Aku Hidup Tertekan

Aku berusia awal 40an. Aku anak tunggal. Aku dah berkahwin dan ada anak 3. Aku dalam prosess penceraian. Sebab covid ni kes fasakh aku tertangguh. Aku tidak bekerja dan hanya buat dropship.

Dulu aku bekerja tapi aku resign sebab suami suruh aku balik kampung jaga ayah aku yang kena stroke. Aku dah 8 tahun resign. Sebab aku tak ada adik beradik, kena lah aku sorang yang hadap tanggungjawab tu.

Mulanya aku bantah sebab aku dah biasa pegang duit sendiri dan kelengkapan anak-anak guna duit gaji aku dan juga aku tak mahu ada isu antara aku dan mak aku kelak.

Ok. Aku ni sebenarnya dipelihara oleh datuk dan nenek aku sejak aku lahir sampai aku usia 19 tahun. Lepas nenek meninggal baru aku tinggal dengan emak aku. Jadi hubungan aku dengan emak tak rapat macam orang lain. Aku tak pernah bermesra dengan mak.

Antara aku dengan macam ada gap. Aku nak apa-apa pun minta dengan atuk dan nenek atau aku pendamkan. Kalo aku cakap, aku mesti kena marah dengan mak. By the way parent aku pernah bercerai masa aku umur 4 tahun dan mereka rujuk kembali masa aku spm.

Back to the story, lepas aku resign, aku balik kampung dengan anak-anak dan startlah tugas aku jaga ayah. Mak aku tak larat nak buat sorang-sorang. Beberapa bulan lepas aku resign suami pula resign. Dia gaduh dengan bos dia. Sebab apa, aku tak pasti.

Dia pun balik kampung, konon nak jadi petani moden tapi apa pun tak jadi. Aku pula yang kena ikut dia pergi kebun, tebas sana sini, cangkul tanah dan lain-lain.

Aku penat. Mana nak settle anak, mana nak jaga ayah, mana nak buat keje rumah. Tanah tu pula bukan tanah aku atau mak aku.

Tanah tu pakcik aku punya tapi dia tak kisah asalkan aku tak buat rosak. Pendek cerita, kebun tak menjadi. Sikap dia lepas tangan dan malas jadi puncanya. Kemudian dia kerja di car wash.

Kerja situ gaji ciput. Suami ada buat loan rumah dan kereta. Tak cukup untuk aku dan anak-anak. Nasib baiklah rumah yang dia beli , disewakan pada orang.

Jadi lega sikitlah aku ada duit buat belanja dapur dan anak-anak. Sewa 850 sebulan, mula-mula penyewa bayar ok lepas tu mulalah buat hal. Suami keluarkan epf dia bayar loan rumah dan gaji dia bayar loan kereta. Untuk itu dah settle.

Sambil aku jaga ayah, aku trylah buat kek, kuih untuk bisnes. Tapi mak aku tak suka. Dapur dia kotor atau penuh dengan barangan aku.

Pendek cerita dia tak suka aku buat masak-masak kat dapur dia. Masak-masak untuk makan sendiri tak apa, tapi untuk aku buat bisnes dia tak suka.

Macam mana nak cakap ye,bukan maksudnya lepas guna aku tak kemas atau lap segala-galanya tapi dia tak suka tengok kawasan dapur sentiasa digunakan. Macam tu kot.aku tak pandai nak explain.

Dah jadi macam tu aku mati kutu, tak tahu nak buat apa untuk tambah pendapatan. Aku try pula jahit manik dan sulaman tangan, tak dapat sambutan. Nak kerja makan gaji macam mana pula dengan ayah aku. Siapa nak angkat dia dan anak aku pula siapa nak jaga.

Berapa lama kemudian aku jumpa satu peluang jadi ejen dropship. Aku try buat. Oklah ada sambutan jual tudung dan pakaian. Dapatlah beberapa puluh ringgit sebulan. Dengan line phone kat kampung aku yang kejap ada kejap tak ada, aku buatlah kerja tu.

Keadaan ayah aku makin teruk. Dia tak boleh bising sikit, dia marah. Ialah anak aku umur 8-2 tahun, sedang aktif bermain dan bergurau.

Anak aku plak suka explore. Anak bergurau sikit terjerit pun dia komplen. Aku stress. Anak buat silap sikit mak aku dan marah. Masa tu hanya Tuhan yang tahu apa yang aku rasa.

Suami tak membantu. Aku dan dia selalu gaduh. Ayah dan mak banyak bergantung pada aku, tapi dia macam tak faham.

Bila dia bawa aku balik jumpa family dia mak aku masam muka. Dah tu balik lama dan sampai rumah lewat malam. Esok anak nak sekolah. Bila mak tegur, mak kena marah dengan suami aku balik.

2017 ayah aku meninggal. 5 hari lepas arwah pergi, suami kena buang keje sebab dah lama tak datang kerja. Bab ini aku tak campur, itu urusan dia dengan majikan dia.

Yang saya ingat saya bagitahu dia cara keje ofis berbeza dengan kerja buruh. (Suami saya ni sebelum resign dia kerja ofis pegang pen,komputer semua)

Ingat bila arwah dah tak ada, saya boleh kembali ke KL dan kerja semula,tapi tidak juga. Mak pula tinggal sorang dan tak sihat. Sebulan lepas arwah ayah pergi,suami dapat kerja di KL. So startlah saya pjj.

Kemudian datang ujian. Penyewa rumah buat hal. Suami ambil kata putus untuk tidak sambung kontrak. Rumah rosak teruk. Duit deposit tak boleh cover. Bil api air tertunggak.

Aku boleh jumpa tikus sebesar dan semontel anak kucing. Memang jahanam rumah. Pengotor. Bila dah tak ada orang sewa, masalah duit lah untuk aku dan anak-anak.

Masa ni, aku baru start buat dropship yang baru. Yang sebelum ni dah tak ada, sebab phone aku rosak jadi aku pakai phone lama yang tiada internet. Hanya boleh sms dan call aje. Kemudian beberapa minggu sebelum ayah meninggal suami bagi phone secondhand yang kawan dia punya.

Dalam 2 tahun aku tak ada wasap,telegram atau apa sahaja. Bila suami dah start keje KL dia mampu bagi aku 250 sebulan untuk aku dan anak-anak. Cukup tak cukup belakang kira. Aku ligat main facebook try buat bisnes.

Tak lama kemudian aku dapat penyewa baru. Orangnya baik. Tapi suami aku pula ambil kesempatan. Duit deposit dia ambil untuk repair rumah dan bayar bil tertunggak penyewa lama. Aku minta suami cari pemyewa lama untuk minta duit bil tapi suami aku tak nak. Dia suruh aku yang buat.

Aku usaha jejak penyewa lama nak buat tuntutan. Tak dapat. Call memang tak berangkat. Nak guna mahkamah tapi alamat terkini tiada.

Suami suruh saya pula turun KL jejaki dia pula. Saya gaduh dengan dia. Dia ungkit macam-macam. Saya sedih. Saya dah start tawar hati dengan dia. Sebelum ni macam-macam urusan saya tolong dia buat. Tinggal anak dengan mak di kampung.

Dengan penyewa baru, ni lega sikitlah dia bayar rumah ontime. Tapi duit sewa rumah saya tak boleh guna untuk keperluan, duit tu nak bayar loan rumah. Entah macam mana saya silap buat agrement dengan penyewa ni, maka dia bayar sewa pada tengah bulan. Saya lupa kenapa.

Anak-anak semua dah sekolah,masalah duit timbul dengan catuan nafkah dari suami. Saya nak kerja dipasar raya di tempat saya. Mak tak bagi. Dia tak nak jaga anak saya. Dia selalu cakap anak saya tak macam anak orang lain. Anak saya malas,anak saya jahat dan macam-macam lagi.

Tempat saya ni peluang kerja terhad, keje cashier dan pembantu jualan banyaklah. Kalo kena balik malam, bas dah tak ada. Masalah juga bagi saya. Di samping tu juga mak tak berapa sihat.

Lupa nak cakap, masa saya jaga arwah ayah dulu, saya juga jaga mak sedara yang tinggal tak jauh dari rumah saya. Mereka berdua warga emas tiada anak. Jadi sayalah yang jaga kemas rumah mereka dan beli barang keperluan mereka. Dapatlah sepuluh dua puluh ringgit.

Dengan duit itu campur dengan duit saya jual barang, ambil upah tolong sana sini, dapatlah duit saku untuk saya beli makanan dan pasir kucing saya serta barangan peribadi saya. Ini bukan duit suami. Sebab apa saya mention, sebab suami ungkit.

Sebelum covid saya dan suami perang besar. Dia tuduh saya curi duit dia untuk beli barang kucing dan kenapa tak bagi duit pada mak saya.

Untuk pengetahuan semua 2019 anak saya kena warded kes denggi. Saya jaga kat wad dan tak balik rumah. Kenapa tak balik sekejap? Saya tak ada transport.

Saya guna bas.susah nak ulang alik. Saya minta tolong dengan anak yang di rumah tolong bagi kucing makan dan tukar pasir pee and poo kucing.

Tapi anak buat tak kemas. Suami marah.Yang dia tu anak masuk wad tapi dia biarkan saya di wad dan dia bawa anak pergi negeri lain (ponteng sekolah) atas urusan peribadi.

Apply cuti sebab anak masuk wad tapi pergi tempat lain. Kedua, saya keguguran selepas 2 bulan anak keluar dari wad. Dia balik sekejap jumpa saya sebelum dnc.

Masa ni dia buang kucing saya. Saya marah sangat. Kata anak saya kucing tu pergi berak dekat selipar dia. 4 ekor dia buang termasuk yang dalam sangkar.

Memang saya maki dia. Kemudian dia balik KL tanpa melawat saya kat wad yang sedang buat dnc. Mak saya dengan mak sedara yang saya juga tu datang ke hospital tempat saya buat dnc.

Hospital ni bukan hospital daerah tempat saya tinggal tapi daerah sebelahnya. Sejam lebih berkereta untuk ke situ. Segala urusan saya buat sendiri.

Masa saya berpantang dia tak balik. Mak saya marah. Semua orang marah. Dia buat tak kisah.saya masa tu dah tak ada rasa dengan dia.

Saya stress. 3 bulan lepas tu baru dia muncul macam tak ada apa-apa.

Dia gaduh dengan mak saya. Macam-macam benda mak saya ungkit. Dia tuduh saya curi duit dia beli baju, beli barang kucing. Dia tarik kain baju saya dari rak kata saya beli baju mewah. Bertahun saya tak beli pakaian. Baju yang dia kata tu baju sedekah dari orang. Tapi dia tak percaya.

Dia bagi 400 sebulan. Dengan 400 tu saya bayar transportion anak sekolah, makan minum anak,belanja anak. Macam mana saya nak bagi mak duit. Untuk belanja kucing saya guna duit jualan saya serta duit saya kerja tolong orang.

Saya tension. Saya nak kerja tak dapat. Anak saya pula jenis kanak-kanak yang lambat belajar. Saya kena bagi latihan lebih untuk mereka faham. Anak orang pandai tapi anak saya tidak.

Mak selalu marah dan bandingkan mereka dengan sepupu saya yang jadi doktor. Ada satu malam tu suami pukul saya lagi sebelum dia balik KL.

Dia tuduh saya ajar anak perempuan saya jadi derhaka. Saya suruh anak solat sebab dah masuk waktu. Masa tu dia keluar dengan anak lelaki saya. Dan saya tak tahu dia nak solat jemaah marghib dengan anak. Dia sampai rumah pun dah dekat jam 8 malam. Esok saya buat police report.

Saya pergi mahkamah syariah buat tuntutan penceraian. Dia tak datang dan tuntutan itu tak dapat diteruskan sebab pkp. Kemudian dapat diteruskan dia tak datang juga.

Masa tu dia dah tak balik lagi ke rumah mak saya. Sejak saya gaduh dengan dia, dia dah tak bagi nafkah sampai lah ke saat saya menulis ini.

Hujung 2020 dia balik jumpa anak. Dia tuduh saya ada lelaki lain. Dia ugut saya untuk ambil anak jika saya teruskan permohonan cerai.

Saya tak peduli. Saya teruskan pula dengan fasakh. Saya dah tak boleh lagi untuk bersama dengan dia. Saya jadi trauma lepas dia pukul saya. 14 tahun kawin 4 kali dia pukul saya.

Perkataan bodoh tu kerap kali dia cakap pada saya.Dia tuduh saya nak gugurkan anaklah. Dia hina fizikal saya. Dia kata saya bodoh. Hampir setiap malam saya mimpi dia pukul dan maki saya.

Pkp 1.0 saya hilang kerja. Lepas saya keguguran saya kerja jadi pembantu tabika transit dekat dengan rumah saya. Saya kerja petang. Masa saya kerja anak saya tak lekat di rumah.

Mak saya marah saya kata saya tak pandai didik anak. Anak keluar rumah diam-diam masa dia duduk dalam bilik.

Saya marah dan pukul anak. Saya sempat kerja 3 bulan sahaja. Gaji 500. Pkp dah tak boleh kerja. Drophsip pun tak laku. Saya pinjam duit kawan 1k. Saya terdesak sangat masa tu. Suami tak bagi duit.

Pdpr mencabar. Saya jadi stress dengan kerja tak ada. Mak dok perli. Bila dah start sekolah, saya sambung kerja semula. Hutang tak dapat nak bayar masa ni gaji dapat 300 je budak dah ramai tak hantar.

Daripada 12 dah tinggal 5 orang. Lepas pkp 2.0 budak tinggal 3 orang jadi saya dah tak boleh lagi kerja situ kerana nak bayar gaji tak cukup. Gaji saya dibayar berdasarkan bilangan kanak-kanak.

Saya tak ada kerja. Duit simpanan dah tak ada. Jual barang kat shopee tak berjaya. Mak saya makin cerewet. Saya tertekan. Dah banyak kali saya terbayang saya gantung diri saya sendiri. Saya tak tahu nak buat apa. Nak kerja ,mak tak sihat.

Buat dropship tak laku. Anak perlu makan,pakai. Saya buntu. Kes fasakh tak settle. Lepas lengkap vaksin saya jadi cepat semput, rasa nak pitam dan jantung berdegup laju bila saya banyak buat kerja rumah.

Semua keburukkan suami mak ungkit depan anak-anak. Anak yang sulung suami dah ambil. Tinggal sorang diri malam-malam kat rumah di selangor bila suami keje shift malam. Saya risau dan susah nak tidur bila terkenangkan anak sulong.

Mak kerap maki saya, anak-anak dan diri dia sendiri yang kerap pening dan asyik nak tidur. Saya kesian pada mak. Saya masak mak tak suka. Masinlah, tawarlah, keraslah, lembiklah. Saya tak tahu sampai mana saya nak bertahan.

Nak pindah dari sini, saya tak ada duit dan kerja. Nak balik Shah Alam, keje kilang, mak tak nak jaga anak saya buat sementara waktu. Mak suruh saya bagi anak-anak pada suami. Saya tak sanggup. Saya tahu suami tu punya perangai.

Sampai saya mati memang saya tak dapat jumpa anak anak saya jika saya serahkan pada dia. Macam anak sulung tu. Saya wasap tak balas.

Call tak angkat. Saya tahu pasal dia jika dia wasap adiknya. Saya tension.

Apa yang saya buat semua tak kena. Saya penat. Usia 43 tahun ni buat saya tak happy. Kerap rasa nak bunuh diri. Maaf celoteh saya panjang.

Apa perlu saya buat?

– Rina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *