Aku Introvert dan Aku Bahagia

Hai, assalamualaikum. Harini aku nak cerita tentang introvert, kenapa? Mengapa? Dan bagaimana?

Okay kita pergi ke fasa pertama, iaitu kenapa aku boleh jadi introvert? Dan apakah itu introvert?

Introvert dari segi bahasa ialah orang yang pemalu dan tidak terlalu memperkenalkan diri di khalayak ramai, dari segi istilah pula introvert merujuk kepada individu yang lebih gemar menghabiskan masa secara bersendirian atau bergerak secara solo.

Tapi dari segi pemahaman realitinya, introvert ialah individu yang tak bergantung kepada kumpulan, tidak ada rasa takut untuk hidup dalam keadaan sunyi, dan lebih gemar berada dalam suasana aman damai berbanding huru hara sana sini.

Adakah introvert ini tidak suka berkawan? Jawapannya tidak!

Introvert ni lebih suka buat hal sendiri dan dalam masa yang sama tidak perlu susah payah sibuk hal orang lain dan ini menjadikan introvert sangat mudah berkawan dengan semua orang.

Kenapa boleh jadi introvert?

Waktu aku sekolah dulukan, aku ni jenis muka comel, jadi kawan kawan lelaki ni kutuk aku la cakap macam perempuan, pondan bagai, jadi aku kena buli kena sisih.

Dari situ aku belajar hidup tanpa kawan dan kumpulan, mula mula sangat down, yela kawan kawan semua ada gengs kau pula yang tegur pun pelajar perempuan ja.

Jadi aku habiskan masa aku di perpustakaan, game, belajar software Adobe, sampai aku form 4, masa tu tahun 2010.

Waktu tu aku dah pandai photoshop, after effects, mula dari situ aku buat servis manipulasi visual dan sejak itulah ramai orang mula nak kawan dengan aku, dan baru aku ada gengs dengan member lelaki, sebabnya gengs2 ni minta aku editkan gambar dan video konvoi bagai.

Masa tu baru aku sedar, kau tak perlu jadi kacak, pakai rxz bagai, cukup ada pengetahuan, orang akan respek kau.

Tapi sebab aku dah bertahun hidup sendiri, aku jadi selesa hidup sendiri tapi dalam masa yang sama gengs2 huru hara ni selalu lepak rumah aku, selalu jugak lah kena tegur sbb sifat aku yang memang suka lepak sorang sorang ni.

Bermulalah kehidupan aku Introvert yang pelik dalam kumpulan extrovert.

Persoalan kedua mengapa masih nak jadi introvert sedangkan kau dah ada gengs2.

Bila kau introvert kau akan ada masa kau sendiri untuk kau tingkatkan kemahiran dalam diri kau.

Makin kau pandai, makin ramai orang yang nak berkawan dengan kau. Dan kau pula tak perlu takut nak kawan dengan sesiapa sebab personaliti kau diterima oleh semua orang.

Bila budak kelas belakang gaduh dengan budak kelas depan kau tak perlu masuk campur, dalam masa yang sama kau boleh study dengan budak kelas depan dan ajar kawan kawan budak kelas belakang.

Bila aku masuk universiti, ramai orang nak dekat dengan aku, mintak aku ajarkan itu ini, bercerita masalah dari perempuan sampai lelaki.

Lama lama orang akan sebut nama kau, sebab introvert ni macam misteri sikit, kemudian orang akan sentiasa tanya kau soalan “kau ni alone betul” walhal dlm masa yang sama semua orang kenal kau sebab

1. Kau jenis tak bercampur dengan orang tertentu sahaja.

2. Macam aku, aku suka buat kelas free setiap minggu dekat taman, (mula-mula aku lepak je, makin lama orang macam mark tempat aku lepak sorang2 tu, dan datang untuk tanyakan soalan tentang subjek yang depa tak faham, so aku ajar jela)

3. Aku bebas nak buat apa sahaja, macam rasa nak pergi pantai pergi jea, nak makan tak perlu tunggu kawan, assignment buat part aku, kalau ahli lain tak buat aku settelkn hantar direct ke pensyarah (markah penuh untuk aku)

4. Introvert menjadikan aku manusia yang sangat pantas ambil peluang, yela kau tak ada gengs yang kau rasa boleh bantu kau buat itu ini, jadi kau akan jadi orang yang sangat berdikari, cepat bertindak dan tajam pemikiran.

5. Aku tak update sangat isu isu viral ni, aku fokus kemahiran aku, belajar banyak bidang, hasilnya sebelum grad lagi aku dapat tawaran kerja gaji permulaan 3.5k as designer (syukur alhamdulillah).

Bila fikir balik kalau aku jadi huru hara, fikir soal kawan sana sini, susah aku nak ada masa belajar banyak benda.

6. 2 bulan lepas grad aku dapat tawaran as UX Designer cum web developer, starting RM8.5k (alhamdulillah, mahal sebab gaji dibayar dalam Matawang usd).

So bagaimana kehidupan aku sekarang??

Sunyi la pulak, sebabnya aku dulu masa belajar ramai la kawan perempuan nak kenal tapi sebab perangai aku Introvert, perempuan anggap aku ni tak boleh commit dalam bab perasaan.

Bila kerja pun sama, sikap aku yang jenis wayang seorang seorang, makan seorang2 buatkan orang rasa aku ni berlagak dan jenis layan orang yang “high class”.

Padahal yang jenis “high class” ni ada yang spesis introvert gak, so mcm masuk kepala la.

Kalau tanya aku, aku kalau boleh nak kahwin dengan perempuan yang huru hara sikit, barulah feel hubungan tu, kalau dapat perangai macam aku ni susah sikit la.

Dan sekarang aku dalam fasa berkenalan, so far okayyy la, first date minah tu bawak aku jalan jalan dalam hutan (hiking), mula2 seram gak, tapi alhamdulillah la aku balik dalam keadaan selamat.

Doakan aku ya.

Terima kasih kerana sudi membaca!

Xoxo

– MB (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *