Hi.. Aku isteri hati batu dan ego tinggi. Aku dah kahwin sejak 2016. Dah ada anak sepasang, lelaki yang sulung dan yang bongsu perempuan, 6 tahun. Nak tambah sebab suka bau baby tapi tak nak ambil risiko makan hati.
Actually, aku dah suarakan perceraian dah beberapa kali dengan suami. Tapi suami pun dia jawab, aku tak boleh hidup tanpa dia.
Tapi, selama ni aku provider. Suami aku dari segi duit memang out, tanggungjawab pun sama, apa lagi emosi? Bagusnya dia ni ada je kat rumah, tak hilang ke mana. Tapi ada pun tak ada guna, tak ada fungsi.
Macam mana aku nak cakap aku hati batu? Semua berpunca dari dia. Kau bayangkan selama bertahun-tahun aku yang sediakan semuanya.
Aku faham gaji suami kecil dari aku. So, aku tak pernah minta. Contoh dulu, suami bayar rumah dan bil air & elektrik, aku bayar kereta, anak sekolah, anak pengasuh. Tapi still 60-70% daripada apa yang suami kena bayar, still aku juga yang bayar.
Belum termasuk lagi dia pakai kad kredit aku macam dia punya. Bila aku tegur, aku pula yang salah. Jadi apa aku buat, aku sindir.
Maka dia terasa kejantanan dia tercabar, dia buat kad kredit sendiri. Maka dia tak dapat bayar, dia pakai balik kad kredit aku. Orang selalu cakap, apa kata-kata romantik suami tiap pagi, aku akan cakap, “Ada 10 ringgit?”
Bersalin anak pertama dulu pun, suami cakap jangan risau dia bayar. Tup tup, mertua yang bayar. Persediaan anak, aku bayar semua. Suami cuma pakai mulut.
Begitu juga anak kedua, aku kumpul duit sendiri. Duit aku sendiri, tapi dia rasa dia part of it. Aku bingung, dari mana dia dapat kefahaman ini. Walhal, duit nafkah walau RM10 pun tak dapat.
Orang selalu cakap, komunikasi tu penting. Tapi nak cakap macam mana dengan lelaki macam ni. Jenis tak nak dengar, memutar belitkan masalah dan tak pernah salah. Aku sampai sakitkan diri untuk cuba minta dia diam dan dengar.
Apa aku dapat? Sakitkan diri sendiri dan sakit hati, still dengan pandangan sinis, dengan ayat still menyalahkan aku dan tak kisah tak dengar pun.
Rumah, kereta aku beli. Aku provide segalanya. Dia kena bersyukur, tapi tidak.. pakai rosak, biar. Yang berfikir semuanya aku. Aku suarakan benda ni dengan dia. Tapi akhirnya aku juga buat sendiri.
Oh ya, ini pun dia tercabar, maka dia beli sendiri tapi hmm.. kereta rosak, minyak kereta, tol masih minta aku.
Tahun ke tahun aku yang berubah. Hati ni dah jadi batu. Emosi pun telan sendiri. Setiap perbualan, even cuma berbual kecil, suami memilih untuk berdebat dengan semua perbualan. “Kenapa?” Setiap perbualan suami akan tanya kenapa. Akhirnya aku memilih untuk diam.
Suami juga jenis yang suka tanya pendapat tapi akhirnya buat apa yang bukan dibincangkan. Apa maksud suami hari-hari, minggu-minggu tanya? Tapi akhirnya keputusan sendiri?
Suami juga jenis suka bercakap besar tapi tak ada usaha, mungkin usaha dia 10-20% tapi dicanangnya macam 100%.
Yang lawaknya dia bawa aku gossip, lelaki ni macam itu ini, aku ni mulut jahat juga, aku tanya suami balik, dia buat kat aku macam mana. Tapi dia akan try defend diri sendiri, kes dia lain. Tapi aku tahu dia terasa.
Makanya, aku tak boleh keluar dari hubungan ini. Jadi aku yang berubah. Aku guna duit gaji 70% untuk diri sendiri. Aku tak kisah sekeliling. Aku tidur tilam sendiri, kemas sendiri. Baru aku rasa happy. Sebab kau kusutkan kepala fikirkan tapi tak ada yang kisah.
Sekarang ni, aku cuma bayar rumah dan bil internet. Tahun lalu aku masih bayar yuran tahunan tadika anak. Tahun ni aku cuma bayar addon sahaja (event budak sekolah). Lawaknya, tahun ni suami tanya, kenapa tiba-tiba ada yuran tahunan. Aku cuma jawab, selama ni aku yang bayar.
Dan still RM10-30 setiap hari bekerja dideduksi dari e-wallet aku untuk suami pakai bekerja, dan minyak kereta seminggu 2-3x.
Baru start bulan 11 tahun lalu dia bagi nafkah, bolehlah cover duit dia paw bini selalu. Bulan ni kurang, kita tengok bulan depan. Dia tak rasa berat bila aku bagi semua, sekarang kita bagi dia rasa.
Maaf suami, aku tak boleh patah balik. Sebab aku langsung tak ada perasaan dekat kau. Kau dah buat aku survive sorang-sorang. Kau nak aku sayang kau balik… sorry aku tak boleh. Even aku dah tak percaya dengan perkahwinan dan cinta.
Aku rasa suami aku ni buat aku macam ibu bapa dia. Aku kena bagi semuanya dekat dia, sama macam kita provide untuk anak. Tapi aku perlukan suami yang “jaga” aku. Tapi aku tak ada.
Maaf. Suami… pengorbanan sebagai suami tu lain… tak pakai duit bini untuk hari ini tu bukan pengorbanan, itu sedar diri.
– Hati batu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
yes awak kena tegas, jangan bagi muka. sedap betul hidup dengan duit bini. ada ja lelaki lain yang gaji kecik dari bini tapi bini bahagia. ni dah la guna duit bini, hurmmm
semoga awak kuat ya
Hello. And Bye.