Assalamualaikum… aku tak tau nak mula dari mana tapi sehingga kini aku tak dapat luahkan pada sesiapa pun sebab aku tak percayakan orang. Takut orang yang aku cerita pecah rahsia.
Aku telah disiksa emosi sejak dari mula kahwin lagi dan apa yang aku fikirkan memang betul.
Sejak mula kawin aku tahu suamiku suka berchatting melalui macam2 platform dengan perempuan2, sehinggakan aku tak sanggup lagi hadap benda ni.
Sehingga bila aku dalam pantang pun terseksa tengok dia masih berchatting sana sini. Mujur aku tak meroyan masa tu.
Kini baru terbongkar rupanya suamiku telah berkahwin lain dan dah mempunyai anak darjah 2.
Rupanya dia berkahwin di thailand ketika aku melahirkan anak yang ke 7. Kini anakku yang ke 7 dah 11 tahun baru ku tahu aku ada madu.
Walaupun aku terseksa emosi dan mental tapi suamiku selepas kahwin tu seperti takut kehilangan aku dan sentiasa membantuku dalam hal anak2 dan rumahtangga yang sebelum ni dia abaikan.
Bila dah kantoi lagi dia cakap sayang dekat aku tapi rasa sakit hatiku ini susah untuk sembuh. Biasa la perempuan on off.
Semakin aku ingin menjauh untuk sementara waktu dari dia semakin aku tak dilepaskannya. Tapi hati perempuan sedih bila tahu dimadukan tanpa pengetahuan.
Aku harap aku boleh move on dan sayang diri sendiri tak nak bersedih lama2. Aku tak sedar sebab suamiku pergi pagi balik petang setiap hari. Mereka berjumpa waktu siang hari bekerja.
Bila aku lihat suamiku pergi kerja sekarang ni mesti aku akan rasa suamiku sedang bermesra2 dengan bini muda,
Dan aku bertungkus lumus di rumah masak jaga anak kecil, kerja hakiki ku, hantar anak pergi sekolah dan ambik sekolah, hantar anak pergi taska dan ambik tanpa di bantu suamiku.
Tu yang rasa sakit hati dibohongi sekian lama.
Aku ingin Redha.. di sini je saya berani luahkan perasaanku.
– Sulin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit
Akak,saya faham perasaan akak sebab saya pernah rasa macam tu tapi jika akak sabar,tawakal berdoa pada yg satu pasti akak akan sentiasa tenang,percayalah akak ni ujian dari Allah… #kawal marah sentiasa sabar