Assalamualaikum. Aku ingin bercerai. Aku pun tak tahu nak explain bagaimana perasaan ni. Adakah bercerai tu mudah? Adakah bercerai itu dapat menyelesaikan masalah diri ni?
Aku seorang isteri, berusia 31 tahun, memiliki 2 orang anak, sepasang, yang sulong lelaki berusia 3 tahun dan adiknya perempuan baru berusia 1 tahun 3 bulan. Perkahwinan kami sudah hampir 5 tahun.
Suami aku seorang yang sangat baik, sangat bertanggungjawab terhadap kami sekeluarga dan keluarganya.
Namun, yang bermasalahnya adakah diri aku sendiri. Aku tidak mampu untuk terus hidup bersama suamiku.
Kerana aku serba kekurangan dan suami ku berhak mendapat kebahagian yang terbaik untuk dirinya.
Mungkin jika dia tidak bersama dengan ku, dia dapat meluangkan masa berbakti kepada kedua orang tua nya. Dia dapat bersama-sama dengan adik beradik tercinta nya.
Biarlah aku sendiri bersama dengan anak-anak. Kerana aku, dengan alasan berkerja pada sabtu ahad, kami hanya pulang ke kampung mertua lebih kurang sebulan sekali sahaja.
Kalau balik pun, bermasam muka itu dah jadi kebiasaan dan bergaduh tu normal, tambahan dengan anak-anak mengamuk di sana.
Aku bukan menantu yang baik, so daripada aku terus menyakiti hati keluarga mertua, lebih baik dia carikan calon menantu yang baik untuk anak dia yang baik tu.
Mungkin adik beradik dia yang lain jugak bole tolong carikan jodoh yang tepat untuk suamiku yang boleh bergaul mesra dengan keluarga mereka.
Aku telah cuba, tapi aku tak boleh. Semasa awal perkahwinan, aku rasa tidak selesa mungkin kerana aku baru hendak menyesuaikan diri.
Tapi semakin lama, perasaan tu masih sama dan semakin teruk, aku tidak boleh bersama dengan keluarga suamiku. Keluarga mereka sangat baik, cuma mungkin bukan aku orang yang tepat dalam keluarga mereka.
Aku sememangnya bukan isteri yang baik untuk suamiku. So, lepaskan la aku pergi. Carilah orang yang layak membahagiakan dia.
Kenapa nak hidup terseksa dengan perempuan yang hina ni. Tapi suamiku sanggup meninggal dunia daripada menceraikan aku…
Namun, aku lebih rela berpisah cerai daripada berpisah mati kerana cukuplah aku menghadapi kehilangan arwah ibuku.
Kalau bercerai tu mudah… adakah aku akan bahagia jika aku bercerai?
Mungkin aku tidak bahagia, mungkin aku akan kerana. Tapi biarlah aku merana tanpa menyakitkan hati orang lain. Anak-anak, aku takkan lepaskan mereka pada keluarga suamiku. Biarlah aku menjaga mereka.
Biarlah aku pulang ke kampung halaman. Mungkin jiwa aku akan lebih tenang.
Aku tidak tahu adakah perasaan aku ni normal? Depression? Gila? Aku pun tak tahu. Tapi apa yang aku boleh nampak, cerai tu dapat menyelesaikan segala2 kekusutan dalam hati aku ni.
Biarlah aku merana bercerai daripada merosakan emosi aku jika masih bersama. Bagaimana aku nak cuba perbaiki diri sendiri? Aku rasa aku tidak mampu menjadi orang yang baik.
Sampai satu tahap, perasaannya adakah, jika hidup bersama ni macam menuju ke neraka, usaha untuk jadi baik pun tapi rasa kaki dah selangkah ke neraka.
Derhaka pada suami. Sakitkan hati suami. So, apa guna berkahwin kalau perkahwinan tu ke neraka. Kadang2 aku terfikir, kalau hidup macam ni pun ke neraka, baiklah aku bunuh diri saja, ke neraka jugak.
Tapi kalau aku bercerai pun, mampu ke aku nk masuk syurga. Aku berharap agar syurgaku bersama suamiku, tapi sangat susah.
Mungkin aku la yang gila. Aku yang ingin bercerai. Mungin akan ada orang yang komen, ceraikan saja la perempuan ni, biar dia jadi gila…
Tak pun bagi saja la suami tu kat perempuan lain kalau rasa nak cerai sangat. Nak minta tolong kat sape pun tak tahu.
– Eleanor (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Saya pun rasa yang sama. Sy rasa ini ujian rumahtangga and you need to be strong. Cuba fokus utk gembirakan diri sendiri, cari hobi dan minat baru. Pergi lepak dengan member, retreat yourself. Cuba style baru, pergi salon, or spa. Comfort yourself dan stop buat narrative story dlm kepala yg mengandaikan itu ini. Kadang2 when we overthinking tu yg menyebabkan kita ada persepsi terhadap kehidupan sebenar. Cuba dulu bahagiakan diri sendiri, dan tuntut ilmu rumahtangga, insyaAllah jika masih berjodoh dengan suami, takkab berpisah.
Saya pun rasa yang sama. Sy rasa ini ujian rumahtangga and you need to be strong. Cuba fokus utk gembirakan diri sendiri, cari hobi dan minat baru. Pergi lepak dengan member, retreat yourself. Cuba style baru, pergi salon, or spa. Comfort yourself dan stop buat narrative story dlm kepala yg mengandaikan itu ini. Kadang2 when we overthinking tu yg menyebabkan kita ada persepsi terhadap kehidupan sebenar. Cuba dulu bahagiakan diri sendiri, dan tuntut ilmu rumahtangga, insyaAllah jika masih berjodoh dengan suami, takkab berpisah. All the best to you.