Aku graduated tahun 2002 di UKM.3 tahun lepas grad-bertemu jodoh & berkahwin.Hidup sedikit up & down awal2 perkahwinan,masih struggle cari keja-dah macam2 keja buat smplah jupe satu post keja permanent dgn GLC.Gaji boleh tahan,alhamdulillah.Rezeki pas kawin.
Aku mula lupa diri,apply kad kredit, apply personal loan-pendek kata kad kredit aje ada 3.Personal loan ada 2.Total hutang sahaja ada dalam 30k.Memang tak banyak mana tapi installment aje dekat 1300+.3 tahun pertama memang payment sangat cantik.Tapi bila melahirkan anak yang kedua,dan ada masalah kesihatan.Taraf ekonomi aku turut merudum,sebab duit banyak dihabiskan utk kos perubatan,supplement dan jugak kos fisioterapi.
Aku mula sangkut payment bulanan dengan bank,masa tu nak jawab telefon pun takut sebab collector bank telefon.Tak cukup collector bank,agensi luar pun telefon-bagitau kalo tak dapat bayar,harta akan disita,tindakan mahkamah akan menyusul bla..bla..bla..Seriau beb!Belum lagi bab yang field visit sampai ke rumah,ke pejabat.
Aku memang dihujung jalan buntu.Dan aku terjumpa artikel berkenaan AKPK.AKPK ni memang end road lah utk orang yang rasa tak boleh nak commit payment dengan bank walaupun bank bagi restructure semula sebab AKPK nih akan bantu kita struktur semula semua hutang yang ada & berbincang tentang bajet yang kita mampu utk settle semua hutang kita tu.Macam kes aku,aku mampu buat bayaran bulanan sebanyak RM550 sebulan & bila AKPK kira2 semua hutang2 aku-i/allah boleh settle dalam 5 tahun.
Aku berani pergi AKPK sebab aku & suami dah beli kereta & kami masing2 dah ada rumah.Satu yang kami tinggal dan satu lagi kami sewakan.Sebab banyak sgt cerita yang aku dengar,kalo ko under AKPK automatik nama ko blacklist utk buat pinjaman.2x aje aku ke AKPK,terus permohonan aku diluluskan.
So ini tahun ke-4 aku & AKPK.Aku tak pernah culas buat bayaran,dan tak sabar nak habiskan bayaran setahun lagi.
Baru2 ni sebelum raya aku cuba untuk buat pinjaman kereta MPV utk keluarga setelah ahli keluarga bertambah.Aku jual salah satu kereta yang aku ada utk downpayment.Magiknya,loan aku lepas.Walaupun nama aku under AKPK.Kerana payment record cantik dgn AKPK.
So tujuan confession aku ni,kalo korang ada masalah pengurusan hutang macam aku ni,jangan takut approach AKPK.Hidup pun tenang aje sekarang.Jadikan kisah ini sebagai sempadan utk kamu2 yang baru grad tu..Jangan nak enjoy sgt macam aku dulu.Lesson learnt ok!
Sekarang hidup aku betul2 mudah,aku tak susah hati kalo en posmen dtg hantar surat.Hidup aku xde hutang merepek lagi.Yang ada hutang keta MPV ni-akan settle 6 tahun +lagi.Hutang rumah pun tak risau sgt sebab rumah aku -yang tukang cover hutang si penyewa.Setakat maintenance adalah sikit2.Hutang Akpk ada 9 bulan lagiler nak settle.
Dalam wallet pun xde kad kredit dah-yang banyak kad debit,aku mula jadi orang yang lebih alert tentang kewangan.Beli apa yang perlu & pastikan ada tunai.Nak beli yang mahal2,aku masih guna sistem main kutu.Ituler cara aku menyimpan & sekarang misi simpan emas 1g sebulan.Dan jangan lupa bersedekah,sebab sedekah itu jalan kepada membuka 1000 pintu rezeki.Nak melancong-aku kena plan setahun awal.Dan still guna sistem sampul surat.q
Banyak cara nak menyimpan cuma aku aje yang tak tau dulu.Asik pikir nak peghabis duit aje.
Ok thats all sahaja yang aku nak share.Yang buruk jadikan sempadan & yang baik jadikan tauladan.
– Melissa
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit