Assalamualaikum, aku nak ucapkan terima kasih kalau admin publish cerita ni. Kalau tak publish pun, at least aku rasa terubat sikit la sebab dapat kongsi kisah ni.
Assalamualaikum semua. Nama aku N. Umur 20+ dan sedang menuntut di satu uni terkemuka dekat tanah air. Oh, aku nak mewakili semua geng2 hiperhidrosis sedunia tak kiralah lelaki dan perempuan sebab majority kami menghadapi perkara yang sama. Kami berkongsi nasib yang sama.
Ye, aku nak share something ni, dengan harapan kalau cerita ni dipublish, aku akan dapat semangat baru dari komentar melalui confession ni, mana la tau geng geng hiperhidrosis boleh buat reunion dekat ruang komen ni hahahaha kalau korang tak malu la. Hehe. Ok back to topic, aku Hiperhidrosis, maksudnya orang yang kuat berpeluh. Tapi aku ni dalam kelompok yang abnormal dan hiper. Kenapa abnormal? Ye la biasa orang berpeluh sebab panas, tapi kami ni tak kira waktu. Hatta duk dalam aircond pun peluh macam orang balik marathon.
Aku tak tahan pakai skincare banyak2 kalau calit pun sikit je, sbab muka aku berpeluh nanti. Yang perempuan apatah lagi nak makeup, foundation tu la halangan terbesar kan hahahaha. Kat sini aku tak nak cerita pasal peluh kat muka dan ketiak sebab tu normal je (walaupun geng kami ni banyak gak berpeluh kat zon2 tu), aku nak cerita pasal dilema aku dan geng2 aku dekat dua zon yang orang akan expect ‘how these two parts be sweat? Unbelievable’ haha poyo je.. Maksud aku, orang normal akan pelik la kalau ada peluh kat tempat ni.
Ok, Paling ketara dan menyesakkan mestilah area tapak tangan dengan tapak kaki. Stress nya memang tak boleh bincang, sebab peluh dua part ni lelagi tangan akan effect fisikal dengan mental sekali.
Fisikal macam susah nak menulis pegang pensel or pen bila peluh datang, kertas cepat koyak or jadi belacan (sorry xdapat nak recall vocab huhu), kalau nak naik bas, atau ktm@lrt, aku akan berebut utk dapat seat sebab kalau tak dapat seat, aku kena berpaut pada tiang tren@bas, aku tak suka kalau tak dapat tiang, maksudnya kena genggam kat handle yang kat atas tu, ye la time tu la tangan nak berpeluh, ketiak pun peluh risau weh kalau menitik, jatuh saham aku hahahah..
Lagi satu, aku tak suka present atau bagi talk pakai microphone sebab aku takut akan lembab mic tu. Kalau aku tau hari tu aku kena pegang mic, aku akan pakai baju yang sleeve dia menggelebeh sikit, sbab nak balut mic tu. Ye lah, kang terkena air mic tu, naya aku kena shot letrik haha.. Pastu, aku akan hadapi masalah nak pegang barang2 bila tangan berpeluh ni, takut terslip, terjatuh, hmmm macam2 lagi lah.. Phone aku ada function fingerprint detection tapi kalau dah berair tu, hmm mmg redho lah unlock pakai pattern..
Ok kalau psychology pulak, ofkos kelompok kami2 ni ada low self esteem, tend to be introvert, sometimes jadi sombong tapi sebenarnya bukan niat kami(hanya bila tangan berpeluh k) i told u just ‘hanya bila’ tangan berpeluh. Sebab kami ofkos la excited nak bergaul dengan tanpa rasa bimbang dgn yang lain cumanya batasan ini jadikan kami rasa rendah weh.
Seriously, dari zaman sekolah, aku tak suka acara bersalam salaman beramai ramai sbb tangan aku kan basah, camne la orang anggap aku ni mesti pengotor dan jijik. Contoh : murid akan beratur panjang2 nak salam cikgu time sambutan hari raya, time tu aku akan buat2 sakit perut and lari ke toilet, sbb aku malu nak bersentuhan kulit dengan cikgu dan kawan2. Luar sekolah pulak, samalah aku akan segan nak salam orang2 yang aku jumpa kalau time tu tangan aku basah.
Aku bukan nak sombong, tapi kalau masa tu tangan aku tak basah, aku la insan paling kedepan salam semua orang, siap peluk2 lagi. Pastu, aku pun dah lali kena bebel dengan pekerja kaunter dari banks, kaunter ofis yang memerlukan aku untuk scan cap jari…
Kekadang aku kena marah mcm aku ni buat jenayah tanpa aku tau sebab apa.. Oh..Tangan aku berpeluh rupanya, dan staf2 camni akan ada kena buat kerja lebih untuk deal golongan cam aku ni, biasanya case macam aku ni akan conquer kaunter tu lama sangat, sampai kaunter sebelah aku berapa kali dah bertukar customer. Customer2 pun duk pandang aku macam aku ni makhluk asing. Hahaha biasala case rare kan..
Aku pernah stuck dekat bank, aku datang pukul 3petang, dan aku settle time semua customer dah balik, pintu bank dah kunci, yang tinggal just mak aku sbb dia datang teman, pak guard dan staf bank, haa pastu aku keluar ikut pintu kecik utk staf. Hahaha gila weh lama betul aku tercongok kat bank. alhamdulillah aku ada jumpa staf yang baik, yg layan aku chill je, tapi ada jugak staf yg marah2 aku smpai orang2 lain kat bank or ofis tu dengar. Malu weh..
Aku tak buat salah pun. Tapi sebenarnya sebelum aku pergi tempat2 berkaunter ni, dari rumah lagi aku dah get ready dah mental dan fizikal untuk deal dengan staf2 yg cerewet hahaha..ye lah dah biasa kan… Lagi aku nak cerita, geng macam kami ni, cerewet sikit pilih kasut, kena concern part kasut tu tak boleh la over fabrik, sbb takut kalau over sweat, hambik kau kasut tu naik bau weh, ye lah fabrik kan serap air, pastu terkepam time pakai tu lagi2 kasut bertutup. Selipar pun sama jugak, aku takkan beli kasut warna cerah2 sbb takut time cabut kasut tu, nmpak kesan air. Hahaha tu lah, orang kuat peluh ni banyak concern dan risaunya sebelum, semasa, dan selepas kejadian. Hahaha..
Ada orang kata, just live the way you are, Allah bagi ujian ni sebab dia sayang, dan itu yang menjadikan kita unik dan istimewa. Tak perlu ubah ciptaan asli. Hmm senanglah cakap, cuba duduk kat tempat aku ni rasa sehari je apa yang kami rasa. Tangan meleleh sana sini, takut nak terpegang orang, takut nak pegangkan barang orang, takut dengan cemuhan orang, takut ada orang yang tak selesa dengan kita. Banyak lagi takutsss kat sini nak cerita maybe kena tambah lagi sekarangan lah huhu
Aku ada plan nak jumpa doctor sebab plan nak buat operation tapi sampai kesudah tak pergi2 haha.. Hmm aku risau dengan kos rawatan nya lagi. Alternatif lain, aku ada beli losyen utk kes ni, brand Perspirex tapi setakat ni belum fully hilang lagi peluhnya, hujung2 jari aku still lagi berpeluh jugak even aku ada lebihkan losyen nya area situ, sometimes aku rasa pelik pulak sebab terlampau kering kat area perut tapak tangan sampai rasa gatal2 hahaha ye la dah biasa rasa lembap.. Hihi.. dan aku kena konsisten pakai sebab dia bukan permanent result macam operation.
Dan walaupun tak fully hilang, tapi at least aku rasa ada perubahan la sikit dalam kehidupan seharian aku. Seronok dapat menulis dengan lebih yakin hahaha. Dan boleh ber ‘yow! Whatsup what up!’ dengan member sebab tangan dah tak basah. Tapi surely, aku tetap nak usahakan jalani operation. Kalian tolong la doakan aku berjaya sembuh dari penyakit ini. Aku ni bakal lawyer inshaaAllah, aku akan berjumpa macam2 jenis manusia bila aku masuk alam pekerjaan nanti.
Terima kasih kepada yang sudi baca. Kepada geng hiperhidrosis, ketahuilah kita semua tak keseorangan, aku harap kita semua akan sembuh jadi normal dan jangan lah nak over antisocial sampai orang cop kita sombong pulak ok?
Psst : aku kalau boleh nak tengok geng2 hiperhidrosis buat reunion rombongan cik kiah kat komen bawah, tapi aku faham, bukan taknak sporting, tapi mestila malu kan nak ngaku diri kita ni orang kuat peluh. Sokay lah, aku share ni pun dah rasa happy sikit. Adios…
– N
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit