dan bekerja di company sama.

Sedikit background isteri dia, isteri dia dari sekolah agama, tapi kerana masalah hidup tudung yang labuh telah tanggal menjadi free hair.

Waktu dia kahwin, dalam hati dia menganggap perempuan ni kahwin dengan aku sebab duitlah.

Tapi bila dia jatuh dari kerjaya dia sebab ditimpa penyakit, isteri dia yang dia anggap buruk sanggup berniaga di jalan untuk sara diri dia dan suami dia sekali.

Orang tua ni, waktu dia berubah dan mula ikut tabligh. Isteri dia suka giler, bila dah azan je terus isteri dia ingatkan.

“Abang, dah masuk waktu solat. Tak pergi masjid ke?”

Ini baru satu, ada satu lagi kisah ni terjadi pada aku.

Aku pernah nampak perempuan rambut dicolourkan free hair datang masjid dan tunaikan solat.

Sebab itu aku minat nak kahwin dengan perempuan sebegini, sebab nak berikan dia bimbingan dan sokongan untuk jaga agama Allah.

Tapi jodoh aku belum jumpa jadi aku doa dan ubah diri menjadi lebih baik. Sekian.

– Aziz (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Sia2 masuk tabligh tapi x jaga pandangan, suka tengok perempuan free hair.
    Perempuan kalau nak berubah, tak perlukan suami pun, ustazah kt luar berlambak boleh ajar.

    Nanti kalau da kawen, bini kau tetap nak free hair, silakanlah guna kuasa veto ” syurga di tapak kaki suami” tu untuk kau tinggalkan bini kau dan poligami.
    Yelah kan, kau mesti nak salahkan bini kau kalau anak kau nanti x nak pakai tudung.

  2. Niat tu dah ok bang, tp apa kata abg cari mualaf2 baru yg masuk islam dan bimbing mereka.. sy dgr diorg ni pun kesian sbb dibuang keluarga, ic pun kena ambik tau sbb masuk islam.. lg 1 org kampung sy ni pmpn muda suka kaler rambut walau pki tudung sbb beruban..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *