Aku Ingin Masuk Islam II

Untuk part I, (https://iiumc.com/aku-ingin-masuk-islam/).

Assalamualaikum… Ni sambungan dari “Aku ingin masuk Islam”. Terima kasih yang dah komen dan mendoakan saya dan suami.

Nasib baik saya hantar confessions tu kalau tidak memang saya tak tahu kewujudan Hidayah centre. Saya memang pergi hidayah centre tapi rupa-rupa pejabat agama lebih dekat dari area rumah saya.

Sebelum saya terima hidayah tipu la saya cakap kalau tidak tahu langsung tentang Islam.

Waktu saya budak lagi, saya pernah baca terjemahan yang ada dalam Al Quran milik pakcik saya, tapi dia bukan islam. Nenek halang dia bercinta dengan melayu Brunei. Jadi buku tentang agama islam banyak tersimpan dalam almari.

Itu la saya baca waktu cuti sekolah. Alquran, tentang Nabi Muhammad, Malaikat, Jin, Roh. Jadi saya memang dah tahu tentang islam.

Zaman saya budak², saya tidak pernah masuk gereja. Sembahyang memang jauhla. Ayah saya jadi alim sejak dia dan ibu cerai. Biasa manusia, ditimpa kesusahan baru ingat tuhan.

Saya anak sulung dari 5 beradik, kami semua dalam jagaan ayah. Ayah jenis tak pandai tunjuk kasih sayang untung je dia bukan kaki marah.

Dia hanya nasihat je kalau kami ada buat salah. Dia didik kami dengan agama. Zuhud nya ayah saya sampai dia tolak tawaran boss dia nak naikkan gaji dan pangkat. Alasan dia cuma tidak mahu rasa sombong dan riak bila dah senang.

Bila saya tahu tentang Islam saya ada keraguan dalam agama saya. Jadi bila saya sembahyang atau pergi gereja, memang saya doa direct terus ke Allah.

Dalam tidak sedar entah kenapa saya selalu ingat Allah. Tengah mengalamun sambil jemur pakaian pun saya ingat Allah.

Waktu saya mula² rasa ingin masuk islam, pengaruh agama lama saya masih kuat sebab setiap hujung minggu ayah akan bawa ke gereja, keluar gereja saya ikut kelas keagamaan yang ada di bawah gereja.

Di sekolah pulak setiap malam isnin ada orang luar datang untuk jadi ketua sembahyang di dewan makan. Saya fikir tidak mengapa saya masih kekal di agama ini asalkan saya tidak menyekutukan Allah.

Jadi saya pendam je la rasa tu tanpa beritahu sesiapa.

Saya tidak mahu bertangguh lagi untuk masuk islam ada sebabnya, ada peristiwa yang terjadi pada saya yang berusaha memberitahu kewujudan nya dan segera menyuruh saya masuk islam.

Entahla, kadang saya merasa ada sesuatu dalam diri saya yang memberi saya nasihat.

Bila dalam mengalamun terwujud persoalan di minda saya tentang benda yang saya tak tahu la like i curious about something, tapi tak lama lepas tu saya jadi tahu tiba2 dapat jawapan.

Persoalan tu mesti dibawah sedar bukan direct nak tahu atau sengaja tanya.

Dan saya jenis mudah mengalami dejavu, masa saya di hidayah centre pun saya mengalami dejavu tapi terasa lebih jelas dan lama seperti mengulang kembali video tape.

Suasana, situasi dan ayat yang disebut oleh orang itu buat saya terkejut dalam diam. Saya jenis tidak percaya sangat takdir.

Bagi saya kita sendiri yang menentukan takdir kita sendiri dengan keputusan yang kita buat kecuali benda tidak dapat elak seperti benda sial atau kematian.

Tapi bila saya mengalami peristiwa tersebut buat saya rasa lebih sedar dengan kebesaran Allah.

Jujur saya merasa marah kalau ada orang berburuk sangka pada Allah dengan takdir nasid yang kurang baik menimpa mereka.

Jangan menyalahkan orang lain kalau sendiri yang buat keputusan itu dan sengaja menganiaya diri sendiri. Allah sudah bagi akal. Gunalah.

Kadang kesusahan menimpa kita untuk kita ingat pada Dia. Berbaik sangka la pada Allah. Muhasabah diri. Jangan mengejar dunia, kamu tidak akan merasa puas.

Dan itu membuat kamu lebih jauh dari Allah. Dunia ini hanyalah mimpi. Suatu saat kamu akan terbangun di alam realiti.

Alhamdulillah kami 3 beranak sudah masuk islam. Saya seminggu awal lafaz syahadah di hidayah centre pada 14 ogos sebelum suami pada 21 ogos.

Adik saya yang keempat pun masuk islam 22 ogos. Bukan saya paksa, dia sendiri tanya saya macam mana mahu masuk islam.

Saya sendiri pun terkejut dan tak menyangka dia pun lama berminat dengan islam cuma tidak berani masuk. Sungguh indah hikmah Allah.

Sekarang setiap malam kami ada kelas agama untuk golongan mualaf kecuali malam hari Jumaat.

Dan baru2 ni pada 26 September lepas, adik saya yang kedua pula lafaz syahadah. Cuma dia belum boleh daftar islam cara sah di sisi undang2 kerana ustaz tu beri nasihat pada dia untuk uruskan dulu urusan perceraian dia.

Suami dia pun lebih memilih bercerai daripada masuk Islam. Mereka memilih bercerai cara baik.

Ustaz tu risau suami dia nanti berubah fikiran lalu ambil tindakan undang2 pada adik saya kerana dalam undang2 mereka masih sah suami isteri jadi kena cancel surat kahwin dulu.

Dalam hati saya mengharapkan pengakhiran yang baik pada hubungan mereka berdua. Mereka ada dua orang anak lelaki berusia 4 tahun, yang perempuan nak masuk 3 bulan.

Tentang perkahwinan saya pulak hanya Allah saja tahu perasaan saya dalam tempoh seminggu waktu suami belum lafaz syahadah. Tipu saya tak risau apa akan terjadi pada hubungan kami. Rupanya jodoh kami masih panjang,

Alhamdulillah. Dia walau mula2 cakap tidak izin saya untuk masuk islam tapi dia ada usaha juga belajar tentang islam walaupun kadang nampak dia masih lalai dengan hobi dia.

Dia pernah cakap kalau dia solat mengikut imam sebab kami masih dalam proses belajar. Dia cakap fikiran dia rasa tenang dan tidak serabut dengan hal kerja seperti kebiasaannya.

Alhamdulillah baru2 ni dia ada cakap mahu serius belajar dan ikut kawan pergi masjid waktu Jumaat.

Saya pernah tanya adik yang kedua tu, kenapa mahu masuk islam. Jadi jawapan dia “saya takut akan seksaan api Neraka, dalam tu bukan sehari dua.” Adik saya ni selalu tengok video di tiktok pasal islam.

Doakan kami ya.. Semoga kami istiqomah dalam mengejar saham akhirat dan termasuk di kalangan orang yang masuk surga tanpa dihisap.

Dipermudahkan urusan dunia dan akhirat. Jangan mengejar dunia, Allah sudah mencukupkan makan pakai
bayar segala bill. Syukurla. Kita miskin makin cepat la urusan kita dihisab selesai. Jangan lupa orang miskin paling ramai di surga. Sabarla.

Oh ya, saya memilih nama Maryam Asiah sebagai nama islam saya. Anak, suami dan adik masih guna nama asal.

Salam…

– Bungai Kesulai (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *