Aku Insaf Kerana Seorang Perempuan

Ini kisah aku di zaman jahil dulu. Aku dilahirkan dalam keluarga yang agak berpendidikan dan beragama kerana ayah dah mak mendapat pendidikan agama yang elok. Semua adik beradik aku mak ayah aku hantar ke sekolah mengngah agama termasuklah aku…… Maaf ayat macam karangan.

Nak dijadikan cerita aku sebenarnya munafik dahulu sebelum aku insaf dan kembali ke pangkal jalan sebab aku dulu selalu layan video lucah, tak solat, tak puasa and so on.

Masa aku form 3 aku dipilih untuk menjadi ahli badar di sekolah aku and for your information sekali seminggu sekolah aku ade usrah untuk semua pelajar and ahli badar akan jadi naqib untuk usrah itu……… Ok sambung balik time form 3 juga aku dipilih untuk jadi pengawas sekolah.

Dari kecik aku selalu tinggal solat memandangkan dalam bilik aku ade bilik air dan selepas mandi aku hampar je sejadah aku tak solat pun dan apabila mak ayah aku tnya dah solat ke belum aku selamba je jawab “dah, tengok tu sejadah pun tak lipat lagi” dan benda ni berterusan sampai aku form 5 ke form 4.

Aku lupa time tu aku dilantik exco untuk pengawas sekolah dan setiap pengawas sekolah mesti berjanji akan tidak membuat benda yang bercanggah dengan islam.

Ohhh lupa time aku join badan dakwah tu aku kenal ramai kawan dan semuanya alim2 kecuali aku. Time kat sekolah aku berpura pura baik dengan baca Al Quran tegur orang buat jahat and the most inportant is bulan ramadhan aku pergi solat kat surau walaupun hakikatnya aku tak tunai solat wajib and senang kata aku ni munafik.

Time di sekolah selama aku join badar akulah yang jadi naqib usrah. Aku tengur anak2 buah kau jangan tinggal solat and so on, tapi aku tinggal. Munafikkan hahahahaha…. Benda ni berterusan dari kecik sampai lah aku insaf.

Sambil2 tunggu result UPU aku ambil stam kat sekolah dan result stam aku time tu teruk juga, hahahaha… ditakdir kan keluar result upu aku dapat tawaran sambung belajar Asasi kat UIA dan sebenarnya cita2 aku nak jadi cikgu…..

Ringkaskan cerita time keluar result UPU tu dalam 300 pelajar batch aku yang dapat UIA 2 orang je termasuklah aku. Keesokan harinya semua cikgu kat sekolah tahu aku dapat UIA dan aku diberi nama panggilan (nama aku) UIA. Semua guru puji aku dah la baik join badan dakwah, pengawas sekolah , prs and bnyk lagi. Tapi mereka tidak tahu hakikat sebenar.

Aku memilih untuk sambung Asasi UIA setelah mengira pelbagai pandangan. Time aku kat Asasi aku digelar orang alim sebab selalu pakai kopiah…. Hahahahaha.

Nak dijadikan cerita selepas tamat asasi aku dapat call dari pihak asasi yang tak ambik 1 subjek lagi jadi aku kena extend sorang2 sebab semua kawan aku dah habis time tu aku rasa sedih gile and aku nangis 1 hari aku tak keluar bilik and aku memang nangis gile2 time tu. Tapi mak ayah aku tetap support aku. Walaupun jadi macam ni aku still tak insaf.

Selepas kena extend 1 sem kat asasi aku diberi tawaran degree kat UIA. Dipendekan cerita aku kenal perempuan ni time program first sem aku kat degree life. Perempuan yang aku kenal ni dia cantik, baik, lemah lembut dan yang penting sejuk mata memandang la.

Time cuti sem 1 aku ade contact dia tanya khabar semua tapi dia tak layan sangat maklum la budak baikkan. Suatu hari time tu aku kat rumah and tak ade sape2 kat rumah sebab semua adik2 aku sekolah and mak ayah aku kerja.

Selepas kenal2 aku konfess kat dia, “aku dah kenal kau lamakan sebenarnya aku minat kat kau hahahaha”. Guess apa jawapan dia? “aku anggap kau member je” . Hancur hati aku and aku nangis gile2 lebih teruk dari kena extend sem tu. Dan tiba2 aku terfikir kenapa Allah buat macam ni kat aku? Apa salah aku? Kenapa benda ni tak terjadi kat orang lain?

Selepas fikir2 rupanya aku tak buat benda yang Allah suruh seperti Solat, Puasa and so on. Time tu dekat dengan Zohor so aku fikir2 aku nak berubah dah tak nak buat benda tak elok. Time tu aku mandi wajib, ambik wuduk and solat johor.

Pada waktu aku nak solat tu aku raaa hati tenang dan rilek je. Time aku angkat takbir tu aku dah nangis sebab Allah bagi peluang untuk aku taubat, sepanjang solat zohor tu aku nangis habis2 and time doa pun sama. Aku berdoa dalam sepuluh minit sambil nangis.

Dan sebab aku direject itulah membuatkan aku insaf sampai lah aku dah tak tinggal solat dan aku dipilih untuk jadi imam setiap kali solat dikampung aku. Alhamdulillah sekarang aku dah berubah dan semua urusan aku Allah memberi kelancaran.

Dan tolong doakan aku agar aku dapat hafal Al Quran dengan baik dan agar aku jumpa jodoh yang lebih baik dari dia dan doakan aku semoga aku istiqamah.

– Insan Berdosa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *