Hi. Assalamualaikum. Thank you admin siarkan confession aku..
Sedikit pengenalan untuk diri aku.. Sebelum tu, aku mohon jalan penyelesaian dari semua orang.
Baik, aku mulakan dengan aku Ann berusia hampir 35 tahun untuk tahun ini.
Sudah berkahwin hampir 10 tahun tapi masih belum dikurniakan rezeki anak tapi walaupun begitu, hidup aku bersama suami tersangatlah bahagia.
Suami aku ibarat suami kiriman Tuhan yang Allah hadirkan buat aku,
Hidup kami bukanlah T20 tapi disebabkan tiada komitmen besar buat kami berdua menyebabkan kehidupan kami agak mewah, setahun 2 3 kali travel ke luar negara bersama.
Kehidupan seharian aku pula, aku bekerja dan pulang agak petang,
Suami akan bekerja dan pulang sedikit awal daripada aku maka apabila aku pulang setiap hari, suami aku masakkan untuk kami dinner bersama sama.
Soal rumah tangga, baju dia yang basuhkan dan dia sidaikan. Cuma part melipat akulah yang melipat baju, soal dapur semua dia cucikan. Dia sangat baik, aku dilayan bagai putri raja.
Dia sebaik baik manusia yang aku kenal, dia sangat menghormati orang tua. Cukup lah aku memuji suamiku untuk menggambarkan betapa baiknya dia.
Kisahnya bermula disini, aku punya kenalan dari Turkey, bermula sebagai sahabat atas urusan kerja membawa kepada berwhatApps setiap hari.
Dia sudah mengetahui status aku sebagai isteri orang tapi masih melayan aku seperti seorang bujang.
Kini di syarikat aku, projek yang aku handlekan berkurangan jadi aku punya banyak masa di pejabat, maka dari kebosanan aku mula melayan whatsApps dari si jejaka turkey yang aku namakan F.
Si F sudah pulang ke Turkey hampir 3 bulan yang lalu maka atas sebab kerja kami berwhatsApps dan kini berwhatsApps atas urusan saja saja.
Aku menjadi bosan di pejabat maka setiap hari lah aku punya banyak masa untuk berwhatApps dengan si F.
Dari sehari sehari aku menjadi seronok berwhatApps, F berkongsikan gambar gambar di cantik di Turkey dan berkongsi gambar aktiviti seharian, dari perbulanan biasa mula mengeluarkan ayat, I miss you, Si F mula memanggil aku sayang.
Aku sedar benda ini dah melebih tapi aku tidak tahu macam mana untuk mengelak dari benda nie.
Untuk mengelakkan kantoi dari suami aku, setiap kali sebelum balik kerja aku akan clear chat bersama si F.
Aku tahu perbuatan aku salah dan aku merasa berdosa, tapi pernah mengambil keputusan untuk block no si F, tetapi kerja aku berkaitan dengan Si F.
Bagi aku si F bukan lah seseorang yang berbaloi untuk aku perjuangkan andai terjadi apa apa kerana aku punya segala galanya disini.
Aku juga manusia biasa, aku cuba untuk keluar dari situasi ini tapi masih belum berjaya. Dan aku juga pasti Si F bukanlah mencintai aku. Cuma aku hanya bahan keseronokkan dia.
Aku perlu keluar dari situasi ini sebelum segalanya menjadi semakin teruk.
Bantu lah aku Ya Allah. Sungguh aku buntu.
– Ann (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Apa la awak ni, dah tahu ada suami baik, buat apa la cari masalah, awak terus pi layan mamat turkey tu, awak pun sedar dia bukan mencintai awak, sekadar nak buat awak jadi bahan dia seronok2 jer, dah awak pun tahu kan, tk berbaloi klu awak ikut dia, klu la suami awak dapat tahu, rosakla hubungan awak dgn suami, silap haribulan boleh terjadi perceraian, awak tk boleh fikir dgn waras ke? nampak cam awak yg gatai kt mamat turkey, sebab awak terus melayan….
KELUAR KAKKKK KELUARRRR JANGAN LAYAN DIAAAA JUSTTT HONEST DENGAN DIA JANGAN KACAU AKAKKKK CMON KAK CMONNNNN AAAAAA
Akak pergi honest dengan dia sekang jangan ganggu akak. JANGAN BAGI DIA KACAU AKAK NGERTI KAMU? RUMAH TANGGA JANGAN BIAR HANCORRR AKAK WEEEEIII