Aku Ini Bukan Membenc1mu Tapi B4ranmu Menghapuskan Bahagiaku

Assalamualaikum semua, masih ingat kisah ayahku ketagih internet dan kakakku yang tak sedar diri? (https://iiumc.com/kakakku-yang-tak-sedar-diri/).

Ya kali ini aku ingin cerita tentang ayah aku bagaimanakah sikapnya sepanjang hidupku.

Bagi aku ayah aku seorang lelaki yang baik. Dia masih menjalankan tanggungjawabnya sebagai ayah walaupun tidak sempurna. Dia masih menunjukkan prihatinnya.

Cuma yang aku tak berkenan sikap tidak matangnya dan barannya. Kadangkala perkara kecil boleh jadi besar kerana kata kata dan tindakannya.

Ditambahkan pula dengan aku yang sememangnya tak pernah sebulu dengan ayah aku daripada kecil,aku juga mudah baran dan kerap tercabar dan mencabar apabila dengannya.

Aku tahu aku bukanlah anak yang baik, yang boleh diharapkan semasa arwah mak aku ada. Tapi aku jarang untuk memaksa dia melakukan banyak kerja dalam satu masa.

Andai dia tak larat, dia akan suruh aku dan kakak aku buatkan. Tapi kami pun sama sama malas dan tak nak buat terpaksalah mak buat.

Tapi aku tak paksa dia untuk selesaikan semuanya segera. Buatlah ikut kemampuannya. Boleh aje sambung esok harinya atau bila dia rasa mampu.

Tapi lain dengan ayah aku. Kalau dia sememangnya semua orang kena utamakan dia.

Sampaikan aku ke mak aku ke adik beradik aku mandi ke buang air besar kecil terpaksa cepat keluar daripada bilik air semata kerana ayahku yang tidak reti sabar, ketuk pintu macam nak pecah lepas tu nak maki2 orang.

Kalau waktu dia pula semua orang kena sabar menunggu walaupun macammana lama dia. Lepas tu disalahkan kami lambat siap.

Aku ingat lagi kalau ayah aku nak beli barang dia ke mesti akan ajak mak aku dan mendesak mak aku cepat siap. Sampaikan mak aku tudung senget benget.

Ada tak sempat pakai tudung. Ada juga ada masa ayah aku tinggalkan mak aku terkontang kanting nak pergi ke arah dia. Tapi lepas tu ayah aku patah balik. Mak aku kalau ayah aku dah tinggalkan apatah nampak lama je.. Dia pun malas nak keluar.

Bila waktu mak aku nak beli walaupun barang rumah, berkira ayah aku. Katanya penat. Lepas tu biarkan mak aku berjalan kaki pergi kedai yang mana ada barang dia perlukan.

Yang aku tak mampu terima sebab dia mendesak untuk pulang cepat padahal tak sampai berapa minit baru sampai ke destinasi.

Selalu kalau beli barang kedai jauh, memang aku atau kakak aku akan teman. Sebab kami ada phone untuk ayah call. Mama tak reti pakai telephone walaupun Nokia tekan2 sebab mama bukanlah jenis pandai guna telefon walaupun untuk call sekalipun.

Kalau mama perlukan hiburan dia akan tengok tv. Itupun ayah conquer tengok cerita dia. Jadi pakai telefon kami nak tengok cerita kat youtube walaupun tak penuh.

Ayah pun selalu lepaskan semua urusan sekolah ke mama sahaja.

Aku agak tak selesa kalau ayah datang sebab ayah datang macam bos2 je padahal bukan nak ambil tahu pasal pelajaran tentang anak anak dia. Sokongan pun tak bagi sepenuhnya. Barang sekolah pun dia berkira masa, duit.

Sampaikan aku pakai duit belanja sekolah aku untuk beli mana buku yang aku perlukan. Tapi kalau memang duit betul2 banyak kena guna baru aku minta dengan ayah itupun ayah tak mampu Kadang2.

Aku pun redha jelah tak ada buku atau barang2 lain. Kalau hal2 kawan2 anak dia lagi dia tak peduli.

Siap cakap tinggalkan je. Dia tak tahu yang dia selalu hina tuduh bukan2 suruh tinggalkan tu banyak membantu walaupun diaorang nampak terbeban dengan kehadiran aku.

Aku ni menumpang kasih dan belas ihsan. Aku pun bukan jenis suka bagi tahu ayah kalau orang ejek aku ke layan aku semacam, buruk2. Sebab nanti kecoh bergaduh pula. Aku settle sendiri.

Aku ni sememangnya macam minyak jumpa api lagi membakar lah ayah aku. Aku ingat lagi aku pernah beli barang sekolah guna duit raya aku. Lepas tu ayah aku terus bagi aku 50 ringgit untuk belanja makan bukan barang sekolah.

Nampak tak tercabar dia tu. Lagi satu dia sering mengungkit pasal aku pandai kat sekolah katanya daripada sekolah aku kurang ajar samalah sampai aku dah kerja pun dia salahkan kolej kawan kawan aku semua punca aku lagi berani melawan dia.

Dia tak sedar kata kata dia menyakitkan hati orang sekeliling dia lagi2 anak2 dia. Lepas tu minta maaf tetap sama.

Ayah aku juga seorang yang sangat mengongkong. Walaupun duduk depan rumah pun dia suruh masuk rumah balik. Aku ingat dulu masa aku kecil, aku selalu harap ayah bawak jalan pergi taman…

Bawa bercuti. Tapi makin lama harapan aku pudar. Dan bila saat dia tunaikan impian tu aku tak rasa teruja lagi terganggu adalah sebab dah tak suka keluar rumah, keluar bilik.

Asal ayah aku ada kat ruang tamu, kat mana ruang luar bilik aku, aku akan masuk bilik. Kunci bilik. Lagi2 lepas mak aku dah meninggal dunia. Sebab dah takde teman nak tengok tv. Nak borak2. Nak gelak2.

Oh ye cakap pasal borak2, aku memang tak banyak bercerita dengan ayah aku sebab ayah tak ada ciri pendengar yang memahami baik bagi aku. Silap2 aku kena salah. Dia pun bertambah marah. Sebab ada cerita macam perli dia.

Masa aku kecil2 ayah aku suka buat lawak bodoh, kotor. Kurang senonoh. Dulu aku gelak tapi lama2 aku rasa annoying. Bukan2 je.

Ayah pun bukan jenis faham apa kami ketawa kan borakkan. Lepas tu dia suka suruh kami diam. Tengok cerita senyap2. Tak payah nak komen2 sangat siap ayah aku marah cakap dah tengok berkali tak ingat.

Cerita banyak kali tayang. Padahal baru je cerita tu tayang dan kitaorang tengok.

Ayah aku memang nampak terasa bila tengok aku lebih mesra dan selesa bercerita macam macam perkara dengan orang luar macam kawan aku.

Sesiapa je aku rasa nak bercerita. Dengan family kembangan aku pun aku tak banyak bercerita Kekadang je bila dah tak tahan dengan sikap ayah aku tapi last2 aku disalahkan balik sebab punca jadikan ayah aku lagi tak dapat dikawal.

Sambung balik cerita layanan ayah aku pada mak aku. Ayah aku juga perfectionist ya. Aku ingat lagi mak aku ulang2 alik betulkan seluar dia yang terkoyak lah, panjang lah. Selagi tak kena macam apa dia nak selagi tu dia suruh betulkan.

Suruh ayah aku pergi, ayah aku tak nak katanya penat tak ada masa. Kerja. Aku pun angin je tengok ayah aku. Banyak cantik dia. Kalau tak puas better buat sendiri ni tak.. harapkan orang juga. Tapi kita juga kena salah.

Aku pun selalu ingat ayah aku ni pelik2 bila malam. Suka tutup kipas, elektrik tengah2 malam. Panas mak aku waktu tidur. Tak pasal dia datang bilik kami tumpang tidur.

Ayah aku suka curi2 dengar perbualan jiran atas konon bolehlah dengar dengan dia tempel telinga ke dinding. Ingat ada kuasa tembus dengar ke. Tu belum lagi ayah suka suruh mak aku make up2 lah berkemban pun ada.

Yalah suami isteri kan. Paling mak aku selalu bebelkan ayah aku sekali tidur habis satu tilam dia conquer. Sampai ruang mak aku tak ada.

Nak hujung2 mak aku tertidur. Belum lagi berdengkur. Ayah aku selalu salahkan mak aku punca dia lewat pergi kerja padahal dia kejut berkali tak bangun lagi di marah adalah.

Ayah aku ada aje gaduh dengan mak aku. Sampai dia suruh mak aku balik rumah keluarga mak aku. Dia kata keluarga mak aku hasut mak aku kurang ajar dengan dia.

Family mak aku tak ada kaya sangat tapi mereka sedia membantu mak aku. Serius dengan keluarga mak aku pun dia buat musuh fikir buruk2.

Sekali dengan keluarga dia sendiri pun dia buat macam tu. Adik beradik dia yang dia tuduh bukan2 tu lah banyak tolong dia terutama mak teh aku.

Angin aku dengar. Aku memang lah ada masa sentap masih berkecil hati dengan kata kata mereka tapi aku pun tak suka ayah aku tuduh2 mereka sedangkan mereka banyak membantu.

Banyak benda semua dia lepaskan kat mak aku. Urusan sekolah. Bayar hutang kedai depan. Bil api air. Isi borang itu ini.

Mak aku tak adalah pelajaran tinggi tapi dia masih boleh menulis membaca uruskan hal2 rasmi. Bil api air pun ayah aku ni suka bayar separuh selagi sikit ataupun skip.

Lepas tu dah banyak salahkan kami pula bil naik. Even duit rumah pun kalau dia bagi 100- 200 dia pinjam balik. Hulurkan dulu beli apa apa dia nak. Kekadang duit tinggal 10 ringgit ke 5 ringgit pun sama. Nasib mak aku pandai nak masak lauk apa.

Paling sedih, sabun basuh baju pun dia berkira. Padahal baju siapa yang dia akan basuh nanti. Ayah aku tu bukan boleh ada kesan pen lah apa ada sikit calit.

Banyak kali kot baju dia ada banyak dakwat pen lah apa lah lekat mak aku hari2 basuh. Lepas tu boleh pula marah2 mak aku cakap buat apa dalam bilik air. Asyik basuh baju je.

Pernah tu dia cakap dengan mak aku, mak aku pemalas. Semua kerja rumah dia yang kena buat. Dia buat. Wah…. ayat…. fikir penat dia je…

Tak fikir mak aku tu jarang keluar rumah, tak ada kawan2 sebaya dia berborak. Ada lah dia senyum tegur jiran ke sesiapa tegur lalu lalang.

Kesian wei life mak aku. Mak aku sampai sekali tu kena masakkan makanan untuk kawan ayah aku. Alasan bini kawan ayah aku tu takde. Duduk jauh. Sekali kena buat air manis.

Aku macam… Hmm… Tak terlawan banyak tangan mak aku. Ayah aku kalau pasal kawan dia memang macam tu. Tapi Kekadang dia mengutuk juga kawan dia tu.

Mak aku dilahirkan daripada keluarga beragama juga tapi lepas dia kahwin dengan ayah hmmm serupa….

Ayah aku sangat bertuah memiliki mak aku sebab mak aku sangat pendiam dan patuh. Sabar. Mak aku tetap pilih dia jadi suami walaupun banyak kekurangan ayah aku miliki.

Tapi ayah selalu sangat merendahkan mak aku. Mensia sia kan kebaikan mak aku. Asyik salahkan mak aku.

Dah meninggal dunia baru tahu hilang bini. Kemain sedih hilang semangat kerja semua. Masa bini ada buat apa. Angkat bakul sendiri salahkan bini. Sekarang nak buat kat aku dengan adik beradik aku pula ke?

Mak aku pendiam, nampak macam hati batu. Jarang nangis. Tapi aku sedar je ada masa bertakung air mata dia tapi dia tahan. Pernah je dia mencarut time gaduh ayah aku sebab ayah aku melampau tuduh kutuk siap nak baling barang. Tarik mak aku.

Oh ya ayah aku pun suka jahanamkan barang. Rosak sikit habis dia hempas kasi rosak semua.

Mesin basuh pernah dia terbalik. Pinggan yang masih ada nasi dia hempas. Laptop stuck internet cepat putus dia keyboard button tertanggal satu buttion dia hempas. Cermin dia tumbuk.

Baju dia punggah dia selerakkan. Almari dia terbalikkan. Kertas semua dia tabur kan. Korang rasa penat tak kami nak kemaskan balik semua. Dia kemain mulut sepah sikit dia cakap kami sepahkan macam nak tunggang langgang rumah.

Barang hilang pun sama. Habis lah rumah selerak. Nak2 dia cari time malam. Lagi lah kami tidur lambat. Dia senang keluar rumah balik tidur.

Okaylah nanti sambung part 2 itu pun kalau aku rasa sakit hati dengan ayah aku. Sekarang mood aku dah okay sikit.

Sekian,

– Anak kedua yang terbebani. (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *