Aku Ini Sakit Apa III

Hye Assalamulaikum semua pembaca. Aku Jelita.

Bagi yang terlepas cerita aku, aku sertakan link di bawah.

Part I : https://iiumc.com/aku-ini-sakit-apa/

Part II : https://iiumc.com/aku-ini-sakit-apa-ii/

Ni adalah tulisan ku yang ketiga dan mungkin juga yang terakhir. Untuk tulisan2 ku sebelum ni, aku baca satu persatu komen semua orang .

Terima kasih atas cadangan dan tips yang diberi. Jadi, di sini aku datang untuk bercerita apa tindakan yang telah aku lakukan setelah berbulan aku sakit misteri.

Jam sekarang tepat 2.06 pagi. Aku tidak dapat tidur sebab banyak benda yang bermain di fikiran. Ya, aku cikgu. Sebagai seorang kakitangan kerajaan, aku terikat dengan peraturan dan SOP kerajaan.

Tambahan aku ini guru baru. (Kurang daripada 5 tahun berkhidmat) jadi aku sangat terikat ketat dengan peraturan “guru baharu” walaupun situasi yang ku alami sudah mengancam keselamatanku di sini.

Bukan tidak usaha, suami ku, keluarga ku sudah sedaya upaya menguruskan hal aku sehingga ke Putrajaya, tapi buat masa sekarang belum rezeki.

Beribu wang kami habis berulang alik dari borneo ke semenanjung semata2 untuk menguruskan aku yang sakit dan menghadap pihak2 yang terlibat supaya aku dapat dipindahkan segera.

Namun, berakhir dengan kekecewaan. Tidak mengapa, Tuhan sedang mengatur benda yang lebih indah dan baik untuk aku InshaAllah.

Berbalik kepada isu sekolah dan cikgu tersebut. Ada yang kata, mcm mana cikgu tu boleh datang dekat aku dan sebagainya.

Sekadar makluman, aku tidak pernah menghampiri kawasan cikgu A tetapi cikgu A tu yang suka menenggek di kawasan ku.. kadang aku balik dari kantin, masuk je bilik guru, dia sudah tercegat di tepi mejaku.

Aku pura2 ke meja lain dulu kemudian bila dia seakan2 mahu berlalu pergi aku pun terus bangun ke mejaku untuk meneruskan kerjaku.

Eh, cikgu A uturn balik tak jadi keluar. Kalau tidak jumpa di bilik guru, dia akan datang ke kantin mencari aku. Ya semata2 untuk berdiri dan merenung aku makan.

Aneh? Memang aneh. Kadang sampai ke parking kereta dia mengekoriku. Dan ketika aku tengah mengajar di dalam kelas pun, dia akan melintas di hadapan kelas dan merenungku dari luar kelas.

Perkara ini terlalu obvious sehingga beberapa anak murid ku akan terpusing pusing memerhati tindakan cikgu A di luar kelas.

Mungkin hairan kenapa cikgu A berdiri di luar kelas dan memerhati keadaan kelas kami termasuk aku. Tetapi selalunya aku akan abaikan dan tunjukkan yang aku ni sibuk mengajar, takde masa nak layan drama dia menenung nenung aku.

Pekehei? Malas aku melayan. Dan selalunya bila aku memberi respon seperti itu (malas layan, pura2 pekak, buat dia seakan halimunan) tempoh dia akan bertenggek / menenungku akan singkat sebab dia akan berlalu pergi bila dia tahu aku tidak melayan kehadirannya.

Tapi itulah, gigihnya dia sampai setiap hati tak putus asa datang menganggu ku. Ikutkan hati, mahu saja aku tengking dan jeritttttt tapi ada satu isu, iaitu isu pentadbir ku. Kenapa aku tak jerit je? Sini aku terangkan.

Baik. Sekarang berkenaan pentadbir. Bukan pentadbir sekolah ku tidak tahu cikgu A suka mengangguku. Terlalu obvious dia suka mengacau aku di tempat kerja sehingga ramai guru2 perasan dengan tindakannya.

Kadang, ada guru dari jauh menjerit “woiii A, ingat sikittt anakmu di rumah tu. 4 sudahh anakmu tuuuu!” Ataupun ada cikgu akan memerli “bini orang tu. Jangan kau kacau.” Namun sayang, perlian dan ingatan2 dari cikgu2 lain umpama mencurah air di daun keladi.

Tak makan saman! Sehingga lali cikgu2 lain mahu menegur dan akhirnya diam dan mengamalkan konsep “lantak ko la. Maleh aque.”

Berkenaan pentadbir, pernah disuarakan isu ini hatta mereka sendiri sedar apa yang berlaku namun respon yang diterima “cikgu tu memang suka bergurau begitu. Kau jangan fikir lain.. dia memang begitu. Lagipun dia sudah berkahwin anak 4 sudah.

Takkan la dia mahu lebih2 dengan kau. Sekolah kita pun ada 4 lagi cikgu bujang, mustahillah. Kau kan sudah berkahwin. Dia pun sudah berkahwin.” Ya, ini jawapan dari pentadbirku. Sumpah lillah aku tak reka. Memang begitu ayatnya.

Retak beribu hati aku bila dengar. Tapi ayat itulah yang membuatkan aku selalu rasa keliru dengan keadaan sekeliling aku.

Bila cikgu A buat sesuatu yang buatkan aku tak selesa, aku akan remind balik diri aku dengan pesanan pentadbir aku. Betul ke dia bergurau? Mungkin di bergurau kot… tapi aku tak selesa! Eh Aku ke yang over? Begini ke cara bergurau?

Aku akan selalu pujuk diriku dengan mengatakan “gurau kot. Pentadbir kata dia suka gurau.” Walaupun dalam hati, memang aku rasakan ini bukan gurauan yang elok dan sopan tapi apa boleh aku buat bila pentadbir ku sendiri bersuara sedemikian.

Kalau aku lebih2, namaku juga buruk. Yela, seakan2 aku yang over react bila berdepan situasi sebegini. Walhal memang aku tak selesa.

Entahlah. Bergurau ke begitu…

Ketika cuti sekolah baru baru ini, aku pulang berubat dengan beberapa orang ustaz lagi memandangkan sakitku masih ada dan tidak hilang.

Masih datang sakit menyucuk2 dan pedih2. Masih berlarutan darahku keluar hampir 3 bulan lebih lamanya. Jadi, aku teruskan dengan rawatan ustaz yang ku kenal di semenanjung.

Klimaksnya, selepas cuti sekolah tamat. Sekolah dibuka. Macam biasa, aku masih diganggu di sekolah.

Tapi apa yang lebih merunsingkan aku sekarang sehingga membuatkan aku hilang rasa mahu tidur adalah tadi ketika balik dari sekolah, aku perasan satu kereta yang familiar mengekori ku dari belakang.

Mula2 aku sangkal naluri hati ku dengan mengatakan mungkin orang lain yang tinggal sama perumahan denganku.

Dek kerana kereta tersebut berada agak jauh jaraknya (jarak selang sebuah kereta) dan memasang lampu kenderaan membuatkan aku tidak dapat membaca nombor plat keretanya.

Jadi ketika aku mahu berpusing masuk ke lorong rumahku, entah kenapa hatiku tidak sedap. Jadi, aku cuba teruskan perjalanan sehingga ke lorong paling hujung taman perumahanku.

Di lorong hujung tersebut ada sebuah kedai runcit. Jadi, aku buat keputusan untuk berhenti di kedai runcit tersebut dan berpura pura seperti mahu turun membeli barang.

Seelok sahaja aku masuk ke dalam pintu kedai, aku perhati kereta yang mengekoriku perlahan2 berlalu pergi dan keluar dari kawasan perumahanku tanpa berhenti di mana2. Semata mata mengekori ku kemudian keluar dari jalan utama kawasan perumahanku. Motif??

Jalan2 makan angin? Dalam kesempatan itu, aku teur membaca nombor plat keretanya. Sah! Kereta cikgu A. Mujur ingatanku kuat dalam mengingati huruf dan digit kereta ni! Jadi memang tidak was2. Memang confirm keretanya sebab aku ingat nombor plat kereta rakan2 sekerjaku.

Menggigil aku sejuk tapak kaki dan tangan dek kerana terkejut. Setelah memastikan cikgu A keluar dari kawasan perumahanku, aku segera berlari keluar dari kedai tersebut dan terus pulang ke rumah. Aku hubungi suamiku dan keluargaku untuk memaklumkan hal ini.

Berkali kali aku tanya pada suami ku, “bergurau ke begini? Ikut balik rumah?” Aku celaru dan risau sekiranya aku overthinking dan bersangka buruk.

Tetapi tindakan cikgu A memang aku rasakan sangat tidak wajar. Ingin aku adukan ke pentadbir sekolahku tapi sayangnya aku takut aku akan kecewa mendengar response daripada mereka.

Tambahan aku tidak ada bukti. Tidak terlintas dalam fikiranku dia akan mengekoriku pulang ke rumah. Kerana itulah aku tidak record.

Keretaku pula memang tiada dashcam. Nanti kalau aku ceritakan kepada pentadbir, nama aku juga yang buruk kononnya berburuk sangka dengan rakan sejawat… dibuatnya cikgu tersebut twist cerita, tak ke terkial kial aku dengan takde bukti lagi.

buntunya aku. Mahu bawa ke pihak atasan pun sama juga. Tersekat dek kerana aku ini guru baharu. Bukti pun tiada. Haih. Runsing aku.

Rasa seperti tidak selamat dalam rumah sendiri. Takut. Risau. Mahu menangis dan berkurung je rasa. Tapi kena paksa kuat sebab aku sendirian di sini.

Suami dan keluarga jauh di semenanjung. Kena kuat juga. Apa2 jadi, kasihan mereka yang sudah banyak berhabis masa dan wang berulang alik demi aku. Buntu aku taktahu mahu minta tolong dengan siapa lagi yang berupaya melindungi aku.

Okaylah dah lewat malam. Esok perlu bangun bekerja juga. Doakan aku kuat nak hadap hari mendatang. Doakan juga urusanku di sini dipermudahkan.

Doakan aku jumpa jalan keluar bagi masalah aku. Dan paljng penting doakan aku sihat sepenuhnya ya! Sakitnya menahan sakit yang tidak tahu punca. Aku nak sihat aktif macam dulu. Aku nak kebebasan, tak perlu rasa takut2 untuk buat sesuatu.

Aku doakan semua penbaca aku dilindungi selalu, dipermudahkan urusan. Terima kasih sudi mendengar luahan aku. sekali lagi doakan aku ya.

– Jelita (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *