Aku Insan Yang Kau Aniaya

Assalamualaikum. Saya Azwa berusia 22 tahun berasal dari bandaraya kuala lumpur dan berkerja sebagai juruwang di sebuah pasaraya terkemuka di bandar ini. Keluarga saya sederhana sahaja namun baru baru ini kami sekeluarga kehilangan ketua keluarga kami iaitu ayah. Ibu yang menggalas tanggungjawab ayah setelah kepergiannya.

Namun, kerana dalam adik beradik saya ada seorang yang kurang upaya dengan tiada siapa yang ingin menjaganya jadi tanggungjawab untuk menyara keluarga jatuh ke tangan saya sepenuhnya tetapi ibu saya ada juga membantu dengan meniaga sambil sambilan.

Aku seorang yang kuat berkerja keras demi sesuap nasi untuk ibu dan keluargaku, sanggup menahan lapar demi membeli kereta semata mata untuk kemudahan kami sekeluarga.Setelah bersusah payah mengumpul akhirnya tercapai juga hasrat untuk membeli kereta.

Suatu hari aku ditugaskan untuk melakukan suatu tugas untuk mengira stok di cawangan pasaraya yang lain. Ketika aku mengira stok di bahagian sabun itu aku berkenalan dengan staff yang sama bahagian mengira stok dengan saya namanya Syam.

Pada awalnya hanya kawan biasa bertegur sapa hanya kawan sekerja namun bila da selalu berjumpa akhirnya dia meluahkan perasaan dia pada saya lalu dia memberikan nombor telefon untuk hubungi dia jika sudi untuk berkenalan lebih rapat dengannya.

Hati ini tiba-tiba tidak tenang selepas dia meluahkan perasaan dia pada saya, asyik saya terkenangkan dia boleh kata angau jugaklah sampai saya pun mesej dia dan saya bersetuju untuk berkenalan dengan dia lebih rapat lagi.

Seminggu kemudian kami pun bertemu janji yang pertama selepas sebulan berkenalan..time tu dia baru kata dia hanya pekerja sambilan di pasaraya itu kadang kala gajinya tidak tetap, bayar gaji tidak penuh. Lagi berdukanya dia tiada kenderaan langsung..

Hati ini bergolak namun saya percaya benda ini boleh diubah jika berusaha lebih untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik untuk bersama dengan pasangannya suatu hari nanti. Kerana cinta saya sanggup tebalkan muka untuk menerima dia yang tiada apa untuk bersama dengannya.

Suatu hari dia ajak saya keluar malam untuk menonton wayang.. saya pun mengambil dia dan kami pun bersuka ria maklumlah awal2 bercinta memang indahkan.

Sampai masa nak balik tu dia kata suruh teman dia lepak sekejap dekat rumah dia. Rumah bujang yang dia duduk ni pada waktu tu semua balik kampung jadi tinggal kami berdua sahaja.. dari borak borak biasa sampai suatu saat dia meluahkan hasrat untuk bersama dengannya di kamar.

Pada awal saya menolak kerana takut maruah saya akan tergadai dan takut saya akan hamil. Dia berjanji pada saya bahawa dia akan mengahwini saya akan menjaga saya sampai akhir hanyatnya. Akhirnya saya pun hanyut dek kerana cinta yang terlampau mendalam.

Semakin hari sikap saya semakin berubah dengan layanan saya terhadap ibu saya, keluarga, rakan2 dan sekeliling saya. Saya dah pandai menipu ibu saya setiap kali saya ingin bertemu dengannya. Saya juga pernah ponteng kerja semata mata untuk meluangkan masa saya bersamanya sepanjang hari.

Saya sanggup korbankan duit saya sepanjang saya bertemu dengan dia bahkan dengan tubuh badan saya juga tergadai. Sampai satu masa saya pernah gadai barang kemas saya semata mata untuk dia sebab dia kata untuk duit sewa dia bulan ini.

Ada satu masa itu ada seorang lelaki mesej saya dengan dia mengelarkan dia sebagai abang angkat Syam iaitu nama dia Abang Emir. Dalam mesej itu dia nyatakan bahawa dia ialah ex boyfriend Abang Emir dan dia ada mengatakan bahawa Syam ingin kembali padanya.

Serious saya terkedu dan tidak dapat kata walau sepatah pun dan saya terus tanya dia tentang benda ini namun dia terus menafikan malah dia mengatakan yang Abang Emir kurang waras. Dia selalu kata yang hati dia cuma saya seorang sahaja.

Maaflah kalau ini mengaibkan tapi pernah sekali kami bersama dia melakukan hubungan seks luar tabii bersama saya. Semenjak dari itu saya merasakan yang dia memang bukan lelaki yang baik. Mungkin dia seorang Gay. Saya ada niat untuk tinggalkan dia namun saya telah hamil hasil hubungan kami bersama.

Semenjak dia mengetahui saya hamil dia selalu mengelak untuk bertemu dengan saya, untuk dia mesej saya ke call saya pun dah susah.. dia dah berubah tidak seperti dahulu lagi. Dengan keadaan saya hamil tanpa pengetahuan keluarga saya ia sebenarnya membuatkan saya bertambah runsing sebab saya tidak tahu apa yang saya nak jelaskan kepada mereka.

Saya mula merasakan bahawa dia ada muslihat yang saya tidak tahu. Kami sering bertengkar kerana ingin dia bertanggungjawab dengan saya. Saya nak dia jelaskan apa status hubungan kami seterusnya, saya nak tanya dia kenapa dia berubah, kenapa dia mula dingin pada saya.. kenapa dia mula angkat tangan pada saya.. Hati ini dah mula rasa tawar.. serious.

Dek kerana terlampau stress ditakdirkan saya terjatuh dalam bilik air hingga menyebabkan saya keguguran. Nasib pada hari itu keluarga saya balik kampung dan hanya ada Kak Laila iaitu
sepupu saya yang mengetahui tentang perkara ini.

Sejak saya keguguran hari itu emosi saya semakin terganggu, meroyan tak sudah, siang malam asyik menangis, selera makan makin berkurang. Ibu saya mula mengesyaki ada sesuatu pada diri saya namun saya mengatakan tiada apa yang berlaku. Saya ambil keputusan untuk berhenti kerja tanpa pengetahuan ibu saya dan saya pergi lepak dia mana2 untuk mengatakan kononnya saya pergi kerja.

Kak Laila selalu memberi kata nasihat dan cadangan pada diri saya. Dia ada kata untuk memberitahu Ibu saya tentang perkara ini dan melanjutkan tindakan seterusnya. Saya terus menerus tidak ingin memberitahu ibu saya kerana tidak ingin dia khuatir tentang diri saya. Jauh di sudut hati ini sebenarnya ingin memberitahu tapi rasa ketakutan itu yang menebal membuat saya terus memilih untuk berdiam diri.

Betul kata orang tua2 bahawa hati dan firasat seorang wanita ini memang betul apa yang diandaikan pada seseorang. Suatu hari saya mesej dia seperti biasa tapi saya pelik kenapa cara dia balas mesej macam bukan dia. Rupa-rupanya dia mengatakan bahawa dia ialah kekasih Syam. Hati ini hancur remuk rasa nak meraung pun ada bila dia mengatakan bahawa dia ialah kekasih Syam.

Ya Allah, bodohnya aku selama ini kena diperbodohkan dengan dia.. selama ini dia kata yang dia sibuk la penat la.. kerja shift full lah sebenarnya dia tipu. Rupanya semua itu alasan untuk dia bertemu dengan kekasih barunya itu.

Yang bertambah gila lagi bila Abang Emir mesej saya dan mengatakan untuk berjumpa. Saya pun jumpa dia juga dan dia mengatakan bahawa apa yang dia kata sebelum ini memang betul. Dia menyatakan bahawa Syam ialah seorang Bioseksual iaitu dia boleh untuk bersama dengan perempuan ataupun lelaki.

Dia ada mengatakan bahawa selama ini dia pernah meniduri wanita lain sebelum saya. Ini memang buat saya makin bercelaru sampai suatu masa itu.. Dia ada menunjukkan bukti tentang apa yang dia nyatakan itu.

Saya ada minta Syam menjelaskan segalanya dan mohon untuk bertanggungjawab pada diri saya dia akui memang betul apa Abang Emir dan wanita itu jelaskan pada saya. Yang lagi perit dia mengatakan bahawa saya bukan wanita pertama bersamanya, dia sendiri kata bahawa kalau tiada dara kita boleh meneruskan hidup dan bahagia seperti biasa.. macam orang lain jugak..

Hancur hati saya ini awak. Apa makna segala pengorbanan saya pada awak? Apa semuanya kerana nafsu dan wang ringgit? Apa saya ini hanyalah persinghahan sementara di hatinya? Kenapa dia tak hargai wanita yang pernah mengandungkan anak dia ini? Sumpah saya rasa memang kemurungan yang teruk bila dia telah buat dan jelaskan keadaan itu.

Bila keadaan makin teruk Kak Laila ambil keputusan untuk memberitahu kebenaran tentang diri saya. Hati ibu mana tak sakit bila dia tahu yang dia kena aniaya sebegini rupa. Ibu hanya menegur dan bertegas untuk saya berhati hati selepas ini. Ibu saya tidak ingin ambil apa apa tindakan atas kesalahan yang dia telah lakukan pada diri saya. Biar Allah yang membalas atas apa yang dia lakukan pada diri saya.

Dengan sakitnya saya mengalami keguguran kandungan dengan macam2 masalah yang mendatang.. saya rasa macam nak menjerit nak tekam sesiapa sahaja. Ibu dan Kak Laila menjaga saya dalam pantang, sentiasa bagi sokongan, dorongan, sentiasa berada di sisi saya di setiap saya memerlukan sehingga saya sembuh.

Akhirnya saya mengambil keputusan untuk meninggalkan dia dari hidup saya. Ini satu keputusan yang pahit tapi ia baik untuk keadaan kami yang tiada arah hubungan kami. Dengan keadaannya yang ekonomi tak stabil, sifat dia yang teruk, kaki perempuan membuatkan saya tidak yakin untuk meneruskan hubungan ini. Biarkan ini menjadi pengajaran serta pengalaman hidup kita selepas ini.

Saya haramkan setiap duit yang saya hulur dekat awak sebab dengan duit itu awak berfoya foya. Bodohnya saya mempercayai awak hidup2, saya sara hidup awak sebab nak bantu awak tapi ini balasan atas apa yang saya dah buat untuk awak. Awak boleh satu dunia ini tapi kebenaran tu hanya saya, awak dengan Allah SW T sahaja. Biar dia membalas atas apa yang awak dah aniaya pada diri saya bahkan orang lain.

Harap pembaca2 di luar sana dapat menjadikan pengajaran atas apa yang saya telah luahkan di IIUM Confession. Terima kasih IIUM atas berikan saya ruangan untuk meluahkan segala luahan di dalam hati saya ini.

Cinta itu buta, kerana cinta yang hanya bertuhankan hawa nafsu semata menjadi racun di dalam diri. Biarkan cinta yang baik itu datang dari hati yang ikhlas dan mampu menerima diri ini seadaanya. Kita ini kalau nak buat baik biar berpada pada buat jahat jangan sekali. Jangan pernah tunjuk kelemahan pada diri sendiri kerana ia akan menjadi senjata atas kejahatan orang pada diri kita.

Wassalam.

– Azwa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *