Aku Isteri Baran

Hi. Nama aku Cahaya (nama samaran). Aku dah berkahwin alhamdulilah 4 tahun dan baru ada rezeki dapat anak.

Suami aku ok, baik orangnya, lemah lembut dan sedikit lurus tetapi pandai akademik.

Sedikit pengenalan tentang hubungan aku dengan suami. Kami berkenalan melalui sistem taaruf jemaah walaupun kami sebenarnya dah saling menyukai sewaktu belajar bersama.

Tapi disebabkan suami seorang ahli jemaah sebuah kumpulan, dia nak lalui proses yang sama.

Bertaaruf dengan adanya pihak ketiga sebagai orang tengah (baca: pihak ketiga adalah orang yang berpengalaman menguruskan bait muslim)

Oleh sebab faktor ini, aku sebenarnya kenal suami aku di ‘surface’ sahaja. Kami tak sempat berdating.

Aku jatuh cinta dengan suami pun disebabkan dia pandai… Kami kawen pun sewaktu aku dengan dia baru habis belajar, dia juga baru dapat kerja waktu tu.

Nak jadikan cerita, aku rasa suami selalu tiada di sisi.

Awal2 perkahwinan aku ok je.

Tetapi aku rasa suami aku bukan seorang yang reti buat kerja rumah meanwhile gambaran aku, suami adalah yang reti manage kehidupan disebabkan dia bijak, aktif berpersatuan dan nampak berdikari sewaktu belajar..

Awal2 kahwin, suami aku dah tinggalkan aku dengan rumah kosong (rumah tiada langsir dll.) dengan alasan sibuk kerja (waktu weekdays aku faham) dan berprogram persatuan di hujung minggu.

Aku agak terkejut dengan budaya macam ni.

Tapi alhamdulilah adanya adik aku menemani aku melengkapi perabut rumah.. dari ke kedai perabut, sampailah pasang perabut sampailah pasang langsir dll.

Suami? Dari pagi berprogram sehingga lewat petang. Balik rumah makan & tidur…. Weekdays, kerja keluar sebelum 7 am disebabkan jalan jem dan sampai rumah 8.30 pm…

Honeymoon? Tiada… Aku faham & bertoleransi aje sebab kewangan waktu tu belum stabil..

Tapi aku perasan disebabkan memori ‘core’ bagi aku di awal perkahwinan tu dia tiada di sisi membuatkan sikap panas baran aku muncul..

Awal2 aku sering merajuk, suami pula lurus, tak pandai memujuk..

Jadinya aku pujuk hati sendiri dan selalu abaikan rasa aku nak dipujuk dan dimanjakan..

Makin hari aku perasan, suami ambil sikap sambil lewa terhadap diri aku, rasanya aku ni orang gaji kut sebab aku belum dapat kerja dan tak buat apa2 di rumah…

Maaf kalau ayat aku tunggang terbalik tetapi aku makin hari makin berterus-terang sehingga mencarut maki hamun suami aku sendiri.

Selepas itu aku memang akan menangis..

Suami aku tiada common sense, tiada rasa nampak sampah penuh, harus dibuang. Tiada rasa nak cuci pinggan sendiri.

Tiada rasa nak membantu kerja di rumah kecuali jika aku membebel. Sampaikan aku rasa aku pernah marah, bebel dan carut dia di depan anak.

Aku sedih dan terkilan dengan perangai sendiri.. Aku tak tahu nak ubah diri sendiri macam mana kerana suami aku memang tak reti nak manage kehidupan.

Walaupun dah 4 tahun berkahwin, aku asyik kena remind suami untuk buang sampah, untuk tolong basuh baju.

Suami tak rasa nak pegang penyapu walaupun aku bagi hint rumah kotor sewaktu aku berpantang. Lepas aku maki, baru suami bergerak untuk buat kerja..

Benda ni sangat tak sihat bagi aku sebab aku rasa diri aku ni kena laknat je. Cuma aku bersyukur suami aku jenis tak melawan, dia marah tetapi tak maki aku balik….

Mak mertua aku single mom, mungkin dari kecil suami tak dibiasakan dengan kerja rumah yang menyebabkan semuanya disediakan oleh ibunya.

Aku geleng kepala setiap kali balik kampung suami kerana semuanya diuruskan ibu suami.

Bayangkan baru 4 tahun berkahwin tetapi aku dah beyond limit. Aku tak macam ni (panas baran) bila aku dengan parents, adik-beradik & kawan-kawan. Dengan suami sahaja.

Adakah sebenarnya aku ni ada masalah mental…?

Atau kerana aku trauma tengok ayah aku dulu pun selalu tinggalkan mak aku buat kerja rumah sendiri, malamnya keluar melepak dengan kawan dan aku tak nak benda sama terjadi dalam perkahwinan aku..?

Aku cuma tak nak jadi mcm mak aku, memendam dan at the end, mak aku dah tua sekarang baru dia meluah menangis kerana ayah aku tak pernah membantu dia dlm urusan rumah tangga…

Dear readers, bantulah aku.

Aku tak pasti apa harus aku lakukan.. Aku nak jadi isteri solehah, isteri yang faham suami aku pun ada kekurangan, tetapi aku masih gagal.

Setelah maki, aku akan menangis dan minta maaf.

Tetapi aku takut rumah tangga aku tidak dapat diselamatkan nanti (risau suami rasa dia tak berguna dan ada orang lain yang nampak kelebihan dan hargai dia)

Aku pernah aje berbincang dengan suami, kenapa aku asyik maki dan bebel (stress).

Suami berubah tetapi untuk satu hari (boleh bantu buat kerja rumah tanpa disuruh) dan asyik ulang nyatakan dia buat ini, dia buat itu dan aku asyik cakap terima kasih.

Tetapi selepas itu back to normal, dan benda ni berlaku dah 4 tahun.

Penatnya emosi aku, hanya tuhan yg tahu..

Ke sebab aku perfectionist?

Entah, rasanya tak..

Sekadar nak rumah sedap memandang..

Maaf ayat aku terabur. Aku just buntu macam mana nak elakkan diri dari maki suami aku.

Aku kesian dekat dia tetapi dia tak tunjukkan kesungguhan untuk bersama dengan aku dlm perkahwinan ni. Aku sekali sekala rindu nak jadi happy.

Bila aku dengan dia, kadang aku persoalkan kenapa takdir aku berkahwin dengan orang macam ni.

Aku rasa berdosa sangat2.

Bantu aku wahai pembaca budiman, macam mana aku nak jadi lebih penyabar & terima hakikat bahawa suami aku juga punya kekurangan – dan salah satunya tidak tahu nak uruskan hal rumah..

Terima kasih,

– Cahaya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *