Aku Islam, Suamiku Kafir

Mesti semua pembaca akan pelik bila baca tajuk confession aku ni “kalau orang kafir macam mana boleh kawen dengan orang Islam kan? Maaf mungkin tajuk agak straight to the point atau akan menyentuh pada bangsa dan agama.. Tapi ini lah realitinya yang terjadi pada aku..

Pendekkan cerita Nama Aku “S” dan Suami aku “A”. Aku dan suami baru setahun setengah kawen. Aku mulakan dengan bahagian cerita aku terlebih dulu.. Aku dilahirkan dalam keluarga sederhana biasa sahaja dan dari segi background Agama tu tak de lah orang kata strict sangat dan terlalu Islamic.. Tapi masih di landasan yang tau batas batas Agama dan masih diterapkan amalan solat 5 waktu yang menjadi tuntutan wajib semua umat Islam.. Mengaji honestly aku xpernah khatam, tapi aku tau la basic mengaji sikit sikit.. Masa aku kecik mak bapak aku busy kerja maklumlah kerja office 8-5 kat kl balik pulak penat mana ada masa nak ajar anak mengaji sgt.. Yg ajar aku mengaji pun cuma mak aku kadang kadang tunjuk ajar selebihnya Arwah nenek aku belah mak. Setakat Surah An-Nas, Al-Ikhlas dan surah pendek lain InshaAllah masih melekat dalam hati dan kepala otak aku..

Tapi satu perkara yang org luar x pernah tau pasal keluarga aku ialah Ketua Keluarga Aku iaitu Ayah aku tidak pernah membimbing aku, adik beradik aku termasuk mak aku iaitu isteri dia sendiri.. Tak bimbing dari segi Agama tu dari segi semua lah dan Ayah aku ni seumur hidup dia aku x pernah nampak dia solat.. Apatah lagi untuk menjadi imam kami sekeluarga..

Jadi apa yang aku nampak, bahana bila tak solat ni ialah ayah aku panas baran yang amat.. Kaki pukul cepat marah dan selalu jadi mangsa ialah mak aku dan aku, sebab aku ank sulung byk pertahankan mak bila kena pukul ngn ayah..

Aku dan adik beradik membesar dengan trauma.. Mana x nya seminggu sekali mak aku ngn ayah aku mesti gaduh.. Tapi punca gaduh tu dari Ayah aku selalunya.. Biasalah orang x solat x ada ketenangan hati n jiwa kosong.. Bila jiwa kosong xde Iman xde Amal jadi Syaitan Syaitan akan ambik alih la kan.

Masuk pulak cerita bahagian suami aku..Dia bukan kafir tapi dia dilahirkan Islam cuma bapak dia Cina convert.. Tapi of course lah mak dia Islam..Jadi anak pun Islam lah kan.. Kat sini part dia susah sikit sebab aku banyak tau benda benda dlm keluarga suami ni selepas berkahwin..Contoh aku tau bapak mertua aku xsolat, lepas aku kawen dengan suami.. Suami aku pulak masa nak kawen mmg ada gagap nak baca surah itu ini tahiyat tunggang langgang x hafal tapi awal kawen tu solat sekejap je.. Bila dia imamkan aku, dia letak buku bacaan solat depan dia.. Oklah aku xkisah masa awal kawen dapat imam yg tidak berapa sempurna..

Sampai lama kelamaan suami balik lambat daripada kerja.. Jadi aku akan selalunya solat dulu xdapat tunggu dia.. Kalau tunggu habis waktu jawabnya.. Jadi bila aku dah Maghrib selalunya aku tunggu Isyak terus.. Suami aku balik lambat.. Kadang pukul 10/11pm..Jadi bermula lah cerita dia solat asing dan aku pun asing.. Dah x berjemaah lah kira..

Tapi aku perasan satu benda pelik kalau aku berjemaah dengan suami bila part doa suami aku baca doa tergagap gagap.. Bila dia nak berdoa tu macam dia tengah fikir nak buat ayat apa ek? Nak doa apa ek? Macam cara suami aku ni macam dia xpernah berdoa lah sebelum ni.. Doa pun semua rumi je bulat bulat.. Zikir ke apa mmg xdelah..

Sampai lah satu hari Allah Maha Kuasa, Allah nak bagi jawapan kat soalan soalan aku.. Aku tergerak hati check hp suami masa dia tengah solat Isyak sorang sorang (sebab balik lambat lagi lah)..Tup tup bukak google history ada bukak website porn tapi lupa delete.. Aku tau dia mesti layan porn waktu kerja.. Sbb kat rumah x kan nak layan porn depan aku? Jadi ini jawapan terbesar aku jumpa patut lah suami aku culas nafkah batin pada aku.. Sebab nafsu dia dah dilampiaskan semua pada video video porn yang dia layan.. Aku pun turun dengan HP suami aku di tangan aku.. Aku dengar dia tengah berdoa atas sejadah ” Ya Allah jauhkan lah aku dari Dosa maksiat dan juga zina”..Aku dengar doa suami aku aku rasa lawak, nak tergelak pun ada macam dengar syaitan bertopengkan manusia sedang berdoa!!!

Habis doa dia pelik aku tunggu dia berdoa dengan HP dia..Muka suami dah nampak cuak dia tau dia dah kantoi.. Tapi being defensive la sbb tau buat salah dia cakap kat aku “Why are u checking my phone?! ” tinggi suara x semena mena.. Padahal baru lepas berdoa kononnya..

Kami bergaduh n aku kecewa dia mengaku dia layan porn masa kerja masa mencari Rezeki.. Allahu.. Dua tiga minggu sekali dia sajikan n jamu mata dengan benda tu.. Aku tanya kenapa solat n doa mintak jauh dari maksiat n zina tapi diri sendiri masih pilih untuk mendekati zina mata? Lalu suami aku bagi jawapan, selama ni dia solat sebab terpaksa sahaja.. Sebenarnya dia xnak solat.. Baru aku faham n aku tau yang dia x pernah ikhlas dalam semua solat solat n doa doa dia..

Sejak dari itu bermula lah episod suami aku berhenti bersolat dan berdoa.. Secara official ya.. Dan aku tengok dia buat tu dengan penuh bangga di dada.. Allahu.. Masuk bulan puasa, suami aku puasa setakat hormati bulan Ramadhan tapi tidak tambah apa apa pahala berzikir, mengaji, solat fardhu dan terawikh jauh sekali lah.. Yang wajib 5 waktu pun xboleh buat.. Bangun sahur pun xnak aku lah yang gigih sorang sorang sahur hari hari.. Sudahnya aku sahaja la yang bentang tikar sejadah berseorangan (rasa macam xde suami) air mata kadang jatuh masa ambik wudhuk, masa berdoa lepas solat.. Aku mengharapkan Aku bernikah aku dipimpin oleh nahkoda ku imam ku tapi Aku tidak dapat semua tu?

Aku masih bersolat sebab itu tuntutan kita sebagai hamba dan kerana aku risaukan rezeki ku.. Rezeki suami aku.. Allah dah cakap kalau kita jaga solat Allah jaga rezeki kita.. Tapi macam mana dengan rezeki suami aku? Besar ke pahala aku dengan bersabar dalam keadaan Suami aku kafir cara begini? Perlukah aku meneruskan pelayaran perkahwinan ini atau tempat suami aku layak diganti oleh Imam lain yang lebih baik tapi aku belum temui? Aku tidak mintak kesempurnaan tapi cukup lah Allah hadirkan kecukupan..

Disebabkan suami aku tak solat jugak, bermula episod aku dipukul, ditarik rambut, dicekik dan dilemaskan dengan air sebab setiap kali bergaduh aku meronta dan menjerit untuk selamatkan diri.. Aku pernah ditampar sampai braces aku pecah kena gusi..berdarah dan bengkak muka aku.. Suami aku dah macam syaitan bila pukul aku dan dia dah lupa aku ni isteri dan perempuan yang lemah yang memerlukan perlindungan dari dia..

Aku ada mintak pertolongan dari seseorang nama dia aku save dalam hp aku sebgai Ikhtiar Penawar Sihir untuk tengok kan masalah suami aku ( kawan baik aku yang bagi nombor) .. Dia tengokkan masalah suami aku n dari apa yang dia cakap suami aku dah bergelumang lama dengan kehidupan tanpa solat..Dia dah x rasa berdosa sikit pun walaupun sebesar zarah.. Allahu.. Solat cuma untuk berkahwin tapi tidak pernah ikhlas mengubah diri dia sendiri.. Dia juga disihir oleh sihir Iblis dan syaitan yang maha hebat..

Sihir Iblis dan syaitan adalah lebih teruk dari sihir manusia sebab sihir manusia mungkin boleh berakhir dengan kematian.. Tapi sihir Iblis dan syaitan akan menarik orang yang disihir itu ke dalam Seksa Api Neraka di Akhirat bersama sama Iblis dan Syaitan syaitan tersebut.. Sedangkan manusia sendiri tahu Syaitan dan Iblis telah berjanji dengan Allah Taala yang mereka akan menyesat kan umat Manusia dah ternyata di Padang Masyar nanti terbukti sebanyak 3/4 manusia telah berjaya disesatkan..Walluah alam

Aku masih memikirkan untuk meneruskan atau tidak tentang perkahwinan ini memandangkan aku tau suami aku disihir.. Aku rasa ada tanggungjawab aku untuk selamatkan dia dari belenggu kehidupan begitu.. Aku xboleh bayangkan suami aku mati dalam keadaan kafir.. Aku pernah buat report di Pejabat Agama, minta khidmat kaunseling sudahnya aku pergi sorang diri, suami takut nak pergi takut ditarbiyah dengan ustaz.. Sekian dulu confession aku.. Aku harap dapat membaca pandangan dari kalian semua nanti dan menguatkan aku keluar dari masalah aku ini.. “S” aku juga belum sempurna.

– “S”

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *