Untuk part I, (https://iiumc.com/aku-ini-sakit-apa/).
Hye Assalamulaikum semua pembaca, Aku Jelita. Ini sambungan daripada cerita aku yang pertama.
Okay, sebelum itu mari aku cerita sedikit. Sebelum aku mula sakit area perut dan rahim ni, aku selalu bermimpi. Mimpi seram, dan tak best.
Bukan sekali. Tapi berrrrrkali kali. Mimpi bersetubuh dengan lelaki yang tak dikenali. Aku rasa ada la dalam 4-5 kali aku bermimpi tentang bersetubuh tu. Mimpi pembunuhan.
Mimpi kanak2. Mimpi binatang. Mimpi suami curang. Banyak mimpi yang aneh2 menyinggah tidur. Tapi aku abaikan dan beranggapan ianya hanyalah mainan tidur semata.
Ada yang bertanya, apa reaksi dengan cikgu A yang sering menganggu aku tu selepas aku berkahwin. Reaksinya, dia masih sama. Menenung aku di sekolah, menggatal, kadang2 sengaja pura2 tersentuh aku, buat2 tersentuh gitu.
Tapi ada satu ayat pernah dia ungkapkan pada aku yang aku tak pernah lupakan. Situasi ketika itu, dia datang mendekati aku.
Jarak aku dan dia cuma sejengkal, dia datang dan bercakap, “kenapa Jelita kahwin awal sangat? Saya baru nak ngorat Jelita. Saya nak Jelita.”
Ketika itu saya cuma kerling cikgu A dan senyum kambing sahaja. Melihat aku yang cuma senyum simpul, Cikgu A menambah, “saya serious. Tak main2.”
Ketika itulah, mati senyum kambingku. Nada suaranya betul2 serious dan bukan bergurau. Tidak lama selepas itu la, rasanya selang 1-2 minggu aku mula sakit. Sakitnya bermula dengan rahim berdenyut2.
Kemudian diikuti pedihhhh seakan dihiris2 benda tajam / dicakar kuku yang tajam. Berguling aku menahan sakit.
Jadi part 1 aku ada cerita aku pulang ke semenanjung untuk berubat. Alhamdulillahhh 7 hari selepas berubat, aku sihat. Jadi aku pulang semula ke Sabah untuk kembali bertugas.
Nak dijadikan cerita, hari kedua aku pulang ke Sabah, sekali lagi Cikgu A pura2 tersentuh tangan aku. Sentuhnya tu bukan macam pegang atau genggam. Seakan2 tergesel begitu.
Keesokannya terus datang semula sakit aku yang berdenyut tu. Tapi aku kuatkan semangat dan cuba bertahan memandangkan aku baru sahaja mengambil cuti panjang minggu lepas untuk rawatan di semenanjung,
Takkan nak cuti lagi? Apa kata pentadbir aku nanti, kan? Jadi aku paksa diri untuk terus hadir bertugas selama 3 hari tu walaupun aku makin sakit.
Hari Sabtu, aku terjaga tepat jam 2.30am kerana sakit. Macam biasa, berguling aku menangis kesakitan. Meraung2. Sakitnya ya Tuhan, tidak dapat ku gambarkan pedih dan sakitnya tu bagaimana.
Rahim seakan akan dicakar, diramas, direnggut, manakala ari ari ku berdenyut2 pedihh seakan macam mahu bersalin (?) walhal aku tidak pernah lagi mengandung apatah lagi melahirkan anak. Sakitnya betul2 menyeksakan.
Kemuncaknya pagi Sabtu ketika aku mahu membuang air dan mencuci wajahku, kakiku seakan akan hilang fungsi. Terus aku rebah jatuh terduduk ketika itu juga.
Meraung aku dalam tandas menangis menahan sakit di perut dan pedih di telapak kaki. Pedihnya seakan akan seluruh kaki dicucuk cucuk dengan beribu jarum dalam satu masa. Bisa. Pedih.
Aku keluar daripada tandas dalam keadaan merangkak. Tangisan masih kuat kerana sakit dan bisanya badanku tidak tergambar.
Aku hubungi suamiku dan keluargaku di Semenanjung, memberitahu aku sakit. Tidak kuat sudah. Ku fikir kakiku sudah lumpuh ketika itu.
Yela, jangankan berjalan, berdiri pun tidak ada kudrat. Lembik, dan bisanya ya Tuhan tidak terucap. Terus suami datang dari KL ke Sabah hari itu juga. Semata2 mahu ambilku untuk dibawa pulang ke Semenanjung.
Kali ini aku dirawat agak lama. Hampir dua minggu aku pulang ke kampung untuk berubat.
Hasil daripada aku berubat, aku dimaklumkan bahawa aku sudah terkena sihir pemisah. Dan pelakunya adalah orang yng berhampiran sahaja di tempat kerja ku.
Tujuan dia menghantar katanya adalah untuk memisahkan aku dan suami kerana dia ingin memiliki aku. Aku seperti sudah boleh mengagak tetapi sampai harini aku tidak berani bercakap soal ini kerana tiada bukti.
Buat masa sekarang aku masih dalam rawatan lagi memandangkan sampai sekarang si pelaku masih suka menganggu aku ketika di tempat kerja, pura2 terlanggar aku, menenung aku dari jauh hatta dari dekat sekalipun.
Aku sama sekali tidak pernah melayannya malah sedaya upaya cuba menjauhkan diriku dari cikgu A.
Akan tetapi cikgu A tu begitu gigih, kadang2 offer mahu hantar aku pulang / ke suatu destinasi yang ingin aku pergi namun sekalipun tidak pernah aku terima.
Tujuan aku membuat confession kalini cuma mahu meminta doa dan nasihat daripada yang lebih arif dan berpengalaman sekiranya sudi berkongsi apa langkah yang ptut aku lakukan seterusnya.
Terima kasih kerana sudi membantu aku. Aku sangat menghargai.
– Jelita (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit