Assalamualaikum.. Aku harap sangat admin dapat siarkan confession aku ini. Aku seorang perempuan yang masih dalam lingkungan 20 an. Aku mempunyai 3 orang abang dan aku adalah anak bongsu dalam empat beradik. Keluargaku bukanlah sebuah keluarga yang alim, tapi sejak dari kecil kami adik beradik telah didedahkan dengan ilmu agama.
Aku tidak pernah berpisah dengan kedua ibu bapaku sehinggalah aku menyambung pelajaranku. Orang kata iman tidak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa, walaupun ayahku orang kuat surau dan abang2 ku juga mengikut jejak ayahku. Berlainan pula dengan aku, aku menjadi seperti rusa masuk kampung atau lebih senang aku katakan ‘culture shock’. Aku mula berubah 360° menjadi seseorang yang jauh beza dari diri aku sebelum ini, mungkin kerana aku terlalu bebas dan mungkin juga kerana pengaruh kawan.
Aku mula meninggalkan solat, aku langsung tidak rasa bersalah apabila meninggalkan solat walaupun sebelum ini, aku sentiasa melakukannya. Tudungku juga sudah ku buang, aku hanya memakai tudung jika ingin kekelas sahaja. Aku tidak peduli dikatakan hipokrit. Perlahan2 aku mula keluar malam dengan lelaki2 yang aku kenali di laman sosial. Aku tidak kisah apa yang dilakukan oleh lelaki2 tersebut, asalkan apa yang aku inginkan akan dapat. Tapi Alhamdulillah, mungkin kerana Allah masih sayangkan aku, aku tidak pernah sampai terlanjur dengan mana2 lelaki pun.
Habis belajar, aku mula bekerja di bidang swasta. Aku ditemukan dengan orang2 yang baik, yang sentiasa ingatkan aku dengan solat. Aku mula berubah, menjaga aurat dan solatku namun kadang2 aku terleka, aku kembali ke perangai lamaku. Sehinggalah 1 hari, aku berkawan rapat dengan seorang kakak yang sudah ku anggap seperti kakakku sendiri. Dia mengatakan ingin anaknya nanti menjadi seperti aku yang menjaga solat, aurat dan pergaulan. Rasa malu sangat apabila orang sekeliling mengatakan aku ini baik, sedangkan aku tahu siapa aku dan Allah menutup serapat2nya aib aku supaya tidak terhidu oleh orang2 sekelilingku. Aku mula tersentak dengan kata2nya, dan bertekad untuk berubah kerana aku takut jika doanya makbul, aku tidak mahu anaknya menjadi seperti diri aku yang sekarang.
Aku berhenti kerja kerana menyambung pelajaranku dalam bidang lain. Habis belajar, hampir 2 tahun aku menganggur, aku mencari kerja kesana sini, namun 1 pun tidak membuahkan hasil. Mungkin ini adalah balasan kerana silapku sebelum ini. Sehinggalah aku mendapatkan kerja di sebuah kilang swasta sebagai seorang operator. Disebabkan sukar untuk mendapatkan kerja, aku menerima tawaran kerja tersebut. Betullah kata orang jika kita ingin berubah, pasti akan datang dugaan. Di sinilah keimanan aku di uji apabila bekerja dengan syarikat yang majoritinya bukan beragama islam. Aku hanya dibenarkan solat pada waktu rehat sahaja. Tidak menjadi masalah pada aku untuk menunaikan solat zohor, tetapi menjadi masalah jika aku ingin menunaikan solat fardhu yang lain, ini kerana surau akan ditutup selepas habis office hour. Jika aku melakukan kerja lebih masa, aku tidak tahu d mana aku ingin solat. Dan kali ini aku dikurniakan dengan orang2 yang langsung tidak kisah tentang solat, yang sering mensia2kan solat.
Apa harus aku lakukan, aku betul2 ingin berubah. Tetapi kenapa aku diuji sebegini. Sesungguhnya aku bukanlah seorang yang kuat, aku seorang yang mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling. Adakah perlu aku berhenti kerja dan mencarj kerja lain? Aku takut jika aku terus bertahan di sini aku akan kembali seperti dulu. Bantulah aku, sesungguhnya aku benar2 sedang buntu.
– Hamba Allah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit