Asalamualaikum semua, sesuai dengan tajuk diatas, aku ingin menceritakan kisah aku kepada semua agar dapat dijadikan iktibar serta teladan dan kini aku dihantui dosa-dosa silam aku..
Teringat semula kisah silamku.. aku, insan yang tidak pandai menjaga diri, itulah ungkapan yang sesuai.. malam ini apabila merenung wajah lembut sang suami yang nyenyak tidur, hati ini berbisik, rasa bersalah yang teramat menebal menusuk di sanubariku.
Aku, seorang yang lurus, mudah mempercayai, senang terpengaruh dan aku lemah dengan insan bernama lelaki. Dari luaran ku, aku perempuan yang lemah lembut dan mempunyai raut wajah seksi (ini kata teman-temanku). Namun disebalik wajah ini, orang pasti tidak akan sangka siapa aku yang sebenar!
Disaat aku masih dialam persekolahan, aku telah kehilangan mahkota kesucian ku, di ragut oleh teman lelaki yang dewasa.. aku masih tidak mengerti waktu itu,masih bersifat keanak-anakan tetapi aku telah mengecewakan ibu bapaku. Walaupun kawalan ketat keatasku, saban malam aku akan melompat keluar dari tingkap rumah saat didesak teman lelaki.
Dia telah mengugut untuk menceritakan segalanya tentang kenakalan diriku kepada ibu bapaku. Kerana terlalu takut, aku turutkan kata-katanya.. berjumpa saban malam dan ponteng sekolah demi memuaskan nafsunya.
Sesungguhnya ibu bapaku seperti typical ibu bapa yang lain. Terlalu bertegas dalam mendidik anak tapi apakan daya, dalam ketegasan mereka terlepas juga anak yang satu ini. Bukan salah ibu bapaku, tetapi aku.. Aku tiada tempat untuk melarikan diri dari cengkaman teman lelaki yang aku rasakan psycho. Dia jadikan kelemahanku sebagai cara untuk memaksaku.
Alhamdulilah, result Spm aku cemerlang dan dapat melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan.. itu sajalah caranya aku melarikan diri dari cengkaman nya. Allah masih sayang, Allah tutupi aibku dari pandangan mata kasar manusia.. tidak pernah sekalipun aku tertangkap hal ini.
Di universiti, aku berjumpa teman yang sesuai.. kerana terlalu menyayangi dirinya, aku terlanjur lagi dan aku ditinggalkan seusai tamatnya dia dari alam universiti. Waktu itu aku masih terkial-kial untuk menghabiskan semestar terakhir dan repeat paper. Sungguh ia memberikan tamparan hebat kepadaku.
Sejak dari itu, aku selalu tidak bernasib baik, aku berjumpa dengan lelaki yang semuanya mengambil kesempatan ke atas ku, aku mempunyai kelemahan yang aku rasakan punca segala masalah ini iaitu tidak pandai ‘driving’, apabila tidak pandai driving, secara automatik lelaki akan mempelawa aku keluar dan tidak mahu menghantar aku pulang.
Aku pernah dir0gol di balai polis selepas keluar dengan seorang inspektor pada waktu lewat malam, aku dir0gol didalam pejabat dia disaat semua rakan setugas jabatan dia tiada, aku diseludup masuk oleh nya memandangkan bangunan dia bertugas itu agak terpencil ke belakang. Memang agak tidak logik di fikiran orang biasa tetapi itulah yang telah terjadi dan aku mengalaminya.
Aku pernah dir0gol oleh kawan lelaki dalam kereta, tidak kurang juga ada yang membawa ku pulang kerumah sewa selepas keluar makan walaupun telah didesak berulang kali untuk menghantar ku pulang kerumah. Mungkin ada yang berfikir, kenapa tidak saja aku order teksi atau grab..
Untuk pengetahuan semua kejadian ini telah pun berlaku 10 tahun yang lalu dan tempat aku belajar ini merupakan 1 tempat yang terpencil, hanya sebuah pekan lama yang kecil.
Sekali lagi, Allah masih sayang.. segala apa yang terjadi Allah masih menutupi aibku.. tiada siapa yang tahu hal ini walaupun rakan baikku. Mungkin hanya housemate yang bersyak wasangka kerana aku selalu tidak pulang kerumah, hanya dihantar setelah subuh menjelang tiba.
Tiba dialam pekerjaan, aku semakin merasakan sukar untuk mendapatkan pasangan, aku dihimpit perasaan sunyi dan terdesak untuk mencari pasangan, aku menggunakan social media ‘we chat’ yang agak popular pada waktu itu. Malangnya hidupku berterusan berjumpa dengan lelaki yang hanya tahu memuaskan nafsu mereka.
Aku dijadikan alat pemuas nafsu lagi! Kali ini bersama suami orang, tunangan orang, tidak kurang yang mana bujang dan mempunyai kekasih. Pendek kata semua lelaki yang berkenalan dengan ku telah pun ‘bersama’ku dari kalangan orang biasa sehinggalah ke VIP.
Niatku hanya 1, ingin mencari yang lelaki yang halal. Selama hidup ini, aku telah pun bersama dengan lebih 20 orang lelaki. Itulah rekod yang telah terpahat didalam diari fikiranku. Aku malu dengan diriku sendiri.. apabila terkenang semuanya ingin ku putar kan masa agar maruahku terjaga. Allah masih sayang aku, aku tidak dijangkiti HIV dan sekali lagi, Allah menutupi aib ku.
Akhirnya Allah ketemukan aku bersama insan sempurna yang memimpin ku keluar dari kancah kehinaan, lelaki ini yang ku panggil suami tidak pernah tahu perihal hidupku yang lalu. Terpandang wajah lembut suamiku, hati ini terdetik rasa pilu, betapa sungguh aku insan yang tidak pandai menjaga diri..
Aku berdoa agar aku, kau yang membaca dan keturunan kita semua tidak jadi perempuan macam aku, luaran yang sempurna tetapi tersimpan seribu kerahsiaan dan sesungguhnya kerahsiaan ini terlalu sakit untuk dikenang. Disaat aku menulis ini, takungan airmata ku tidak tertahan lagi..
– Mawar putih (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit