Aku Ikhlas

Assalamualaikum semua. Terima kasih kepada admin jika sudi siarkan coretan aku yang tak seberapa ni. Jam sekarang menunjukkan pukul 12.23am, yang mana sepatutnya aku sudah tidur dibuai mimpi ketika ini.

Tapi kali ni liat pula mata ni nak lelap, padahal esok pagi aku perlu bagun pagi untuk pergi kerja, huhu. Berkenaan dengan tajuk diatas, aku bukan nak cerita tentang kisah rumah tangga atau kisah percintaan. Tapi aku nak cerita tentang diri aku.

Aku Dee, berumur 21 tahun. Aku lepasan spm je dengan keputusan agak tak memuaskan. Tidak melanjutkan pelajaran atas sebab-sebab tertentu. Dan sekarang aku merupakan seorang kerani di syarikat kecil. Ni serba sedikit mengenai diri aku.

Aku bergaji RM1200+150 (allowance) tolak kwsp + perkeso, dapatlah RM1200- . Kadang kalau ambil cuti dapat kurang laa dari ini. Tiap bulan aku ada komitmen aku untuk keluarga.

Since keluarga masih menyewa rumah, kami adik beradik berkongsi bayar sama-sama. Bulanan rumah RM600 sebulan. Aku akan beri sebanyak RM150 setiap sebulan. Kakak aku juga akan memberi RM150, abang RM200 dan mak aku juga share RM100.

Semalam 4/8 aku terima gaji sebanyak RM1150. RM150 sudah aku beri untuk bayar sewa rumah. Kebiasaan kami adik beradik akan share-share bayar duit sewa rumah ni. Aku akan cerita part aku sahaja ya…. Tiap kali gaji aku akan bawa mak, kakak dan adik untuk membeli barang dapur.

Setiap bulan aku spend RM300 untuk barang dapur. Sabun badan, sabun cuci kain, sabun pinggan, beras, makanan jajan, semua lah. Ini memang aku jaga, dan aku memang limitkan barangan dapur tak lebih dari RM350. RM350 ni dah paling maksimum lah. Bagi sesetengah orang RM300 ni mungkin murah, tak banyak barang boleh beli, mungkin ada yang spend lebih lagi dari ini.

Tapi bagi sesetengah orang pula RM300 terlampau mahal, dan mungkin beranggapan aku boleh cut benda-benda yang tak penting. Tapi pada aku sendiri RM300 tu diparas sedang-sedang. Dan aku masih mampu lagi. Ok sekarang total komitmen aku RM150+300= RM450

Aku juga baru 6 bulan buat pinjaman kenderaan. Aku ikat 2 tahun. RM225x24m. Dulu sebelum aku beli motor ni, boleh kata duit gaji tu ada balance juga lahh. Tapi dah buat loan motor, nak simpan pun tak dapat, hehe.

Tiap bulan aku perlu bayar RM225. Motor merupakan keperluan untuk aku, aku bukan beli motor mahal-mahal pun. Aku cuma beli motor honda wave alpha dengan deposit RM700 (duitbonustahunbarucinahehe) motor ni guna untuk pergi dan balik kerja. So total komitmen aku 150+300+225 = 675

Tiap bulan aku akan beri mak dan ayah aku RM50 setiap seorang. Jumlah memang Agak kecil, aku bagi sebanyak ini sebab ini sahaja aku termampu. Kadang bila hulur 50 mereka senyum dan ucap terima kasih dan terselit gelak tawa dihujungnya.

Mak dan ayah aku tak pernah kata “ini je?? ” diorang appreciate setiap apa yang kami adik beradik bagi. Alhamdulillah. So total komitmen aku 150+300+225+100 = 775

Ohh yaa, aku juga bayar bill air rumah kami. Sebulan dalam RM20-25. So total 150+300+225+100+20 = 800

Tapi untuk 2 bulan lepas aku dah silap langkah. Aku terjoin main duit kutu selama 10 bulan. Sebulan RM100, tak fikir panjang dan sekarang aku menyesal. Sebab duit belanja aku terpaksa aku potong. Huhu. Part paling sadis dapat turn last sekali. Jangkaan bulan 5 tahun depan. Huhu. So total aku 800+100 = 900

So ini jelah komitmen aku sebulan. Perjalan aku ke tempat kerja mengambil masa 10 minit je, aku hanya pakai motor untuk bergerak kemana-mana. Bila time rehat aku balik rumah makan dan rehat, kadang mak belanja nasi bungkus. Kalau mak tak ada aku makan nasi dengan telur pun ok asal ada makanan.

Untuk makanan aku 100% bergantung dengan mak aku, since mak aku dia kerja sebagai tukang masak untuk orang meniaga nasi lemak. Mak pula guna duit jualan kuih untuk masak hari-hari, dan buat rolling modal jual kuih esok. Ayah aku pulak memang dah tak kerja (buruh kasar) dia dah masuk 60an. So dia duduk rumah sahaja.

Aku tiap bulan kalau gaji akan belanja keluarga aku makan. Time gaji ni laa dapat makan sedap sikit, nak makan kfc ke western ke aku ok je. Awal bulan je dapat makan, kalau nak makan juga kena tunggu bulan depan lagi satu lah ya. Huhu.

Aku akan spend around 60-70 duit belanja family aku makan… Mesti korang tertanya-tanya bill api siapa pula bayar. Ok ni aku cerita part aku je, yang lain tu semua adik beradik aku yang settlekan. Sebab kami dah bahagi bahagian masing-masing.

Aku spend almost whole of my salary untuk family aku (except duit bulanan motor). Dan aku ikhlas, aku redha. Walaupun hujung bulan gigit jari bila tengok officemate kau makan mcd, minum tealive. Kadang dorang order dekat foodpanda sambil tanya ‘taknak order sekali ke?’ huhu sambil jawab ala saya lunch dekat rumah lah. Hahahahha…..

Maaflah pada yang tak suka aku share pasal kira-kira gaji aku ni, aku saja je nak share dekat sini. Sebab dekat sini tak ada yang kenal aku pun hehe. Dan aku lebih selesa meluah dalam bentuk tulisan, daripada bercerita mulut ke mulut.

Walaupun aku bergaji kecil, insyaaAllah ini menjadi saham untuk aku di akhirat kelak. Ya Allah aku redha rezeki ku selama aku berkerja ini disalurkan untuk keluarga ku, limpahkan aku rezeki dengan rezeki yang melimpah ruah.

Dan minta doakan aku dapat berkerja dekat MBPJ ye. Sebab dah 6 kali hantar permohonan, sekali pun tak dipanggil interview hahaha sedih. Oklah sampai di sini sahaja confession aku. Assalamualaikum.

– Dee (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *