Aku Ingin Pulang

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua readers. Semoga semua yang membaca ni berada dalam keadaan sihat hendaknya. 

Kat sini aku ada satu coretan atau luahan yang aku nak ceritakan. 

Aku kenalkan diri sebagai A, aku awal 30an belum berkahwin kerana ada masalah untuk bercinta dengan lawan jenisku. Bukan masalah bergaduh ke apa, tapi masalah naluri rasa perasaan dan cinta tu tiada pada lawan jenisku. Tapi aku lebih tertarik dengan sama jenis aku.

Aku perempuan biasa yang berpakaian perempuan tapi tak suka yang berpewatakan lelaki macam pengkid yang acah2 jantan tu. Aku lebih tertarik dengan perempuan yang feminim. 

Aku pernah putus cinta dahulu dengan kawan di universiti dulu. Dia alhamdullilah telah pon berubah dah berkahwin kini.

5 tahun juga aku single sebab patah hati lama2 rasa sunyi rasa nak ada teman berbual, teman travel, teman semua la. Rasa tak nak kenal siapa2 dah, rasa penat dengan hidup bila di uji macam ni.

Pernah doa biar tuhan ambil la nyawa waktu muda ni sebab terlampau sakit dengan ujian dunia waktu tu aku baru dalam hujung 20 an. Dia umpama kau nak straight tapi kau tak mampu, kau bercinta sesama jenis memang dah tahu salah.. Sakit nak terima nak jadi normal. 

Lepas tu aku berkenalan dengan R. R ni banyak tolong aku waktu susah senang aku. Waktu aku kehilangan kerja dia yang sanggup hulurkan pertolongan kewangan bukan family sendiri hmm.

R yang pulihkan semangat aku yang hampir putus asa dalam hidup. Aku tak nak kerja, aku menangis ja kemurungan. Tapi dengan hadirnya R aku mula bahagia semula sebab sokongan dia.

Aku bercinta dengan R selama 5 tahun dan kini tiba masa R pula untuk berubah. Umur R di hujung tahun 30 an. Family dan kawan2 dah desak berkahwin. Dan aku juga akur benda tu, aku mula suruh dia cari bf.

Dan dia pon dah buat keluar dating dengan lelaki sebab nak cari suami untuk kahwin. Cumanya sekarang aku dah kurang layan dia, aku juga sibukkan diri aku dengan kerja walaupun sukar untuk lepaskan. R masih nak aku layan dia sehingga dia berkahwin.

Tapi aku tak boleh layan dia macam dulu dah kerana semuanya dah tak sama dah berubah. Hati aku remuk tapi aku kena buat untuk tengok dia bahagia. Kami masing2 masih sayang tapi masing2 kena berkorban untuk berpisah.

Macam sekarang ni aku dengan dia masing2 terseksa sebab sakit kami berpisah disebabkan kami tak boleh bersama sebab sama gender.

Tapi takpelah memang sakit untuk aku dan dia, tapi moga dia juga bahagia dengan pilihannya nanti. Kami masing2 cuba elakkan dari teruskan hubungan sekarang ni. 

Kadang aku rasa sedihhh. Aku keseorangan bawak hati. Sepi tanpa cinta. Kosong tanpa sayang. Family semua buat hal masing2, parents plak macam tu la bukan nak kisah sangat. Tiada orang yang pedulikan aku.

Kadang rindu rasa nak orang masakkan. Nama saja duk dengan parents tapi hari2 kena beli. Kadang aku masak, cuma kadang aku teringin rasa masakan orang tapi aku tak pernah dapat hmm. Mak jauh sekali la. Rasa memang hidup bujang ja macam tiada family.

Kadang aku jelez dengan hidup orang lain penuh dengan kasih sayang. Mampu hidup normal kahwin tapi aku tiada rasa tu. Ada orang yang melayan tapi aku tiada.

Kadang aku juga penat dan letih hidup kat dunia ni. Aku hanya berjalan hidup tapi hati aku kosong sepi tiada penghuni.. Seperti tiada jiwa.

Kepada yang cakap kembali pada tuhan tu, yaa kita semua memang akan kembali pada dia. Jangan ingat orang di uji macam ni tak solat tak mengaji tak pandai taubat. Dia juga di uji dari segi perasaan. Dan dia juga berdoa supaya di jemput awal. 

– A (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *