Haritu ada terbaca confession tentang suami yang terasa dengan makian isteri dia bila isteri dia marah, (https://iiumc.com/luka-yang-dalam-terhadap-kata-kata-isteri/).
Sebiji cerita aku. Yang bezanya, aku b40 je, bukan t20. Haha. Aku Mila, usia akhir 20an, dah berkahwin dua tahun dan alhamdulillah dikurniakan seorang anak soleh.
Meh aku cerita part aku sebagai seorang isteri yang panas baran. Macam confessor cerita, bila isteri dia marah, macam2 kata2 makian tak sedap akan keluar kan. Macam tu jugak aku.
Tapi aku punya makian masih bertapis. Tak lah aku hina suami aku beria. Paling2 aku marah pun aku jerit ‘bodoh’.
Ye, aku tahu aku derhaka. Aku tahu aku salah. Tahu tak yang bila terlepas je perkataan tu, Allah, rasa bersalah sangat2 pada suami aku. Rasa aku ni memang tak cium bau syurga dah.
Sumpah aku tak berniat nak sakitkan hati dia. Tapi aku tak mampu kawal emosi.
Biasa jadi macam ni bila aku penat sangat2 dengan kerja and jaga anak lg. untuk pengetahuan, aku sekarang masih lagi work from home di samping jaga anak.
Workload kerja sangat2 banyak, aku kerja di bank. Anak pulak jenis baby high demand. Jadi, hari2 aku tak mampu nak achieve daily productivity.
So for sure akan buat aku stresssss sangat sebab kena topup balik on weekend or bila suami aku cuti je. Dengan baby baru nak membesar, rumah sepah teruk,
Kadang suami buat kesalahan berulang macam biar makanan terdedah kat atas meja makan, atau pinggan cawan kadang lupa cuci buat aku mudah jadi pemarah.
Suami aku pun macam confessor tu juga. Baik je, cakap pun tak pernah tinggi2 suara. And banyak jugak tolong aku buat kerja rumah. Cuma apa yang dia tolong, ada je tak berkenan di mata aku.
Oh ya, Kalau nk bg suggestion hantar anak rumah pengasuh or taska, ye, salah aku tak hantar lagi sebab kami masih dalam fasa cukup2 makan.
Kerja bank tu gaji bukan banyak sangat pun. Nak tolong suami lagi, itu lagi, ini lagi. Commitment pun aku tolong lebih sebab kesian kan suami.
Dan untuk pengetahun jugak, aku jadi macam ni pun sebab childhood trauma. Sejujurnya aku boleh labelkan ayah aku seorang narcissistic.
Semua sifat2 org narcissistic memang ada pada ayah aku. Jadi bayangkan kami adik beradik dibesarkan dengan mental sentiasa di torture.
Dan ayah aku sangat2 panas baran. Dia kalau maki, memang akan makan dalam gila2 ayat2 dia. Hati tu terasa bagai dihiris2 dengan pisau.
Pastu dia tak pernah minta maaf. Not even once! Walaupun kata2 dia tu buat hati kita pecah berkecai. Then dia boleh act like nothing happened.
So disebabkan tu, mak aku yang emotionally abused selama 30++ tahun ni pun jadi seorang yang pemarah. Selalu kami adik beradik yang jadi mangsa marah mak selepas ayah gaduh dengan mak. Hm.
Aku tahu, sebagai anak, yang baik kita patut contohi, yang tak baik, jangan ikut. tapi sukar sangat aku nak buang sifat panas baran aku ni.
Aku selalu berdoa moga hati suami aku masih pada aku and aku cuba berubah hari demi hari.
Aku rasa bersalah sangat2 pada suami aku setiap kali lepas marah dia. Sumpah, aku takde maksud apa pun dengan apa yang keluar dari mulut aku ketika marah dan stress.
Jadi kepada confessor, bawak lah isteri untuk dapat kan bantuan dari orang yang lebih pakar. sebab confessor pun t20, rasanya tak ada masalah dari segi kos dan sebagainya.
macam confessor cakap, bila mood isteri tengah okay, dia lah selembut lembut dan semanja manja isteri. Cuma bila marah, dia bertukar jadi orang lain kan. Percayalah, isteri confessor pun sangat sayangkan confessor.
Tapi dia penat and dia tak sedar yang perbuatan dia turut memberi kesan pada orang yang dia sayang. Mungkin isteri confessor macam aku, tak mampu handle pressure dengan baik.
Sebelum mengalah, buat lah apa sehabis daya confessor dulu untuk selamatkan hubungan. Percayalah, kami pun ingin berubah!!
Semoga confessor, aku dan semua yang membaca dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.
– Mila (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit