Aku Ingin Bahagia

Aku Daun (33M) dah berkahwin dengan Bulan (35F) selama 10 tahun dan di kurnia kan 2 anak lelaki umur 5 dan 2 tahun. Mungkin kisah aku ini akan membangkit kan rasa sakit jiwa.

Aku dan Bulan berkenalan di tempat kerja sebelum kahwin, kami couple  dalam tempoh 5 tahun dan tunang 1 tahun.

Aku kenal kan sedikit perangai Bulan, dia seorang yang tidak boleh stress apabila stress habis semua jadi mangsa termasuk aku dan bila Bulan stress habis semua kesalahan aku di ungkit,

Contohnya jika aku terlupa ingin membasuh baju kerja dia segala kesalahan sebelum kahwin akan diungkit.

Bulan sangat bergantung pada aku sebelum kahwin lagi dan aku pun tak kisah cuma Bulan dan aku mempunyai waktu berkerja yang berbeza.

Bulan kerja mengikut waktu pejabat manakala aku pula shift dan Bulan berkerja lebih dekat dengan rumah berbanding aku yang jarak rumah ke pejabat dalam 45 minit jadi kekadang aku memang akan ambil Bulan lewat sedikit jika aku aku shift pagi.

Tetapi menjadi masalah apabila aku shift malam aku akan pulang lewat sedikit sebab kena tutup pejabat, Bulan akan telefon aku dan tanya bila mahu balik dan akan menyuruh aku pulang segera untuk tidurkan anak-anak,

Jika anak-anak aku buat hal maka Bulan akan stress dan apabila Bulan stress aku lah tempat Bulan lemparkan stressnya.

Jika Bulan boleh lemparkan stressnya dengan cara baik aku tidak kisah. Namun setiap kali Bulan stress Bulan se akan terlupa aku suaminya. Setiap kali lepas bergaduh aku ada menegur Bulan namun jawapannya “siapa suruh buat macam itu”.

Aku dan Bulan sudah lama tidak memainkan peranan sebagai suami isteri sejak Bulan lahirkan anak kedua ku. Pernah sesekali aku mengajak untuk bersama namun Bulan menolak dengan alasan penat.

(Apabila cuti atau balik kerja aku akan buat kerja rumah Bulan hanya masak saja atau lipat kain) dan aku juga pernah cuba bermanja dengan Bulan namun sering kali ditolak.

Aku yang menagih kasih sayang daripada Bulan akhirnya putus asa jadi tempat aku bermanja adalah bersama anak-anak.

Sebelum berkahwin aku pernah curang dengan tunang orang tanpa Bulan tahu, namun disebabkan perempuan itu tunang orang dan aku tidak mahu di kategori sebagai perampas dan keluarga aku malu jadi aku putus dengan tunang orang itu.

Dan aku berkahwin dengan Bulan dengan niat ingin bahagiakan Bulan, walaupun sebelum kahwin aku sudah 50-50 untuk berkahwin dengan nya, namun seperti aku cakap sebabkan tak nak family aku malu jadi aku teruskan juga.

Tahun lepas company aku ada ambil perkerja baharu bernama Melur (bukan nama sebenar). Melur mempunyai rupa yang biasa, pendek dan periang sedikit kasar. Melur sangat rahmah dengan rakan sekerja tidak kira lelaki atau perempuan, semua Melur layan sama saja.

Tetapi aku dan Melur jarang berbual hanya sekali dua sahaja. Sampai satu hari Melur mengalami masalah hal kerja yang melibatkan aku. Jadi Melur whatsapps aku ingin meminta bantuan, lalu aku menolong Melur. Jadi dari situ Melur dan aku sering berbalas chat.

Melur pernah beritahu yang dia minat dengan kawan aku, namun disebabkan kawan aku macam blur tak nampak isyarat Melur jadi dia putus asa. Kemudian dari situ perkenalan kami lebih mendalam dari berbalas chat di whatsapps kemudian bertukar kepada bergurau senda di pejabat.

Kekadang aku ada mencuri pandang Melur dan Melur pun begitu sehingga satu hari aku beranikan diri memanggil Melur sayang. Pada mulanya aku ingat Melur tidak mahu balas. Kemudian setelah Melur masuk ke pejabat baru Melur balas sayang aku.

Pada malam itu aku beranikan diri untuk hantar Melur pulang ke rumah dan dia setuju. Kemudian dia ada tanya adakah aku okay jadi boyfriend dia. Tetapi soalan itu aku tanyakan kepada Melur kerana Melur tahu status aku sebagai lelaki orang. Melur diam membisu.

Melur seorang yang mudah terhibur jadi tidak susah untuk membuat dia gelak dan gelak Melur ni boleh tahan besar ya, namun dia sangat setia mendengar cerita aku.

Pernah beberapa kali dia pujuk untuk aku baiki hubungan dengan Bulan dan aku sudah cuba, namun seperti biasa Bulan akan menolak aku dan akhirnya Melur saja tempat aku meluah segala keluhan.

Melur kasar dari segi apa? percakapan. Melur tidak segan silu jika ingin mengata aku dan kadang-kadang agak sakit sebab Melur sejenis bercakap lepas. Namun dia sering meminta aku menegurnya jika ada perkataan yang kurang enak untuk didengar.

Pernah sekali hampir kantoi dengan Bulan pasal Melur itu pun sebab Melur hantar emoji love dekat aku, tetapi aku beritahu Bulan Melur pasti tersilap hantar, tetapi perempuan mana akan percaya cerita macam itu.

Sewaktu hampir kantoi sebulan juga aku layan Melur acuh tidak acuh. Apabila Melur telefon aku tidak angkat dan chat tidak berjawab dan aku layan Melur di pejabat pun tidak seperti dulu. Namun suatu hari aku nampak mata Melur merah dan berkaca se akan baru saja menangis.

Malam itu Melur hubungi aku dan beritahu jika sudah tidak mahu dia, tolong lepaskan secara baik. Aku tahu ketika itu aku sudah patut lepaskan Melur, namun aku rasa susah sangat untuk lepaskan dia, jadi aku ambil keputusan untuk teruskan.

Melur ada luah pada aku yang dia dah tutup hati untuk lelaki lain selepas kejadian itu, aku sayang Melur namun pada masa yang sama aku takut jika aku bercerai aku akan kehilangan anak-anak.

Melur tahu yang anak-anak adalah nyawa aku dan dia tidak pernah marah jika anak-anak jadi alasan aku tidak boleh berjumpa dan Melur juga sering ambil tahu perihal anak-anak aku.

Melur pernah beri amaran jika mahu bernikah dengan dia biarlah secara sah disisi undang-undang, erti kata lain Melur bantah untuk nikah di thailand.

Bagaimana aku sedar yang aku sudah sayangkan Melur? Ketika aku sendirian wajah dan gelak tawa Melur di dalam ingatan aku.

Aku akui aku rindu rasa dicintai dan bercinta.. Pelbagai cara aku lakukan untuk Bulan datang dekat dengan aku namun semuanya ditolak, jadi apabila Melur muncul rasa itu hidup kembali.

– Daun (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *